22 Jul 2013

Fitnah II: Cubaan Penjarakan Semula Anwar


Rayuan terhadap keputusan kes Fitnah II adalah cubaan Umno BN untuk mengheret semula Datuk Seri Anwar Ibrahim ke penjara, kata Naib Presiden KEADILAN, N Surendran.

Menurut Surendran, Mahkamah Tinggi telah membebaskan Anwar dari tuduhan tersebut pada Januari tahun lalu dan umum mengetahui ia merupakan konspirasi politik peringkat tertinggi untuk menjatuhkan Anwar.

Malah, katanya, konspirasi itu turut melibatkan institusi seperti polis dan pejabat peguam negara diketuai Tan Sri Abdul Gani Patail.

“Rayuan ini tak sepatutnya difailkan. Semua orang tahu Gani Patail (peguam negara) orang suruhan Umno. Mahkamah dan polis hanya digunakan untuk menindas dan memenjarakan Anwar,” kata Surendran.

Beliau mengulas kes rayuan berkenaan yang akan berlangsung di Mahkamah Rayuan Putrajaya, esok, ekoran rayuan kerajaan terhadap pembebasan Anwar, 9 Januari tahun lalu.

Kes tersebut, yang sebelum ini dilihat sebagai konspirasi kedua mengaibkan Anwar, dijangka sekali lagi menarik perhatian media dalam dan luar negara apabila ia dibicara di peringkat rayuan.

Menurut Surendran, Umno BN kini kehabisan modal untuk melakukan apa sahaja bagi menyekat kebangkitan Pakatan Rakyat ke Putrajaya, termasuk memenjarakan semula Anwar.

“Itu cara terbaik Umno-BN mematahkan kemaraan Pakatan Rakyat ke Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang. Mereka fikir cara terbaik untuk terus berkuasa ialah memenjarakan Anwar,” kata N Surendran.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Januari tahun lalu membebaskan Anwar atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan di Kondominium Desa Damansara antara jam 3.10 dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Anwar, 65, yang juga ketua pembangkang dan ahli parlimen Permatang Pauh, didakwa mengikut Seksyen 337B Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan beliau boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan sebatan. -KD

9 ulasan:

ahli pas berkata...

dalam kes ini pening kepala nak kata fitnah umno tak berani jg nak kata anuar salah tak berani juga tapi nak kata anuar betul lagi tak berani serah pada tuhan aja lah,berani buat berani tangong kan gitu yang bagus

Andre Irwan berkata...

Bulan Baik ni .... ada lagi manusia yang minat berbuat jahat juga .... mungkin PRK Kuala Besut kot.
Awat yang Melayu ni tak serik-serik menabur fitnah? Lupa aku, kan Melayu depa ni. Tuhan depa tu tokong kat busut anai-anai kot. Kan Allah swt mengingatkan bahawa apabila datangnya manusia fasik membawa khabar berita, siasatlah. Ini tidak, depa tak siasat orang fasik ni malahan membenarkan tuduhan fasikun ni. Minta simpang le.
Selamat Beribadah dan Selamat Berpuasa.

Tanpa Nama berkata...

Kerajaan yang kena liwatke...
awat budak bodoh tu anak emas kera...jaanke. sepatutnya mak bapak dia yang rayu bukannya kera..jaan

batu api berkata...

Untuk membersihkan nama anuar, aku cadangkan sebagaiman yang di cadangkan dr asri supaya hakim mengarahkan anuar supaya bersumpah baginmembersihkan nama nya.

Tanpa Nama berkata...

Yakinlah, sesiapa yang anggok jer kepalanya dgn cerita karut ini, pasti hukuman kazaf telah jatuh ke atasnya dgn hukuman 80 sebatan menuduh tanpa saksi. Walaupun tak disebat didunia jgn pulak perasan di akhirat terlepas.

Lebih aula geleng kepala tanda tak tahu sbb tak ada saki bukti kes. Kalau betul btother Anuwar melakukannya biarlah dia jawab dgn Allah.

Tak cukup lagi ker dengan pengakuan bpk Saiful yg kata perkara tu satu fitnah walau pun akhirnya menarik balik pengakuannya. Alaahh.. sama macam kes Bala SD1 kemudian muncul SD2.

oranqtua berkata...

sumpah di mana? Mahkamah sivil? Macam mana kes di mahkamah syariah yg tertangguh disebabkab dua ekoq mangkuk hayun yg mengaku islam tapi tak mahu pulak islam ditegakkan. Siapa malaun tu...lu fikir la sendiri...

Tanpa Nama berkata...

Sdra 'ahli pas', dari peringkat awal lg kes byk sgt perkara yg boleh dipersoalkan. Jd, bagaimana sdra kata 'berani buat berani tanggung'.

Tanpa Nama berkata...

Logik akal manusia yg ada otak dikurniakan oleh Allah sanggupkah kamu jika kamu pemimpin yg besar yg ada anak isteri sanggup buat kerja terkutuk dgn keadaan hidupnya yg sentiasa sibuk.. Anak muda yg kuat fizikalnya tidak membantah dan membiarkan diliwat.. Diam sejenak dan berfikirlah dgn waras masuk akal kah kejadian itu...

Tanpa Nama berkata...

cara 'ahli pas' kat atas tu komen pun kita dh tau dia org pas or BN.sebab tu dia main2 guna nama 'ahli pas'.