14 Ogo 2013

EDISI MALAYSIA AMAN: Ketika Bersolat Pun Kena Ragut


Kak Ani (kanan) melakonkan semula bagaimana bahu kirinya disentuh penjenayah ketika sedang menunaikan solat Isyak berjemaah di sebuah masjid di Chendering.

Kuala Terengganu - Sebelum ini, kita hanya mendengar duit tabung masjid dicuri, beg tangan dan barang berharga milik jemaah dilarikan ketika sedang solat, tetapi kejadian berbeza dialami seorang jemaah wanita di sebuah masjid di Chendering, di sini.

Dalam kejadian Sabtu lalu, kira-kira jam 8.40 malam, ibu empat anak itu nyaris menjadi mangsa ragut oleh penjenayah yang menutup muka dengan tuala ketika sedang menunaikan solat Isyak berjemaah di masjid berkenaan.

Menurutnya yang hanya mahu dikenali sebagai Kak Ani, 52, ketika kejadian, dia bersama tujuh lagi jemaah wanita sedang bersolat di ruang solat tingkat bawah, manakala jemaah lelaki di ruang solat tingkat atas masjid.

“Disebabkan jemaah tidak ramai, jadi kami hanya membuat satu saf sahaja dan saya mengambil tempat di kedudukan paling tengah.

“Semasa kejadian, imam sedang membaca surah al-Fatihah untuk rakaat kedua. Ketika sedang khusyuk itu, tiba-tiba bahu saya sebelah kiri dicengkam dengan kuat sebelum leher diraba oleh penjenayah yang muncul dari arah belakang,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Permint Jaya, Chendering, di sini, semalam.

Kak Ani berkata, terkejut dengan situasi itu, dia terus memalingkan muka dan mendapati seorang lelaki bertubuh sasa yang menutup muka dengan sehelai tuala berdiri di belakangnya.

“Saya menjerit sekuat hati kerana terkejut dan disebabkan jeritan saya itu, semua jemaah wanita terpaksa memberhentikan solat untuk membantu.

“Malah dua daripada mereka bertindak berani cuba mengejar penjenayah terbabit tetapi gagal,” katanya.

Jelasnya lagi, penjenayah yang mengenakan baju T dan berseluar jeans itu mungkin bukan sahaja berhasrat hendak meragut rantai leher dipakainya, tetapi turut mempunyai niat mengambil kesempatan untuk mencabul.

“Ini kerana, ketika dia mencengkam bahu, perbuatan awalnya lebih kepada meraba dada sebelum bertindak menarik rantai di leher.

“Tetapi apa yang saya musykilkan, bagaimana penjenayah itu tahu saya memakai rantai sedangkan semasa pergi ke masjid, saya terus memakai telekung sembahyang dan sememangnya tidak akan nampak barang kemas dipakai,” katanya.

Menurutnya lagi, walaupun insiden itu sudah berlalu beberapa hari, namun dia masih trauma.

“Setiap kali hendak solat, saya merasakan seperti ada orang di belakang walaupun hanya solat di rumah.

“Selepas kejadian, saya masih tidak berani ke masjid dan insyaALLAH, selepas semangat saya pulih dalam beberapa hari nanti, saya pasti akan menjadi salah seorang jemaah di masjid itu lagi,” katanya. -SH

5 ulasan:

Amuraria berkata...

dan mangkuk menteri mana yang kata indek jenayah negara terendah daa ? jangan banding dengan luar negara yang penduduk ramai berganda dari mesia ! ABU jangan lupa !

Cik Itah berkata...

macam+ kes..

Tanpa Nama berkata...

Pengalaman yg tak boleh dilupakan last year ialah ketika membawa rombongan lawatan ke Tganu. Waktu hampir pagi bilik penginapan kami digeledah dan barang berharga dilarikan dompet, handbag, h/phone. Tak pernah terjadi di negeri lain.

Tanpa Nama berkata...

Bukan hanya di Rusila ada lubuk emas, bandaraya Kuala Terengganu pun ada beranika lubuk emas. Balai Besar kenyang dijaga oleh pusat-pusat hiburan dan rumah urut. Pekan Cendering pun ada lubuknya. Kalau hendak mengenali lokasi Polis kutip rasuah, tunggu di beberapa lokasi tempat-tempat kegemaran pengedar atau tempat paling pasti iaitu kedai-kedai besi buruk Cendering. Kepada sesiapa yang nak beli air ketum tetapi tidak kenal tempat, boleh juga ke kaunter pertanyaan Balai Cendering. Yang berlesen boleh meragut sewenang-wenangnya, dimanakah tempat yang sesuai bagi yang tidak berlesen? Takut nanti peragut surau ini boleh menghafal seluruh nama anggota Balai Cendering. Memang tidak boleh salahkan Polis 100% yang kerjanya dibayar gaji menjaga keselamatan awan. Polis dan Menteri pun kata bukan salah mereka, salah mak bapak serta tok dan nenek kamu sekalian.

Tanpa Nama berkata...

ABU = Alah Besama OMNU

1- penganut pahaman OMNU meyakini bahawa segala aktiviti berbaur keagamaan hanya berlaku dalam kawasan masjid sahaja manakala aktiviti politik boleh dijalankan di tempat tempat lain di luar kawasan masjid.
Ada mana mana orang OMNU kata tak beto
Inilah hakikat POLITIK SUKU UGAMA SUKU yang menjadi agenda teras perjuangan OMNU cap keris telanjank

“Semasa kejadian, imam sedang membaca surah al-Fatihah untuk rakaat kedua. Ketika sedang khusyuk itu, tiba-tiba bahu saya sebelah kiri dicengkam dengan kuat sebelum leher diraba oleh penjenayah yang muncul dari arah belakang,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Permint Jaya, Chendering,

Kejadian di atas MEMBUKTIKAN pegangan OMNU tidak berasas
Dengar bunyi macam molek - Alah Besama OMNU = Politik Suku Agama Suku

yang sebenarnya BUKAN Alah yang duduk bersama OMNU tuh tetapi PENYANGAK BERSAMA OMNU
Tak caya buleh tanya kak Ani, di mana kejadian itu berlaku