Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas tindakan Datuk Seri Najib Razak dan media kawalannya, Utusan Malaysia kerana menggunakan sentimen perkauman untuk menutup kecurangan mereka dalam pilihan raya.
Anwar mengulas isu sentimen perkauman terhadap kaum Cina yang dimainkan pimpinan dan media Umno sejak selesai pilihan raya Ahad lalu.
"Najib dan pemerintahannya yang tidak sah sekarang telah melakukan dua kesilapan besar. Menipu pilihan raya dan menggunakan sentimen perkauman untuk menutup kecurangan mereka.
"Utusan adalah alat kawalan Umno, Utusan bertindak mengikut arahan pegawai kepada Presiden Umno. Kali ini mereka memainkan isu perkauman dan malangnya ia direstui oleh semua pimpinan Umno," kata Anwar dalam sidang media di ibu pejabat KEADILAN hari ini.
Pagi ini muka depan Utusan memaparkan berita utama bertajuk 'Cina mahu apa lagi?' Akhbar Kosmo memaparkan tajuk berita utama 'Pengundi Cina bersikap talam dua muka'.
Manakala akhbat Berita Harian menyiar petikan kenyataan bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam bahawa 'Cina tak mengenang budi'
Tindakan itu mendapat kritikan pengguna internet dan media sosial facebook.
Dalam pada itu Anwar menegaskan, Najib Razak dalam pilihan raya kali ini telah melakukan dua kesilapan besar iaitu menipu sistem demokrasi dan menggunakan isu perkauman.
"Najib menyebut tentang 'tsunami Cina', saya tolak kenyataan itu. Kita tak boleh guna isu begitu untuk hangatkan suasana kaum," tegasnya.
5 ulasan:
Apa lagi cina mau?
Apa maknanya ungkapan di atas? Maknanya segala yg orang cina tuntut telah dlaksanakan oleh UMNO/BN. Namun bergitu orang cina masih menolak UMNO/BN.
Untuk pengetahuan UMNO/BN orang cina dan semua bangsa mahukan kepimpinan kerajaan yang telus (tidak rasuah, memperkayakan sanak saudara dan kroni, menipuI..
Itulah jawapannya...boleh faham...
kami impikan sebuah kerajaan yang telus, tiada perpecahan kaum, media bebas, tak tau bila akan tercapai selagi manusia tidak ingat akan kematian?
Bangsa Melayu Umno Tua tidak percayakan akan Kebesaran Allah yang memberi rezeki pada Hakikat Sebenarnya.Masih takut nak berubah dibimbangi pendek rezeki ,tak apa apa bantuan dalam segenap segi.Kalau dilihat serata tanahair Melayu umno Tua ada yg lebih daif drpd Melayu PAS/PKR.Jangan jadi Hang Tuah wahai melayu,Jadilah Hang Jebat .Jika kenaikan harga barang barang,letrik,air dan macam macam lagi Melayu inilah yang banyak merungut.Mulai saat ini aku boikot semua kedai kedai kepunyaan Penyokong BN dan mana mana rumah kenalan atau saudara mara yg masih tertampal logo Dacing sebab Melayu jenis ini bodoh sampai ke mampusssssss.
azaman ujang yg barua UMNO BN .. lucu ko punya komen
Encik Azman Ujang. kamu tak tahu ker kat Sabah dan Sarawak lebih daripada 200 000 pendatang asing yang bekerja di ladang-ladang kelapa sawit, kilang-kilang dan sebagainya. Ingat,,, Jangan gunakan lidah itu itu berbohong.
Catat Ulasan