Rafizi dedah pembekal dakwat kekal ‘rakan rapat’ SPR
Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli hari ini mendedahkan pembekal dakwat kekal di Dewan Rakyat dengan menyatakan individu itu "rakan rapat" pemimpin tertinggi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan mendakwa kontrak berkenaandiberikan secara rundingan terus.
"Kontrak dakwat kekal ini diraih oleh seorang pakar rundingan terus bernama Mohd Salleh Md Ali, nombor kad pengenalan 671112665021 (IC asal dari Singapura).
"Dikhabarkan pakar rundingan terus ini mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin negara, malah juga dikatakan rapat dengan Pengerusi SPR dan Timbalannya," katanya di Dewan Rakyat.
Kontroversi dakwat kekal menjadi pertikaian dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu selepas ia mudah ditanggalkan walaupun hanya dengan membasuhnya.
SPR yang didesak mendedahkan pembekal dakwat itu berkeras enggan berbuat demikian atas alasa "isu keselamatan".
Rafizi berkata, Mohd Salleh memiliki tiga syarikat yang mendapat banyak kontrak kerajaan secara rundingan terus, antaranya Integrated Challenger Malaysia Sdn Bhd yang didakwa membekal dakwat pada pilihan raya 5 Mei lalu.
"Ada tiga syarikat yang dikawal oleh niagawan bernama Mohd Salleh termasuklah satu syarikat bernama Integrated Challenger Malaysia Sdn Bhd.
"Daripada syarikat ini, ada dua lagi syarikat yang masuk menerusi rundingan terus yang dikawal oleh Md Salleh menggunakan nama kerani syarikatnya, Norsiah Yusof.
"Beliau adalah ahli pengarah dalam syarikat yang dikawal Mohd Salleh," katanya ketika perbahasan perbekalan tambahan Kementerian Kewangan di Dewan Rakyat hari ini.
Rafizi mencabar kerajaan untuk memberi penjelasan dan tidak hanya berdiam diri kerana perkara itu boleh mendorong kepada tanggapan buruk terhadap pengendali pilihan raya.
Beliau juga meminta menteri berkaitan mengesahkan pendedahannya mengenai pembekal dakwat kekal itu pada sesi penggulungan.
"Sebab itu dulu saya minta SPR dedahkan sebelum kita yang dedahkan. Ini kerana ia akan datangkan pelbagai persepsi tidak baik. Bukankah lebih baik beritahu awal-awal," katanya.
Semalam, Pakatan Rakyat (PR) mengemukakan saman ke atas Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf dan timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar kerana membuat kenyataan palsu berhubung dakwat kekal serta kandungan nitrat perak dalam dakwat berkenaan.
Minggu lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim bertegas SPR tidak bercadang untuk mendedahkan syarikat pembekal dakwat kekal. -TMI
13 ulasan:
Hooh patot la mahal telajak, mahal supe bedey.
Pesengang kakas ni rege bagi tige, se begiang tukang bekal, se SPR bahang, se begiang lagi ..... tau tau le sape tukang bahang
Ambe kalu ade waeme sekepeng pitih hok ambe bayor cukai masok dalang rege beli cat makanang pelawok ning ambe tok redo, kite jupe di nu mati doklame
Pecah suda...
well done!
Syabas MP Pandan,Keberanianmu lawan & musuh.Kita tunggu pulak apa alasan Bos Spr & yg bersekutu dgnnya.
yg pasti mesti ramai yg akan beli dakwat md salleh lepas ni... kata shahidan kassim.
Sudah diberi peluang tapi mahu PR guna cara keras. So apa boleh buat SPR "You yang mahu".
klau awal2 dengar suara rakyat supaya resign kan selamat. hihihi... kini tebarai suda....
Projek terakhir boss spr sebelum bersara. Retired plan? :)
Syabas anak muda..teruskan menegakkan keadilan;jgn gentar..lawab tetap lawan
Apa lagi spr mau????
beli dari cai PR baru la dakwat tu kekal.
Tak sabar nak nak dengar jawapan balas menteri & SPR. Jgn selamanya nak perbodohkan rakyat kalau diri sendiri pun tak cerdik.
Lembu punya susu, sapi dapat nama.
Rakyat buat BERSIH, SPR buat untung.
hahaha
SPR baham duit, so what!!!!
Kalau ikut hukum, harta dua bapok SPR adalah haram. Patut dirampas kerana menipu, mempermain dan memperbodohkan berpuloh2 juta maknusia.
Catat Ulasan