2 Jun 2013

UMNO BN Semakin Nazak, Kapal Semakin Tenggelam...


Awang Selamat: Cadangan parti tunggal mungkin sebabkan BN terkubur

KUALA LUMPUR, 2 Jun — Cadangan parti tunggal Barisan Nasional (BN) hanyalah sekadar alasan, dan bukannya penyelesaian kepada sokongan untuk BN, kata analisis mingguan Awang Selamat hari ini, dan berkata idea berkenaan hanya akan menyebabkan BN akan tersungkur untuk selama-lamanya.

Awang dalam analisisnya dipetik akhbar Mingguan Malaysia itu turut berkata, atas muslihat demokrasi dan hak asasi kebebasan, beliau khuatir pelaksanaan idea berkenaan akan menyebabkan BN terjatuh dalam perangkap yang lebih besar dibuat oleh DAP dan PKR.

“Isu paling mendesak pada pasca PRU13 ini bukan parti tunggal, tetapi bagaimana Umno mengukuhkan lagi kekuatannya bagi menghadapi PRU14 nanti, dan bagaimana MCA dan Gerakan dapat bangkit dengan membina kekuatan dalaman mereka terlebih dahulu,” kata Awang dipetik akhbar Umno itu.

Petikan analisis berkenaan dilihat masih lagi menyalahkan masyarakat Cina yang memilih DAP dalam Pilihan Raya 2013, semata-mata mahu menumbangkan kuasa politik Melayu.

“Lebih banyak kita melayan tuntutan kepada keterbukaan lagi mengundang risiko besar. Masyarakat Cina telah memilih DAP untuk menumbangkan kuasa politik Melayu dengan dorongan perhuangan sama rata.

“Selagi itu tidak tercapai, selagi Melayu tidak bersatu apatah lagi ada pemimpin Melayu diperkudakan, selagi itu kaum Cina tidak menyokong BN,” katanya.

Transformasi politik jelas Awang tidak boleh dilaksanakan secara meluas dan dilakukan tergesa-gesa pada masa banyak lagi isu kritikal yang belum ditangani.

“Mengapa perlu bercakap tentang parti tunggal sedangkan untuk mewujudkan konsep sekolah tunggal yang sangat penting keperluannya, ditolak mentah-mentah oleh parti komponen BN sendiri,” kata Awang.

Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno kelmarin turut membincangkan cadangan menjadikan BN sebagai parti tunggal yang membuka keahlian kepada semua kaum tanpa kewujudan parti komponen.

Malah, Umno juga akan mengadakan perbincangan diperingkat makmal bagi mengkaji keperluan tersebut yang telah dikemukakan parti komponen BN daripada Gerakan dan Parti Progresif Rakyat (PPP).

Bekas editor di akhbar berbahasa Inggeris New Straits Times (NST), Datuk A. Kadir Jasin, dalam blognya semalam turut menolak idea berkenaan dan berkata hanya parti komponen BN majoriti Cina yang “nazak” seperti Gerakan, MCA dan SUPP yang akan menimbangkan cadangan itu.

“Presiden Umno, Mohd Najib Abdul Razak, mungkin boleh ‘memujuk’ kepemimpinan Umno untuk melayan (entertain) idea ini, tetapi saya tidak menjangka akar umbi Umno akan menerimanya. Umno adalah parti akar umbi!” kata A. Kadir dalam blognya, merujuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Kadir turut mempersoalkan keputusan untuk menjadikan BN sebagai parti tunggal sedangkan Umno yang menjadi tulang belakang kepada perjuangan parti pemerintah itu diakui sendiri oleh Najib sebagai parti yang kuat.

“Saya tidaklah mahu membuat andaian yang Mohd Najib sekali lagi tunduk kepada kehendak orang Cina apatah lagi selepas beliau sendiri menyalahkan tsunami Cina sebagai punca ketidakcemerlangan prestasi beliau dalam PRU 5 Mei lalu,” katanya.

“Lagipun, seandainya Umno lebih kuat selepas PRU13 seperti Mohd Najib dakwa ketika mesyuarat Majlis Tertinggi Umno malam tadi, mengapa harus ia dibubarkan dan bergabung dengan parti lain menjadi sebuah parti tunggal?” soalnya.

Najib sebelum ini berkata Umno masih kuat apabila berjaya menambah bilangan kerusi Parlimen daripada 79 pada PRU12 2008 kepada 88 pada pilihan raya kali ini, berbanding Pakatan Rakyat (PR) yang hanya memperoleh 89 kerusi daripada ketiga-tiga parti komponen mereka —PKR, PAS, DAP.

Kadir turut berkata, mengapa perlunya Umno dan parti-parti Bumiputera yang kukuh di Sarawak dan Sabah dibubarkan dan digabungkan menjadi parti tunggal semata-mata bagi melayan idea parti-parti Cina BN yang ditolak oleh orang Cina sendiri dalam PRU lalu.

“Kalau Umno dibubarkan bagi memberi laluan kepada penubuhan parti tunggal BN, kemungkinannya banyak ahli dan penyokongnya akan beralih kepada PAS kerana orang Melayu masih berasa mereka memerlukan parti Melayu-Islam,” katanya.

Pemangku Presiden Gerakan, Datuk Chang Ko Youn minggu lalu berkata cadangan penyatuan antara parti komponen seperti Gerakan, MCA, dan Parti Progresif Rakyat (PPP) tidak dapat dilaksanakan tanpa menjadikan BN parti tunggal kerana setiap parti komponen BN mempunyai Perlembagaan yang berbeza, dan berlandaskan kepada parti berteraskan kaum.

Ulasan GB

Kini masing-masing sudah bertelagah.

Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan. Kemenangan dengan penipuan adalah satu jenayah dan tiada keberkatannya. Pertelagahan itu bukti tiada keberkatan.

Seperti yang GB katakan sebelum ini, kemenangan melalui penipuan adalah kemenangan yang rapuh ... dan ia akan tumbang dengan sendirinya kerana "dasarnya" lemah.

GB amat yakin jika kerajaan Najib dan UMNO BN memperolehi kemenangan dengan cara penipuan, kerajaannya akan tumbang tidak berapa lama lagi.

Dan semua yang terlibat dengan penipuan akan tetap dihukum walaupun penipuan itu licik dan tidak diketahui orang. Tetapi Allah Maha Mengetahui! Anda tidak boleh lari.


Malah kemenangan dengan penipuan itu pun hanya memperolehi MARKAH KESIAN dari rakyat: 47%. Ya, 47% undi tetapi mendapat 60% kerusi. Atas nama "demokrasi". Bukankah penipuan namanya?

Masanya akan tiba, UMNO BN bakal berkubur untuk selama-lamanya!

Kebatilan tidak akan dapat mengalahkan kebenaran selama-lamanya. Ia hanya dapat mengalahkan kebenaran sebentar cuma, umpama awan hitam yang menutup sinar ,entari. Lambat-laun awan hitam akan berarak pergi dan sang mentari, kebenaran itu, akan memancar semula ke seluruh bumi.

Itu hukum alamiah, itu hukum Allah swt!

2 ulasan:

Andre Irwan berkata...

Nampak tak cara munafikun berbicara. Bila senang, kita nikmati bersama. Bila susah, kau matilah sendiri.
Sepatutnya waktu kawan susah, kita tolong. Ini tidak. UMNO menang 88 kerusi, adakah semua kerusi dimenangi oleh Melayu UMNO? Di Sabah dan Sarawak tu ada Melayukah atau Melayu Celup (Macam Mamak kat semenanjung)?
Satu lagi slogan "1 MALAYSIA" harus ditukar. Kan rakyat Malaysia dari semenanjung ditahan dari memasuki Sabah, ini 1 Malaysiakah atau Malaysia sudah jadi 2? 1 Malaysia untuk orang BN dan 2 Malaysia untuk orang PR.
Selagi Malaysia dok hang Melayu, Aku Cina, Dia India, ... sampai bila pun jangan dok kata 1 Malaysia le, Tok Jib oii. Teringat aku akan temuramah Tok Jib dengan wartawan luar. Soalan yang dikemukakan oleh wartawan tu ialah kenapakah permohonan untuk apa saja perkara, keturunan mesti disertakan?????? Bukankah hanya warganegara atau tidak??? Keturunan tu apa kena mengena terutamanya dalam peperiksaan????? Kalau masukkan agama, mungkin juga sebab ada kertas Pendidikan Islam. Tu pun dulu, orang bukan Islam boleh mendaftar untuk mengambil kertas Pendidikan Islam dan mendapat A1 pulak. Kenapa ya??????
Bila lagi kita nak kata kita ni RAKYAT MALAYSIA (MALAYSIAN) kalau kita masih berhujah menggunakan ras. Bagi Awang Selamat dan A, Kadir Jasin, biatkan depa tu sebab depa tu kan saluran 1 yang mati. Bagaimana dengan puak muda-muda ni? Masih nak hidup dalam semangat perkauman yang dilarang oleg Islam??? Bila Awang Selamat dan A. Kadir Jasin mati nanti, jangan lupa kita simpan depa tu kat TANAH PERKUBURAN MELAYU. Jangan lupa tau.

Tanpa Nama berkata...

ini lah bahana guna duit dari sumber haram,nak membodohkan rakyat. Ya kau berjaya tapi tak bertakwa. Rugi serugi nya hidup bila tak dapat takwa.Pangkat, jawatan kekayaan ada lah pemberian Allah tapi bila kau berjaya kau menjauhi Islam.Macam macam komen Islam, bukan nya banyak masjid besar tetapi yang penting itu mengajak manusia bersholat. kerana bila mati itu lah soalan No.1.Orang kafir lebih takut dan hormat pada orang tak abai bersholat, kerana mereka tahu sholat itu manjauhi rasuah.Takut lah Allah, sesen duit haram kau beri keluarga mu makan, api neraka belasan nya.