26 Jul 2013

[VIDEO] Baju ‘R’ Tak Boleh Masuk Kawasan Mengundi, Baju 1Malaysia Boleh?


Sejak bila logo "R" jadi lambang parti? Ini memang pelik .. baca lah +Video

BESUT: Pengerusi ‘R’, NGO menuntut royalti minyak dikembalikan ke negeri terengganu, Mohd Fauzi Abu Samah kesal dengan tindakan pihak keselematan yang menghalang beliau masuk ke pusat mengundi dengan mamakai baju T berlogokan ‘R’.

Beliau selaku ‘pemantau’ Pilihanraya Kecil Dun Kuala Besut ditemui skuad BO ketika berhujah dengan tiga peagawai polis di hadapan Sekolah Kebangsaan Kampung Baru ada kira-kira jam 3.30 petang abu 24 Julai, hari membuang undi.

Ketika mengulas lanjut beliau berkata, sekiranya polis mengahalang baju ‘T’ berlogokan ‘R’ memasuki kawasan mengundi, beliau menggesa orang ramai yang memakai logo ’1Malaysia’ juga harus ditegah.

“dia (polis) beri alasan tak kira mana-mana logo dan sebagainya……..cuma saya minta satu pengesahan dari beliau (polis) mengapa logo 1Malaysia boleh pakai, aya tak ada masalah saya boleh tanggalkan (baju T saya,

“cuba bawakan kepada saya akta apa…..pasal berapa……’clause’ berapa yang mengatakan mana-mana logo NGO tak boleh pakai!……dia tak boleh jawab sebab benda itu memang tak ada,”tegasnya.

Menurutnya, para petugas beliau yang menjadi pemerhati perjalanan pilihanraya tersebut turut dihalang dan tidak dibenarkan masuk kerana hanya smata-mata memakai baju T berlogokan ‘R’. -demolanie


1 ulasan:

Awanama berkata...

Kenapa tak boleh pakai baju R? Sebab ini arahan kerajaan. Kami diamanahkan untuk menegakkan kebatilan dan menentang kebenaran, kata pihak polis. Memang macam lembu dicucuk hidunglah polis ni. Agaknya kalau kerajaan suruh bunuh ulama pun mereka akan bunuh juga.