5 Apr 2013

UMNO Yang Pengganas, Dituduhnya Pakatan


Bekas Jeneral: Tak mustahil Umno sendiri rancang keganasan

Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral (B) Datuk Ghafir Abdul Hamid tidak menolak kemungkinan Umno sendiri sedang merancang keganasan dan huru-hara dalam Pilihan Raya Umum ke 13.

Beliau merujuk kenyataan bertali arus pimpinan Umno mendakwa kononnya Pakatan akan melakukan huru-hara ketika PRU kali ini.

Terbaru tuduhan berkenaan dibuat Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan dan Naib Presiden Perkasa, Datuk Zulkifli Noordin, dalam video yang dimuatnaik ke dalam Youtube.

“Pada saya, Umno BN sudah kehabisan modal politik. Sebelum ini dalam pelbagai ceramah dan jelajah, kita yang menjadi mangsa sasaran keganasan mereka. Sekarang mereka cuba nak terbalikkan fakta pula.

“Saya rasa mereka (Umno BN) sebenarnya dalam usaha merancang keganasan jika ditakdirkan kalah pada PRU nanti dan ini tidak mustahil,”
kata Ghafir ketika dihubungi.

Ahmad Maslan dan Zulkifli Nordin dalam video yang diterbitkan media Umno menuduh Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat sedang merancang huru hara sepanjang kempen PRU 13.

Ahmad Maslan dalam video tersebut mendakwa mempunyai bukti penglibatan pimpinan Pakatan Rakyat mengajar ahli bawahan mencetus keganasan seperti membuat demonstrasi jalanan dan sebagainya.

Manakala Zulkifli pula mendakwa Anwar sudah membuat gerakan untuk mempertikaikan keputusan PRU supaya penyokong Pakatan Rakyat marah dan turun ke jalan raya.

Menyifatkan tuduhan tersebut tidak berasas, Ghafir berkata Pakatan memberi jaminan peralihan kuasa akan berlaku aman dalam PRU ini.

“Sudah berkali-kali kita tekankan, jika Pakatan Rakyat mencapai kemenangan dan berjaya membentuk kerajaan baru, peralihan kuasa itu akan berjalan secara aman tanpa apa-apa insiden keganasan,” katanya.

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ada kes bawa ke makamah, kalau didapati bersalah sumbat Mahathir di sungai buluh biar dia mati dalam penjara.

http://bilarentapbangkit.blogspot.com/

Tanpa Nama berkata...

Macai umno sudah datang.. Hahaha..

Tanpa Nama berkata...

sebijik macam yahudi. mereka yang pukul orang, mereka yang menangis. Kerana media perdana mereka punya,siang malam sebarkan fitnah.

Tanpa Nama berkata...

Jangan jadi buta, kalau 6 general dah sokong pakatan apa tunggu lagi.Pada yang masih tak nampak minta lah hidayah ALLAH. Amalan rasuah BN dah jadi barah negara. Negara kaya, pendudok tak ramai kenapa kekayaan itu hanya pada puak puak dan keluarga pemerintah BN. Nama saja Islam tapi perangai like syaitan rasuah, rasuah rasuah. Non muslim tak tertarik dengan Islam kerana pemerintah tonjol perangai syaitan.

Tanpa Nama berkata...

DUMBNO sudah parti budak budak bahalol , apa lagi boleh di harapkan dari ahli ahli nya.

Yang sedihnya anak anak Melayu semua nya....

Tanpa Nama berkata...

Rakyat nampak UMNO lah sebenarnya akan membuat huru hara sekiranya UMNO/BN tewas dalam PRU ke 13 nanti. Mereka ada pakar seperti Ibrahim Ali.

Tanpa Nama berkata...

UMNO ini bukan ajar orang jadi baik tapi nak ajar orang jadi pengganas. Hancur akhlak orang muda kalau diaorang masih memerintah lagi.

Tanpa Nama berkata...

kalau takde arahan dari pemimpin tertinggi umno, benda ni semua tak jadi...tau tau jelah arahan siapa..bom c4pun lulus pasal dia

Tanpa Nama berkata...

Macam di Mesir sebelum tumbang, pemerintah memang samseng.....