16 Jul 2013

Turki Tak Akui Pemerintahan Baru Mesir


Turki dengan tegas menyatakan hanya mengakui Muhammad Mursi sebagai ketua negara yang sah di Mesir. Perdana Menteri Turki Reccep Tayyip Erdogan, menyatakan akan terus menilai hubungan luar negerinya selepas munculnya rejim "tidak sah" di Kaherah.

"Bagi kami (Turki) Presiden Mursi adalah satu-satunya presiden Mesir yang sah. Dia dipilih oleh rakyatnya dengan cara paling demokratis di negara itu," kata Erdogan seperti disiarkan Today Zaman, Ahad (14/7) dan oleh Egypt Independent Isnin (15/7).

Menurut Erdogan, Mursi adalah cermin kepada kemahuan majoriti masyarakat di Mesir. Jika pembangkang menghendaki untuk memerintah semestinya menjadikan cara yang sama untuk membentuk pemerintahan, yakni pemilihan umum.

"Jika seperti ini terus terjadi di Mesir (penolakan terhadap pelihanraya umum), situasi itu sama saja dengan mengabaikan kemahuan rakyat," katanya. Erdogan juga mengecam kehadiran tentera dalam transisi kekuasaan yang tidak berpelembagaan tersebut.

Today Zaman mengatakan, Erdogan dan Mursi merupakan dua pemimpin negara yang punya pengaruh sama terkait dengan susunan politik di rantau tersebut. Keduanya juga menjadi "representatif" bangkitnya parti-parti Islam modern.

Jika Mursi kuat dengan dokongan politik Ikhwanul Muslimin dan menjadi Ketua Parti Keadailan dan Kebebasan (FJP) di Mesir, Erdogan pula menjadi Ketua Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) di Turki. Keduanya merupakan juga teman politik yang amat padan.

3 ulasan:

hairan berkata...

alahmdulillah masih ada lagi orang arab yang berani menentang israel dan amerika.

Nak harap negara arab lain HARAM nak bersuara! semua nak jaga periok nasi dan duit masing2. Dah macam perangai arab jahilliah! Dahsyat sungguh godaan duit dan harta boleh menyebabkan orang2 kaya lebih hina dari binatang...

Tanpa Nama berkata...

Negara Islam Malaysia turut sama tak bersuara...

Tanpa Nama berkata...

Malaysia nak bersuara macam mana...apa kurangnya rampasan kuasa di negeri ku Perak Darul Ridzuan. Dgn perangkap sedekah seks jer lingkup PR.