15 Apr 2013

TG Nik Aziz: DAP Tidak Takut Kepada Islam, Yang Takut Islam Ialah UMNO


Penerimaan bukan Islam khususnya kaum Cina mengenai dasar Islam yang dibawa PAS sehingga mereka tidak lagi berasa takut merupakan satu perkembangan baik untuk lanskap politik Malaysia.

Perkara ini menunjukkan dakwah ‘Islam Untuk Semua’ dibawa PAS sebagai agama daripada Allah SWT hanya menggerunkan Umno sahaja tetapi diterima baik masyarakat seperti yang berlaku di Kelantan.

Atas dasar ini, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, DAP boleh menggunakan lambang parti PAS sekiranya pendaftaran mereka dibatalkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) bersabit kontroversi pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC).

“Alhamdulillah kerana Islam adalah agama untuk semua, bukan untuk orang Arab sahaja, sekarang Cina mula tidak takut kepada Islam. Islamphobia tidak ada.

“DAP dalam seminggu lepas sekiranya parti DAP diharamkan ROS, DAP nak bertanding guna lambang bulan (PAS).

“DAP sudah tidak takut kepada Islam sebaliknya Umno yang takut kepada Islam,”
katanya.

Mengulas lanjut ketika sesi soal jawab ‘Bicara Cinta’ katanya, kumpulan Sami Buddha di Tumpat, Kelantan memberikan contoh yang baik berbanding Umno apabila memberikan sumbangan sebanyak RM70,000 kepada kerajaan negeri untuk projek pembinaan Lebuhraya Rakyat Kota Bharu-Kuala Krai.

“Waktu Datuk Husam iklan nak buat lebuh raya, sami (Buddha) Tumpat jemput saya dan beri hadiah.

“Hampir RM70,000 sami Buddha derma kepada Kerajaan Kelantan. Dia yakin dengan Islam yang PAS bawa.

“Umno Kelantan buat apa? Dia bawa kereta sorong buruk. Otak umno mempersenda Kerajaan Kelantan buat lebuhraya,”
jelasnya lagi.

Di samping itu katanya, dalam usaha menawan pengundi Kelantan, Umno-BN ingin menampilkan calon berstatus ‘ulama’ sedangkan dasar perjuangan mereka menumpukan kepada politik kebangsaan.

Tegasnya, sekiranya Umno-BN ingin ‘meniru’ dasar PAS yang mengetengahkan tokoh agama untuk dijadikan pemimpin, mereka seharusnya mengambil kira semua aspek dan bukannya memilih perkara tertentu sahaja.

“Umno Kelantan buat kenyataan dalam seminggu dua ini nak memlih calon ulama. Dia kebangsaan, pilih ulama. Dah kenapa tidak pilih kebangsaan?

“Nak tiru dengan sebab orang Kelantan suka ulama, pilih ulama. Mana ada ulama dalam kebangsaan. Ulama ertinya orang yang mahir dengan agama Allah,” tambah Nik Aziz lagi.

Bertempat di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf, Menteri Besar Kelantan Nik Abdul Aziz turut melancarkan buku terbarunya bertajuk ‘Bicara Ini Demi Ilahi’ terbitan Grup Buku Karangkraf. -SH


5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

meme UMNO tak suka tengok kelantan maju, dia meminggirkan kemudahan prasarana untuk kelantan, yg menderita rakyat melayu kelantan, tetapi apa yg dilakukan jauh terpesong, kerajaan kelantan di anaktirikan, memberikan jpp sebagai pelaksana kerja tetapi yg untung segelintir pemimpin UMNO kelantan. penderitaan berterusan,tetapi ingat WAMAKARU WAMAKARLLAH WALLAH HUKHAIRUN MAKIRIN. INGAT HARI INI KITA MENZALIMI ORG ESOK LUSA PEMBALASAN TETAP SAMPAI,

Tanpa Nama berkata...

UMNO takut kedua-dua sekali. Dengan PAS pun takut, dengan Islam pun takut.

Tanpa Nama berkata...

UMNO tu kan parti British. Mana ada ISLAM dalam UMNO...

Tanpa Nama berkata...

Puak puak DUMBNO itu syaitan yang di kenali , semestinya benci Islam.....

Tanpa Nama berkata...

Gua doakan TGNA sentiasa sihat untuk berjuang menenyang syaitan yang di kenali