24 Jul 2013

"Memang Itu Bilik Persalinan, Tetapi Ada 2 Bilik Mandi & 2 Tandas!"

Ibu bapa kesal dengan tindakan sekolah

KUALA LUMPUR - Ibu bapa terkilan dengan tindakan pengurusan Sekolah Kebangsaan Seri Pristana, Saujana Utama, Sungai Buloh kerana didakwa menempatkan pelajar bukan Islam makan di bilik persalinan sekolah itu pada bulan Ramadan.

Celestina A/L Sokya, 40, dari Sarawak berkata beliau kesal dengan keputusan pihak sekolah itu dan tidak mahu lagi menghantar anaknya, Destiny Yeeling, 8, pelajar tahun dua untuk bersekolah di situ.

"Sebelum ini anak saya kata dia makan di tandas, saya ingat dia bergurau. Tidak sangka wajah anak saya ada dalam gambar yang disiarkan dalam Facebook hari ini mengenai pelajar bukan Islam makan di tandas," katanya kepada pemberita ketika mengambil anak gadisnya pulang dari sekolah itu.

Beberapa gambar tersebar di laman sosial hari ini yang memaparkan sebilangan murid yang dikatakan bukan beragama Islam berada di sebuah bilik menyerupai bilik air, dengan botol air dan bekas makanan berada di atas sebuah meja.

Berikutan itu, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan Kementerian Pendidikan untuk menyiasat dakwaan pelajar di sebuah sekolah rendah mengenai keadaan itu.

Seorang suri rumah Rebecca Joseph, 32, berkata anak perempuannya Jessica James, 10, ada mengadu mengenai perkara itu dua hari lepas.

"Memang itu bilik persalinan, tetapi dalamnya ada dua bilik mandi, ada dua tandas. Macam mana sekolah boleh bagi mereka makan dalam tandas kan," katanya.

Ayahnya, James Subramanian, 45, seorang pengawal keselamatan Indah Water, berkata beliau susah hati apabila dengar berita mengenai anaknya makan dalam tandas.

Seorang ibu, Jagteep Kaur, 34, berasa sangat sedih sebab dua anak lelakinya terpaksa makan di bilik persalinan itu iaitu Eekongkar Dilmarditl Singh, 9, dan Kuljeet Sing, 10, sejak seminggu lalu.

Eekongkar Dilmarditl berkata beliau diminta untuk makan di bilik persalinan kerana kantin sekolah sedang dibaiki.

"Saya sudah dua hari muntah-muntah dan diarahkan duduk situ kerana hujan. Kalau duduk di kantin nanti kotor," katanya.

Sementara itu tinjauan Bernama untuk mendapatkan penjelasan daripada Guru Besar sekolah itu menemui jalan buntu apabila wartawan tidak dibenarkan masuk ke perkarangan sekolah.

Menurut sumber Kementerian Pendidikan, sekolah itu mempunyai dua sesi persekolahan, 74 guru, dengan 1,373 pelajar, iaitu 696 lelaki dan 677 perempuan.

Dua bilik persalinan di sekolah itu digunakan sebagai kantin sementara bagi 28 pelajar bukan Islam sepanjang bulan Ramadan ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supt Junaidi Bujang ketika dihubungi Bernama mengesahkan bahawa satu laporan polis dibuat seorang kerani hari ini terhadap guru besar sekolah itu. - Bernama

Ulasan GB

Memang tak ada akal. Hairan bagaimana seorang gurubesar dan guru-guru sekolah berkenaan boleh bertindak keterlaluan sedemikian.

21 ulasan:

joe penang berkata...

Apa komen tuan ttg ni pula?

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=528890090516139&set=a.159716777433474.41152.152404861497999&type=1

Unknown berkata...

Sdra Joe Penang

Nampaknya ibu/bapa guru turut "berselera" berbuka puasa (?) di bilik persalinan tersebut yg di dalamnya ada 2 tandas.

Tiada seorangkah dari mereka yang mempunyai akal untuk menegur pihak sekolah berkenaan?

Atau gembira berbuka di bilik persalinan pelajar "perempuan"?

Memang tandas itu mungkin bersih, namun ia tetap tandas, tempat melepas bukan tempat untuk menyuap.

Apa salah dirikan khemah atau gunakan mana-mana blik lain (setor kalau dikemaskan pun lebih diterima dan logik dari bilik air)

Gurubesar dan guru2 sekolah tersebut patut dihukum rotan di khalayak ramai kerana akal pendeknya sepertimana mereka merotan para pelajar... :)

Tanpa Nama berkata...

Salam GB
setuju dgn GB
mana ntah perginya akal pengetua sekolah tu....apa salahnya sewa khemah/canopy mcm kenduri kawin tu...lagi suka murid2 terasa macam berkelah pulak....ini tak, di sumbatnya murid2 ni makan dlm tandas.......tak senonoh betul..

Tanpa Nama berkata...

Memalukan orang Islam. Teruk sangat ke budak budak Islam yg berpuasa sampai tak bolih nampak orang bukan Islam makan? Kalau macam tu puasa dalam bilik sajalah. Kalau macam tu semua restoran terbuka yang tepi jalan pun kena tutup. Lain kali pikir dulu sebelum bertindak. Kalau guru dah cetek fikiran macam ni macam mana nak jadikan murid lebih bijak berfikir.

hafez berkata...

Aku melihat gambar dan membaca artikelnya sekali. Mana satu yang betul? Ada yang kata ada tandas. Ada pula kata tak ada mangkuk tandas.

6. Sebenarnya TIADA tandas berdekatan dengan bilik persalinan tersebut.

7. Yang sebenarnya, ia hanyalah dua bilik persalinan untuk lelaki dan perempuan yang terletak bersebelahan.

7. Kamu boleh mengatakan bahawa ada tanda "tandas" (gambar lelaki dan perempuan yang selalu kita lihat di depan pintu tandas) di situ. sebenarnya, itu bukan tanda "tandas" tetapi tanda yang membezakan bilik persalinan lelaki dan perempuan.

8. Tiada sebarang MANGKUK TANDAS didalam bilik persalinan tersebut dan jika dilihat secara dekat, pelajar meletakkan KASUT mereka diluar bilik persalinan.

Tanpa Nama berkata...

blh tunjukkan gambar 2 tandas tu??,tandas cangkung ke tandas duduk,hanya utk pencerahan

Tanpa Nama berkata...

Bila guru besar "besar" kepala ini lah jadinya...

Tanpa Nama berkata...

agama islam tidak diajar utk menyusahkan orang yg bukan beragama islam. kalau pengetua / guru besar tersebut adalah beragama islam, i malu nak mengaku dia saudara seagama aku plus ini beri peluang guru - guru munafik utk tidak berpuasa.

hati hati berkata...

http://batuvskayu.blogspot.com/2013/07/isu-makan-dalam-tandas-di-sekolah-sri.html

Kak Uda ila berkata...

Memang betul, alasan apa pun yang mereka beri.. tempat itu sangat tidak sesuai untuk di buat tempat makan.

Dari yg saya tengok gambar kantin yg sedang di ubah suai hanya dari kejauhan, tak nampak pun situasi sebenar bagaimana kantin tu. Adakah sekadar Cover Line? Dan mengapa pulak PIBG serta guru tiba-tiba nak berbuka di dalam bilik persalinan itu? kenapa tan berbuka sahaja di bilik Guru atau dewan? Adakah hanya untuk menutup pekong di dada? Hanya manusia yang bijak boleh menilai mengapa gambar-gambar itu di keluarkan pada masa sekarang.

Permainan manusia sangat mudah di baca kejujurannya.

ibnmustaffa berkata...

Penjelasan Guru Sekolah Tersebut yang diambil dari perbualan pada statusnya :

———————————

“susah nak explain.. sebab yg tersebarnya dah terlampau negatif… sbnarnya tempat tu dibuka bg menampung keperluan pelajar yg rmai dn untuk mengelakkan murid mkn di atas lantai dan di tepi2 jln sbb tak cukup kerusi meja wktu biasa…

itu inisiatif oleh ** sebelum bulan ramadhan lg.. dan sepnjag bulan ramadhn ni, disebabkan kntin tutup, jd murid2 non muslim atau muslim yg tak puasa dibenarkan makan di dalam bilik tu..

dan bilik tu ilah bilik perslinan yg tak digunapkai sbgai bilik persalinan pun.. tk de spe mndi or berak kat situ.. cum dah lengkap dgn sinki.. jd murid blh basuh tangn, n meja dibalut, bilik berhias jugak sbb nk jdkan betul2 bilik mkan..

ada dua bilik perslinan yg dibuat tempat mkn sbb dekat dgn kantin.. tu je.. kebetulan mungkin yg banyaknya mkan ms bulan puasa ni non muslim la.. walhal kalau hari biasa tak wujud racist langsung pun… anak cikgu pun mkan dlm bilik tu..

sbb skolah ni kecil.. tp murid rmai.. so harpnye, mungkin dapat lah tambah besar lg kantin i ke lps isu ni… huhu”

Mattamam berkata...

assalamualaikum GB n komentar..sebelum anda menghukum dan mencela pihak pengurusan sekolah,sepatutnya anda menyiasat terlebih dahulu..hakikatnya apa yang berlaku tidak seperti apa yang difahami dan diketahui..
utk pengetahuan semua,bilik persalinan itu telah menjadi kantin sementara sejak bulan mac lagi sblm dtg nya Ramadhan..ianya disebabkan kantin sedia ada tak mampu menampung kapasiti murid. Maka bilik ini dah digazet sementara sebagai kantin. ianya dipilih krn bdekatan dgn kantin dan juga mempunyai kemudahan sinki. Dakwaan mengatakan ada tandas adalah tdk benar..ia adalah ruang persalinan..harap maklum

Tanpa Nama berkata...

ni bukan soal rasis tapi soal mentaliti gurubesar dan guru-guru yg setaraf binatang....

walaupun tandas x pakai, tapi ia tetap sebuah tandas....

suruh gurubesar tu dan cikgu-cikginya termasuk para penyokongnya seperti mazwandi di atas makan dalam bilik air selepas ni.

Tanpa Nama berkata...

sdra mattamam

ruang persalinan TETAP tidak sesuai untuk sebuah tempat makan.

lagipun telah jelas hari ini bahawa setelah disiasat, pihak kementerian telah mebgarahkan pihak sekolah berkenaan tukar tempat makan.

http://www.sinarharian.com.my/nasional/sekolah-di-sungai-buloh-diarah-tukar-tempat-makan-1.186016

Tanpa Nama berkata...

fitnah? kepala hangguk fitnah.... perbuatan gurubesar yg menjadikan bilik persalinan sebagai tempat makan itulah yg sebenarnya telah mendtgkan fitnah terhadap umat Islam.

Tanpa Nama berkata...

otak gurubesar tu sama mcm puak umno jugak... biar org lain susah, aku sendiri senang....

Tanpa Nama berkata...

Biasanya kerja2 ubahsuai canten sekolah di lakukan pada musim cuti sekolah bukanya pada pengal persekolahan ini nampak sangat ada sesuatu yang tak kena pada pengursaan sekolah tersebut.

Tanpa Nama berkata...

AsSalam...
Sy Rasa utk x terus keruhkan keadaan & bulan ramadhan yg Julia ini..harap guru bertanggungjawab tampil mohon maaf & tukar tempat makan sementara secepat munkin...marilah menuju kearah pemikiran yg lebih bertamadun...
Sniper

Tanpa Nama berkata...

Bagus pendedahan,semoga cepat puhak sekolah dapat peruntukan besarkan kantin,(tiada tandas- guru-guru takkan bodoh mesti pastikan kebersihan).BN biasa bagi alasan negara lain seperti Ethopia kutip makan atas tanah.Pakat doa ada kematian bagi PRK disitu.

Tanpa Nama berkata...

Sebagai seorg guru sy memahami situasi sek dlm membuat sst kep. Kewangan dan kemudahan di sek selalunya terhad. Kita tdk tahu atas alasan apa yg sek buat tempat tsb sbg kantin namun utk menghukum sblm diadili dan diteliti adalah tidak wajar. Malahan menyebar fakta yg tidak benar jg akan mengeruhkan keadaan. Tambahan apabila ianya melibatkan kaum dan agama. Moga kita sama2 menjadi warganegara yg prihatin utk membantu bkn hanya tahu mengomen.

langit dan bumi berkata...

rasa2nya penjelasan tlh diberikan oleh pihak sekolah dan kementerian..harap semua jelas..namun apa yg berlaku adalah hanya secebis kisah dri rententan kisah yg panjang di sekolah hari ini..byk lagi masalah yg terpaksa disembunyikan demi mengelakkan dari tercetusnya isu yg lbh besar..guru2 biasanya committed utk membantu anak2 murid..tpi kekdg ada kekangan tertentu yg menghalang...sperti peruntukan tak cukup..krg kerjasama dari ibu-bapa..kekurangan guru...masalah disiplin yg tiada kesudahan...dan mcm2 lagi...beban guru mmg berat tpi PR dgn org luar pun kena tingkatkan..takut timbul salah faham..