26 Ogo 2013

Syeikh Khatib: “Kudeta Di Mesir Adalah Usaha Untuk Tumbangkan Islam”


Wakil ketua gerakan Islam di Gaza, Syeikh Kamal Al-Khatib menyatakan rasa optimisnya tentang keamanan di Mesir. Beliau yakin bahawa Mesir akan kembali stabil dan pemerintahan kejam tentera itu akan segera disingkirkan.

Syeikh Khatib mengatakan kepada Quds Press, bahawa pembantaian yang dilakukan terhadap warga awam dan pendukung gerakan Islam di Mesir adalah sebuah kekhuatiran pemerintah tentera. Mereka khuatir jika kudeta gagal, maka tidak ada pilihan lain selain meninggalkan Mesir atau diadili di negara sendiri.

Beliau juga menambahkan bahawa warga pendukung Mursi, pada gilirannya, tahu betul bahwa penarikan mereka dari jalan-jalan berarti kembalinya pemerintahan zalim tentere di Mesir, yang berlangsung 60 tahun sejak zaman Jamal Abdul Naser.

Menurutnya, apa yang terjadi di Mesir bukanlah konflik politik sebagaimana dakwaan media. Tetapi merupakan konflik agama dan budaya yang dipimpin oleh dunia barat dan perangkat pemerintahan Mesir, yang diwakili oleh para pemimpin tentera, parti-parti sekular dan beberapa media.

“Apa yang terjadi di Mesir tidak mensasarkan gerakan Ikhwanul Muslimin, tetapi itu adalah sebuah usaha menumbangkan agama Islam yang dipimpin oleh Israel, Amerika Syarikat, barat, dan boneka-boneka mereka di dunia Arab dan Muslim,” ujar Syeikh Khatib.

Adapun kedudukan Fatah dan kewenangannya dalam mendukung kudeta tentera di Mesir, tidak terlalu mengejutkan bagi Syeikh Khatib. Kerana mereka memiliki tujuan yang sama dengan para pemimpin kudeta untuk menekan rakyat mereka sendiri di Tepi Barat.

“Fatah dan pemimpin Palestin di Ramallah ingin menutup skandal politik mereka, setelah mereka berlutut di hadapan Netanyahu dan pemerintah Amerika lalu membalun projek nasional Palestin,” tuturnya lagi.

Tiada ulasan: