Ekoran kenaikan harga minyak, stesen minyak di Melaka dirempuh oleh pengguna yang 'naik minyak' ?
Dek kerana pengumuman mengejut oleh kerajaan Malaysia melalui Datuk Seri Najib lewat petang semalam ditambahkan sifat panik dikalangan rakyat Malaysia akhirnya menyebabkan berlakunya kemalangan di stesen minyak Shell Durian Tunggal Melaka.
Rakyat Malaysia terutamanya golongan pertengahan dan yang berpendapatan rendah merasakan kenaikan minyak 20 sen besar impaknya kepada mereka, mengambil kesempatan untuk mendapatkan penjimatan sebanyak mungkin dengan mengisi minyak di stesen minyak berdekatan sebelum bermulanya harga baru minyak RON 95 tengah malam tadi (3 September 2013).
Gambar kemalangan berjaya dirakam di stesen minyak SHELL Durian Tunggal berdekatan dengan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).
Kes berlaku disalah sebuah stesen minyak Shell di Durian Tunggal, Melaka malam tadi. Berita Semasa dimaklumkan kemalangan berpunca kerana :
* pemilik stesen minyak SHELL Durian Tunggal Melaka tidak mahu menjual minyak petrol RON 95 kepada pemilik kenderaan dengan alasan simpanan minyak mereka telah pun kering.
* Sedangkan, pelanggan di sekitar Stesen Minyak SHELL Durian Tunggal Melaka yang terus menunggu merasakan pemilik stesen minyak itu hendak mengambil kesempatan untuk mendapatkan keuntungan yang sekali ganda atas nama pengumuman kenaikan harga minyak 20 sen bagi (minyak RON 95 & diesel)
Lagi Gambar Kemalangan Stesen Minyak Shell Durian Tunggal Melaka Semak satu persatu gambar kemalangan di bawah ini untuk paparan yang lebih jelas lagi dalam format galeri gambar :
Kenapa naik sampai 20 sen, rintih rakyat
KLANG: Rakyat mengeluh dengan keputusan kerajaan mengumumkan kenaikan harga minyak RON95 dan diesel sebanyak 20 sen mulai tengah malam tadi yang dilihat terlalu tinggi.
Tinjauan Harakahdaily di stesen minyak mendapati mereka bukan sahaja perlu menanggung kos tambahan setiap bulan bahkan ada juga yang mengambil keputusan untuk menggunakan motosikal untuk ke tempat kerja.
Anuar Ismail, 33, dari Meru merasakan kenaikkan tersebut terlalu besar untuk beliau yang sentiasa berulang dari rumah ke tempat kerjanya di Shah Alam.
"Memang berat untuk saya tanggung kos kenaikkan tersebut setiap bulan, 20 sen bukan satu kos yang rendah dan setiap bulan saya anggarkan kos tambahan untuk minyak sebanyak RM150 hingga RM200.
"Saya pasti kenaikkan ini juga akan menyebabkan barang-barang keperluan lain turut meningkat, rakyat akan terus terbeban," jelasnya.
Beliau juga terpaksa mengambil keputusan untuk menggunakan motosikal ke tempat kerjanya walaupun mengetahui risiko kemalangan amat tinggi bagi pengguna motosikal.
Kamarulzaman Adnan, 30, tidak menolak rakyat bukan sahaja perlu berhadapan dengan kenaikan harga minyak tetapi juga perlu bersedia dengan kenaikan barangan keperluan nanti.
Beliau berkata, kenaikan tersebut juga dilihat tidak seimbang dengan pendapatan rakyat di negara ini yang sentiasa tertekan dengan keadaan ekonomi.
"Amat terasa apabila kerajaan umum kenaikan minyak sebanyak 20 sen, perlu diingat kita bukan hanya menghadapi kenaikan 20 sen tetapi kita perlu bersedia dengan peningkatan kos barang keperluan.
"20 sen adalah satu jumlah yang besar, jika sebelum ini saya berbelanja sekitar RM500 sebulan untuk mengisi minyak, tetapi dengan harga baru ia akan meningkat RM650 sebulan," jelasnya.
Kamarulzaman turut mempersoalkan kenapa kerajaan perlu menaikkan sehingga 20 sen sedangkan kenaikan sebelum ini pada zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad sekitar 5 sen sahaja.
"Kenapa kerajaan tidak dapat mengawal harga sekarang, kita tahu alasan kenaikan disebabkan oleh harga minyak dunia.
"Tetapi jika harga minyak kembali turun adakah kerajaan dapat menurunkan harga tersebut, dengarlah rintih rakyat yang hidup mereka semakin tertekan," kata beliau yang selalu berulang alik dari Shah Alam ke Bukit Kemuning.
Dalam pada itu Tommy, 17, merupakan seorang pelajar turut mengeluh apabila mengetahui keputusan kerajaan menaikkan harga minyak.
Beliau berpendapat jika sebelum kenaikan harga rakyat sudah menanggung beban sara hidup yang amat teruk, apatah lagi dengan harga yang telah diumumkan.
"Memang menyusahkan rakyat terpaksa menanggung beban sara hidup, kita sedia maklum dengan keadaan ekonomi dan kesukaran mendapat pekerjaan bagaimana mereka hendak tanggung kenaikkan kos tersebut.
"Kalau kerajaan itu perihatin mereka akan mendengar keluhan rakyat, sampai bila nak dibebankan hidup mereka. Saya sebagai pelajar turut merasakan bebanan ini.
"Kenaikan jika seimbang dengan pendapat rakyat itu bukan satu masalah, tetapi kita lihat kenaikkan ini amat jauh sekali dengan apa yang rakyat perolehi dengan apa yang mereka perlu belanjakan," jelasnya.
Dalam pada itu, tinjauan malam tadi mendapati beberapa stesen minyak di sekitar Klang mengalami kesesakan akibat pemandu yang mahu mengisi RON95 pada harga RM1.90 sebelum naik kepada RM2.10 selepas tengah malam.
Kenaikan harga minyak disambut dengan kemarahan
Ribuan rakyat Malaysia beratur di hampir semua stesen minyak malam tadi menjelang kenaikan harga petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen seliter, sekaligus menaikkan kemarahan orang ramai kerana pemotongan subsidi itu.
Kebanyakan pengguna yang ditemui di Lembah Klang menyalahkan Barisan Nasional (BN) kerana menaikkan harga bahan bakar itu di saat rakyat terhimpit dengan kenaikan kos sara hidup yang makin meningkat dari hari ke sehari.
Janji Putrajaya untuk meningkatkan pemberian wang tunai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dalam bajet 2014 tidak memberikan kesan kepada penduduk Lembah Klang kerana kebanyakan daripada mereka tidak layak menerimanya dan bantuan itu hanya diterima sekali sedangkan kesan kenaikan itu terpaksa ditanggung setiap hari.
Pemberian wang tunai RM500 itu sebelum ini diberikan kepada lima juta isi rumah yang berpendapatan RM3,000 dan ke bawah.
Shahrulnizam Mohamad, 29, berkata kenaikan harga minyak bermula tengah malam tadi dijangkakan sejak sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu kerana umumnya rakyat mengetahui Pakatan Rakyat (PR) akan menurunkan harga bahan bakar itu sekiranya berjaya menguasai Putrajaya.
"Kenaikan harga ini sangat memberi kesan kepada rakyat yang berpendapatan rendah kerana kenderaan seperti kereta memainkan peranan penting kepada orang awam. Dengan kenaikan harga barang ini, peniaga juga akan mengambil kesempatan menaikkan harga barang," katanya.
Sementara itu, K Primela, 35, berkata kerajaan tidak wajar menaikkan harga petrol sewaktu rakyat sedang terhimpit dengan kenaikan harga barang selepas musim perayaan.
"Kerajaan BN 'bijak' mengambil kesempatan selepas beberapa bulan pasca PRU13 untuk menaikkan harga minyak. Sebelum pilihan raya berjanji untuk tidak menaikkan harga minyak, tetapi kemudian lain jadinya. Apatah lagi kini rakyat sudah mula dibebankan dengan kenaikan harga barang. Gaji tidak pula catat kenaikan tapi harga minyak pula yang naik.
"Rakyat sendiri dapat perhatikan perbuatan buruk kerajaan BN apabila belum sampai setahun mendapat mandat menerajui negara, sudah tampil dengan pendekatan membebankan rakyat. Selepas ini, apa pula yang kerajaan nak naikkan,” katanya, ketika ditemui di sebuah stesen minyak di Bandar Puteri, Klang malam tadi.
Lim Tai Boon, 46, yang ditemui di tempat sama juga melihat kenaikan harga minyak sebagai permainan politik kerajaan BN.
"Dulu sebelum pilihan raya janji tidak naikkan harga minyak. Lepas BN menang pilihan raya, lain pula ceritanya. Perkara ini memang tidak patut, menyusahkan rakyat," katanya.
Pengguna turut kesal dengan tindakan kerajaan menaikkan harga bahan bakar itu kerana tempoh makluman yang diberikan singkat untuk pengguna bertindak.
Tengku Zarul Tengku Lokman, 37, berkata kenaikan 20 sen seliter satu tindakan kejam yang dilakukan kerajaan kepada rakyat sambil menjangkakan harga barang keperluan asas lain turut meningkat ekoran kenaikan harga bahan bakar.
"Saya tahu mengenai kenaikan harga minyak ini melalui laman sosial Facebook. Media kerajaan melalui televisyen dan radio tidak komited dengan pengumuman itu. Esok bila sudah naik, baru hendak disiarkan. Itu yang jahatnya kerajaan enggan memaklumkan terlebih awal," katanya.
Amir Azri, 26, pula membayangkan janji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menaikkan kadar pemberian BR1M tidak praktikal kerana saguhati itu diberikan sekali sahaja tetapi perbelanjaan petrol adalah keperluan harian.
"Kadar BR1M yang diterima tidak setimpal dengan kenaikan harga minyak. BR1M adalah wang pembayar cukai, justeru wang rakyat juga yang digunakan untuk menjayakan wang saguhati itu," katanya kepada The Malaysian Insider.
Najib ketika mengumumkan kenaikan harga petrol dan diesel semalam, menjelaskan kerajaan ketika ini menanggung subsidi sebanyak 83 sen seliter bagi RON95 dan RM1 seliter bagi diesel, serta menegaskan kerajaan masih lagi memberi subsidi yang banyak kepada rakyat.
Beliau menjelaskan pengurangan subsidi sebanyak 20 sen ini bermakna kerajaan masih memberi subsidi sebanyak 63 sen seliter bagi RON95 dan 80 sen seliter untuk diesel," kata Najib selepas selesai mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Dasar Fiskal (FPC) di Pejabat Perdana Menteri.
Kali terakhir minyak petrol RON95 dan diesel naik pada tahun 2010, iaitu mengalami kenaikan sebanyak 5 sen seliter.
Najib menegaskan langkah itu bagi memastikan sasaran kerajaan mencapai defisit fiskal dalam lingkungan 3 peratus berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun 2015 dan bajet berimbang menjelang tahun 2020.
Perdana menteri memberikan alasan langkah pengurangan subsidi itu bertujuan memastikan ia sampai kepada kelompok sasaran memandangkan subsidi ketika ini dinikmati oleh semua lapisan masyarakat termasuk mereka yang kaya dan warga asing.
Katanya, Malaysia perlu melaksanakan sistem subsidi yang lebih mensasarkan golongan yang memerlukan dan mudah terjejas sambil menjelaskan kerajaan ketika ini terpaksa menanggung subsidi bahan api sebanyak RM24.8 bilion untuk tahun ini.
Bagi memastikan kelompok yang lebih memerlukan ini menikmati subsidi, Najib juga mengumumkan pentadbirannya berjanji akan meningkatkan pemberian wang tunai BR1M yang akan diumumkan semasa pembentangan bajet 2014 nanti. -TMI
18 ulasan:
kahkahkahkah memang padan dgn muke kite sume...nak bg myk murah tak nak, ptptn dhapuskan pun tak nak, pendidikan percuma tak nak, hapus saman pun tak nak...kahkahkahkah haaa skg bayar je la,,,korang yg suke sgt sokong BN babi ni kan,,,,kahkahkahkah tahniah utk sume penyokong2 babi laknatullah143
Yeop bodoh hang pi langgar styen minyak yang aku tau tadi saya sudah berkhidmat utk najib isi 5 ringgit 5 cent utk najib slbhnya kroni2 nasib aku berniaga harga barang tunggu saja pemborong kata naik aku pun naik harga barang lah kata kata p.ramlee ha ha........
Buat org2 berkenaan yg dicelup sirap konon toksin pd 5/5/2013 .. Pepatah melayu ada menyebut Menyesal kemudian tiada gunanya..haha. Apa yg pasti kena yakin bahawa rezeki itu bkn dari manusia terutama org kpg & staf gomen,jadik jgn menyalak harga barang itu ini naik jika dihati kalian masih ada ayat "TAKUT DAPUR X BERASAP". Krn ayat "TAKUT DAPUR X BERASAP" la kalian byk hutang2..haha tapi jgn risau sbb 500 cukup utk hidup setahun,x gitu??
Kaedah memprotes adalah seperti berikut. Boikot kehadiran semua majlis kerajaan bersama rakyat sama ada majlis sambutan perayaan, lawatan menteri dll. Setengahnya dibiarkan tidak hadir langsung. Tetapi bagi memaksimakan penghinaan psiko kepada mereka, tinggalkan lokasi beramai-ramai sebaik saja mulai berucap.
Hentikan sambutan terhadap semua acara sukan negara, Liga M,termasuk pestabola merdeka.
Boikot semua produk automotif tempatan.
Wahai sekelian rakyat M'sia termasuk penyokong UMNO, insaflah, sebab kita masih ada peluang utk bertindak, ia itu bersatu semua rakyat yg terkesan dgn kenaikan harga minyak dan gunakan kuasa yg ada pada kita, berhimpun beramai2 dan desak supaya Najib turunkan semula harga. Lupakan parti politik buat sementara, kita bincang balik 4 tahun akan datang, marilah...
BN ANGGAP RAKYAT TERUTAMA ORANG MELAYU DAN ISLAM MUDAH DIPERBODOHKAN........
Two words! PADAN MUKA! Khususnya pencacai umno, pyokong umno yg mgundi BN smasa pru lalu..ambik kau! Orang Sabah kata NAH, KOTO! Rilek lah haha sy yg sokong, undi PKR pun rilek saja dgn kenaikan harga minyak ni (I always knew it might happen if BN won) takan la yg sokong BN macam nak mati n huru hara? Hahaha next pru undi BN lagi ya muahahahahahahahahahahahahaha
Napa x kurangkan subsidi 97? Minyak org kaya??? 95 bukan naik..patut turun lg...
Nak cakap apa lagi.Masa kempen PRU 13 dah laungkan dah BN tu Barang Naik, tak percaya.Ingat dapat RM 500, kaki tangan kerajaan dapat bonus, BN kempen dapat beras, gula, sardin, kain batik, kain pelikat dan beg sekolah tu free ke? Nah sekarang kena bayar semua tu balik.Ada faham?
Nak jimatkan wang negara suruh rakyat tanggung atas alasan subsidi minyak. Pencacai kaki ampu pulak bukan main buat ulasan dgn fakta dangkal konon nak brlagak mcm pakar ekonomi. Kpd mereka ni cuba buat analisa kenapa kos bekalan air mentah dari johor ke singapura nak dinaikan 3 sen bagi 1000 gelen pun masih tak tentu hala lagi padahal sejak tahun 1962 lagi tak naik2. Utk rakyat sendiri senang2 cekup 20sen selitre minyak. Bukan sekali kadang 2 kali setahun naik. Cubalah buat analisa dgn fakta , atau kita takut kat Spore atau bodoh drp Spore.
Ala minyak naik harga. Jgn jadi org lain jadi mangsala..kaji dulu sapa patut.
Orang yang beragama Islam sudah awal dah tahu teknik muslihat puak munafikun sebab Memungkiri janji adalah salah satu sifat WAJIB bagi orang Munafik.
Orang yang beragama Melayu tidak akan tahu teknik muslihat orang Munafik diaorang pun sekepala dengan diaorang.
Ingat baik budi perketi orang Melayu datang kerana adanya Islam dalam diri mereka bukan dari bangsa Melayu itu sendiri yang selalu DR. M cakap. Sebab itulah orang Melayu sentiasa Dibodohkan oleh UMNO sampai sekarang.
kesimpulan jadilah umat Islam yang dan tentangi kezaliman Pemerintah Malaysia seperti mana apa yang dilakukan oleh saudara kita di Mesir. Bukan Umat Melayu sentiasa dibodohkan oleh pemimpin samalah seperti Yahudi memperbodohkan pemimpin Arab dan OIC atas nama keamanann kononnya.
Masalah paling nyata, penyokong tegar BN tak masuk blog mcm ni. Maklumat yg mereka ada hanya dari blog umnobn dan akhbar & media arus perdana. Nak baca harakah, suara keadilan atau roket jauh sekali. Jadi mereka tak ada info untuk berfikir secara check & balance. Maka selama2nya mereka ini diliwat pemerintah.
Minyak naik barang naik semua naik yang tak naik hujan je, gaji pekerja asing lagi tinggi dari orang tempatan, gaji pengawal sampai sekarng belum naik ini lah malaysia
Anon 1122 : Kalau mereka masuk blog nie pun mereka akan kata, alah naik 2 posen jer. Kerajaan mana pun lama-lama naik juge. Dah mahal guna ler alternatif lain....Gitu la katanya beb !
alternatif lain.. sorry bos lewat hari ni.. i dah ber basikal 70km pergi kerja..dulu pakai jgk motor tapi smlm baru tolak kedai alang2. roadtax,insuran,spare part tak yah pikir.
Saya rasa tertipu jer dengan propaganda BN. Sebelum pilihan raya, Najib menafikan akan naik harga minyak. Selepas tamatnya pilihran raya, harga minyak naik. Tak saya sangka BN main tarik tali dalam mengotakan janji-janji manis mereka sedangkan harga minyak naik tiada pun dalam janji kepada rakyat. Saya terasa diperbodohkan oleh pihak atasan. Ibarat kita menerima BRIM umpama terpukau suatu pancing 'dalam madu ada racun'. Kalau macam nii laa BN punya style, pilihan raya lain kali 'ini kali lah ubah' wajar diberi keutamaan.
Saya dah agak dah...thanks to BN...sebab tidak menepati janji....
Terima kasih daun keladi,
Lain kali BN buat lagi la yer...!!..jgn salahkan rakyat kalau tidak mempercayai pemerintah lagi....saya hidup miskin...terbeban pulak dgn harga minyak....
Moga diadil dosa anda nanti
Catat Ulasan