2 Jun 2013

[VIDEO] PAS Tidak Akan Tunggu Sehingga PRU-14


Kuala Nerus - PAS tidak akan menunggu sehingga pilihan raya umum (PRU) kali ke-14 akan datang untuk melawan Umno dan Barisan Nasional (BN) tetapi akan menggunakan segala ruang yang ada dalam demokrasi bagi menjatuhkan mereka bermula sekarang.

Menurut Naib Presiden PAS Solahuddin Ayob, Umno-BN telah melakukan pelbagai tipudaya bagi memastikan mereka menang pada PRU kali ke-13 lalu termasuk memadamkan lampu semasa pengiraan undi.

"mereka lakukan perkara-perkara (tipudaya) seperti yang saya katakan tadi........ini kita tidak boleh terima.......dengan itu kita tak tunggu (sehingga) PRU akan datang untuk melawan mereka,

"kita lawan sekarang............kita lawan dengan apa cara yang ada pada kita dan juga ruang yang diizinkan oleh demokrasi,"ujarnya ketika menyampaikan ucapan dalam majlis ceramah sempena Majlis Kesyukuran PRU kali ke-14 PAS Kawasan Kuala Nerus. [Lihat Video]

Beliau menegaskan, PAS adalah parti yang berpengalaman dan bukanlah sebuah parti yang boleh ditipu dan termakan dengan 'umpan' yang dihulurkan oleh Umno-BN.

Menurutnya, PAS tidak terhutang budi dengan Umno-Bn kerana PAS bertanding dan menang dalam pilihanraya atas kerja dan usaha sendiri serta dibiayai oleh kewangan yang dihimpunkan dari serma disumbangkan oleh ahli-ahlinya.

Katanya, PAS tidak akan bertolak ansur dengan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) yang telah menjadi 'barua' kepada Umno dan Barisan Nasional.

Justeru beliau berjanji, PAS akan mengheret SPR ke muka pengadilan dan membuktikan di mahkamah bahawa mereka adalah ejen Umno yang bertanggungjawab melakukan penipuan bagi pihak Umno-BN. - buletinonline






7 ulasan:

Putra IJ80 berkata...

Mcm mne nak lawan...

Bukan kah TGHH ada kata"Biar lah mereka Tipu,Biar lah mereka menzalimi kita..di akhirat nanti ada suara yg memanggil siapa kah kamu yg telah di zalimi...maka hari ini kamu masuk lah awal ke syurga"

Itu Pengertian yg.sya fahami maksud kata kata TGHH.

Kerana itu Beliau(i.e TGHH) tidak menggalakan ahli PAS menyertai himpunan 505....sahingga timbul kecelaruan....

Smuga Allah melimpahkan rahmat nya kepada Pejuang Pejuang PAS mari lah kita ambil kata sepakat setia kawan(PR) "Lawan Tetap Lawan"

Allahuakbar 3x

Jgn Maree.

Tanpa Nama berkata...

Betul, betul dan betul...itulah yang seharusnya dilakukan, itulah yang SDR Anwar sedang lakukan....jangan biarkan UMNO BN mempermainkan, jangan biarkan SPR memperdayakan, memperbodohkan dan menipu rakyat, Rakyat sdepatutnya, bersepakat dalam hal iniu, jangan dibiarkan mereka hidup bebas...sepakat membawa berkat, jadi kesepakatan antara parti adalah yang paling baik dan wajib diteruskan kerana dengan bersepakat maka UMNO BN tidak akan dapat membuli lagi...teruskan dengan usaha supaya menjatuhkan BN mulai sekarang, cari, dan berusaha untuk menjatuhkan BN dengan apa cara sekali pun buat seberapa banyak petisyen, gegarkan SPR....

Kalau boleh dan semeangnya diperlukan untuk menetukan keadilan yang sejati...usahakanlah untuk mendapatkan SPR dari luar untuk mengadili PRU sekali lagi. Baru betul, baru adil dan telus... baru kita tshu langit tinggi rendah. Usahakan supaya SPR yang ada sekarang ini meletak jawatan. Dapatkan siasatan diraja supaya menyiasat kepincangan berlaku semasa PRU 13.... Teruskan black out 505 sehingga pRU 13 diadakan semula ditempat-tempat yang meragukan.. dan kalau terpaksa adakah pilahanraya semula untuk semua negeri terutama Perlis, kedah, perak, Pahang, nergeri sembilan, melaka, johor serawak dan sabah.

Tanpa Nama berkata...

Xmarah tp kesian dgn kejahilan diri anda. Yg xpaham dan xmau nak paham apa yg tghh kata. Tau nak kutuk saja dan berlagak pandai. Atas kemahuan diri anda untuk terus berada dlm kejahilan.

Tanpa Nama berkata...

hidup kena lawan kalau tidak ditawan
pagi pagi lagi dah kena lawan malas bangun subuh lawan nafsu jahat lawan kemungkaran depan mata

Tanpa Nama berkata...

Negara kita MALAYSIA negara Demokrasi.
Saya sebagai seorang Anak MALAYSIA saya tidak boleh terima PRU13 yang melakukan pelbagai tipudaya yang digunakan SPR dan BN.Saya berharap menggunakan segala ruang yang diizinkan sebagai negara demokrasi.
Saya bersama PAKATAN RAKYAT untuk DEMI RAKYAT MALAYSIA. Kepada Menteri KDN Ini Tanah air ku saya tidak boleh keluar dari Negara saya MALAYSIA. SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT "LAWAN TETAP LAWAN"DEMI RAKYAT.

Putra IJ80 berkata...

Anon...

Maaf sya sambung kata kata sya...
klu sya jahil...sya bersyukur kerana ada yg mengingatkan sya..maka sya ucpkan terima kasih.,in sya Allah sya cuba perbaiki.

Berkait saranan TGHH.,

Sya SETUJU..tindakan /cadagan TGHH utk tidak melawan biar pun di zalimi di di tipu dalam perkara yg berkaitan AQIDAH.

Contoh nya Keluarga Ummayah yg di seksa di gantung kaki ke atas di cucuk dgn pisau di bakar sahingga mati..kerana mereka mempertahankan Agama Allah dan Rasull nya.

Tetapi dlm Kes TGHH(PAS) ia berkait dgn soal Politik..untuk mendapat Kuasa..

Jika kita biar di tipu di zalimi tanpa bertindak melawan atau membetulkan keadaan...sampai bila kita nak MENANG atau dapat kuasa memerintah?

Tanpa kuasa apa yg dapat kita lakukan bagi menegakan Islam Hukum seperti yg di kehendaki dalam Alquraan dan Sunnah?

Pls.,sya skdr memberi pandagan..smuga kita dapat satu garis panduan yg tepat bagi menghadapi PRU14.,

In sya Allah.

Jgn maree.



Tanpa Nama berkata...

Kemenangan Islam itu pasti.... Itu jnji Allah... Tak menang itu sebab masih ada yg belum ikhlas dlm perjuangan ISlam...