Tikam Batu – Satu demi satu keajaiban dapat disaksikan sepanjang membuat liputan tragedi kebakaran yang menyebabkan seorang pelajar Maahad Tahfiz Al-Barakah (Mantab), Kampung Masjid, Tikam Batu terkorban dalam kejadian jam 1.50 pagi, Sabtu lalu. Foto: thestar
Namun, apa yang berlaku pasti mempunyai hikmah tersendiri selain menunjukkan kekuasaan ALLAH SWT.
Ini bukan sahaja dapat dibuktikan dengan penemuan barang-barang milik mangsa terkorban yang masih elok tersusun dalam almari kayu sedangkan almari besi milik pelajar lain semuanya hangus termasuk pakaian dan barang-barang peribadi lain.
Dalam kejadian itu, mangsa, Aiman Nurhakim Yahya, 13, seorang pelajar pintar, rajin dan antara yang paling berdisiplin dikatakan gagal untuk menyelamatkan diri setelah terperangkap dalam kebakaran di asrama tempat mereka menetap.
Barang rakan lain musnah
Menceritakan kembali tragedi itu, Penaung Rangkaian Pusat Pendidikan Al-Barakah yang juga imam kariah Kampung Masjid, Anuar Md Isa berkata, kesemua pelajar sudah terjaga dari tidur dan menjangkakan Aiman adalah yang terakhir keluar menyelamatkan diri.
“Kemungkinan arwah yang tidur di tingkat atas cuba untuk turun melalui tangga, tetapi bahagian atas binaan asrama yang berasaskan kayu runtuh menyebabkan dia terperangkap dalam api yang marak,” katanya.
Menurut Anuar, apa yang lebih ajaib ialah penemuan barang-barang peribadi milik arwah yang masih elok tersusun dalam almari miliknya sedangkan barang peribadi rakan-rakan lain semuanya musnah.
“Kalau nak diikutkan, api menjulang tinggi sehingga memusnahkan keseluruhan bahagian asrama, bagaimanapun almari Aiman yang diperbuat daripada kayu, terpelihara.
“Apa yang saya perasan juga ialah selipar yang selalu digunakan arwah selalunya diletakkan di luar, tetapi sebelum kejadian, dia ambil dan letak elok-elok dalam laci. Selipar itu juga masih elok dan tersimpan rapi,” katanya yang mengakui sesuatu keajaiban mengenai peribadi pelajar itu.
Baru lakukan tasmid
Anuar berkata, Aiman baru sahaja selesai menghabiskan satu juzuk al-Quran dan dijangka bakal masuk ke juzuk kedua.
“Dia baru sahaja melakukan tasmid (mendengar bacaan al-Quran) satu juzuk dengan ustaznya bagi membolehkannya memasuki juzuk kedua yang dijangka hari ini (semalam),” katanya.
Lebih memeranjatkan, Anuar berkata, pakar yang melakukan bedah siasat ke atas jasad Aiman mendapati, otaknya masih segar, seperti otak orang masih hidup, sedangkan anggota badan lain sudah rentung.
“Memang keajaiban apabila pakar yang menjalani bedah siasat menjelaskan, otaknya masih segar, bersinar seolah-olah milik insan yang masih hidup,” katanya, memuji kekuasaan ALLAH SWT.
Tidak jejas ambilan pelajar
Menurut Anuar, tragedi yang menimpa Mantab langsung tidak mematahkan semangatnya dan tenaga pengajar lain untuk terus mengembangkan syiar Islam dalam usaha melahirkan generasi al-Quran yang cemerlang.
“Kita baru sahaja menerima seorang pelajar hari ini (semalam). Ini menunjukkan respons positif daripada pihak ibu bapa dan ia (tragedi) sebenarnya tidak menjejaskan pengambilan pelajar,” katanya.
Berhubung soal keselamatan pula, katanya, pihaknya akan meningkatkan ciri-ciri keselamatan di samping menyediakan kelengkapan dan meningkatkan ilmu berhubung keselamatan selain menyediakan prasarana yang layak.
“Setakat ini, pelajar diberi cuti seminggu untuk kita jalankan proses pengurusan, terutamanya melibatkan penempatan pelajar di blok sebelah,” katanya.
Menurut Anuar, kesemua 20 pelajar berusia antara 13 dan 17 tahun akan dipindahkan ke blok bilik darjah yang sedang diubah suai menjadi tempat penginapan.
Beliau turut mengucapkan terima kasih atas keprihatinan pihak yang bersimpati, menyumbang dan membantu pihaknya untuk membangunkan semula maahad tahfiz itu. -SH
Ulasan GB
Itulah tanda mukjizat ayat Al-Quran yang merupakan Kalamullah. Al-fatihah untuk Allahyarham adik Aiman....
10 ulasan:
Hebatnya kuasa Allah
Allah Akbar...semoga roh arwah dicucuri rahmat dan diletakkan bersama orang yg beriman...amin...Anak saya sama umur dengan arwah dan juga pelajar tahfiz...semoga Allah merahmati semua pelajar tahfiz...amin..
ke mana pegi nya jutawan jutawan melayu islam. kalau sebijik kereta harga berjuta boleh beli, tak kan lah nak wakaf untuk islam tak boleh kut?
MasyaAllah....
oang tua: nak wakaf mcam mna sb jutawan dan bilionwan tu sedar modal asal mereka adalah dr sumber yang terpalit dgn keraguan , rasuah dan kroynism.
Perlukan bantuan untuk dirikan bangunan baru. Insyaallah kami akan sedia membantu sekadar mana kami mampu.
minta derma sama sultan johor.no plat berjuta boleh beli.apa punya sultan la
Hai pemerintah jangan nak bina ,masjid tersergam indah, tapi nak ke masjidnya kurang sebab sekolah yang iklas mengajar ugama di anggap musoh. Mereka tahu kalau semua umat Islam amal surohan Allah nescaya perbutan jijik mereka terbongkar.Mengagungkan pemerintah cara barat amat bertentangan dengan hukum Allah.Saya takut bala Allah apabila rezeki di di anugerahkan berlimpah limpah tapi dosa fitnah, rasuah,murtad, judi dan arak sering berlaku. tunggu lah bala Allah.Dah tahu pemimpin tak sholat, minum arak atau milik kilang arak,judi dan jadi director company judi masih di pilih jadi wakil rakyat. Ini zaman cyber setiap kelakuan pemimpin di awasi. Amaran JANGAN PILIH PEMIMPIN TAK UTAMA KAN SHOLAT LIMA WAKTU SEELOK JEMAAH BERSAMA RAKYAT.
Buat rumah berjuta harga yang tak di nilai depan Allah tapi tolong bina madrasah tahfiz ambil tak indah.Ingat ini lah antara pelaburan terbaik untuk divident nya di kecapi akhirat nanti.Bantu lah madrasah tahfiz.Orang yang bersholat dan pemurah kejalan Allah,susah hadapi sakit rohani antara nya tekabur dan riak.Apa guna rumah besar, kereta mahal dan harta bertimbun tapi bab sholat dan sedekah untuk bekalan amat berat dan boleh disamakan bagai haiwan.
Masyaallah...ini lah keajaiban Allah...
Catat Ulasan