2 Apr 2013

Kerana Takbur, Telur Mahathir Kini Diuji Di Gelang Patah


Kit Siang: Saya tunggu Dr M di Gelang Patah

Pertarungan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) untuk meneruskan survival politik di Johor semakin sengit apabila veteran DAP, Lim Kit Siang hari ini mencabar Tun Dr Mahathir Mohamad untuk melawannya di Gelang Patah.

“Saya yakin tiada pihak akan kata ‘Tidak’ .... lagipun beliau lebih berkuasa dengan berselindung ‘dibalik tabir’ apabila sama sibuk semasa menjadi perdana menteri selama 22 tahun lalu dengan kenyataan-kenyataan hariannya kepada pemimpin Umno dan BN,” kata Kit Siang ketika berucap di Taman Molek, Johor Jaya, di sini.

Jelas Ketua Parlimen DAP itu lagi, dengan bertanding di Gelang Patah juga, kedua-dua seteru politik itu bakal membuktikan “siapa yang akan terkubur” apabila mempertaruhkan nasib mereka kepada pengundi di kawasan yang menjadi milik BN sejak sekian lama.

Menurut Kit Siang lagi, beliau berani meninggalkan kerusi Ipoh Timor yang ditandinginya dan memiliki kedudukan selesa berbanding untung nasib yang belum diketahui di Gelang Patah, serta mempersoalkan keberanian Dr Mahathir untuk melakukan tindakan sama dengan bertanding menentangnya di kerusi yang kini menjadi milik Tan Ah Heng, yang merupakan Ketua Wanita MCA Johor.

“Saya menjemput Dr Mahathir untuk bertanding di Gelang Patah dan biarkan pengundi menentukan hayat politik siapa akan berakhir, sama ada kuburkan saya atau beliau.

“Saya bersedia menyerahkan nasib kepada penduduk Gelang Patah yang memiliki 53 peratus pengundi Cina, 33 peratus Melayu, dan 12 peratus pengundi India,” tegasnya.

Gelang Patah menjadi perhatian apabila Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Kit Siang akan bertanding di kawasan berkenaan, sekaligus menamatkan konflik perebutan kerusi berkenaan antara Pengerusi DAP Johor Dr Boo Cheng Hau, dan Pengerusi PKR Johor, Datuk Seri Dr Chua Jui Meng.

“Adakah Dr Mahathir sedia menyerahkan hayat politiknya kepada pengundi Gelang Patah,?” soal Kit Siang dalam ucapannya.

Gelang Patah yang dimenangi parti komponen BN daripada MCA menunjukkan majoriti besar apabila menewaskan calon PKR dalam Pilihan Raya 2008, 9,000 undi.

“Meninggalkan Ipoh Timor yang saya menangi dengan majoriti 21,000 undi pada PRU 2008 untuk Gelang Patah, saya diibaratkan ‘menggantung diri’.

“Berdasarkan sejarah Gelang Patah yang sering memihak kepada BN, Dr Mahathir seharusnya akan menang selesa dengan majoriti besar,” kata Kit Siang.

“Saya tunggu Mahathir di Gelang Patah.”


Dr Mahathir malam tadi menyeru rakyat Johor untuk menamatkan karier politik Kit Siang di Gelang Patah dalam Pilihan Raya 2013 dalam rangka untuk membantu BN mempertahankan kubu kuat mereka daripada kemaraan pembangkang.

“Sekarang ni Lim Kit Siang nak datang ke Johor, mudahlah, boleh menang bila-bila jam. Orang Johor mesti ganyang dia habis-habis ... biar itu jadi hari terakhir dia dalam bidang politik,” kata Dr Mahathir dihadapan ribuan orang di projek perumahan rakyat anjuran Umno Pulai di luar Hospital Pulai di sini.

Kedatangan beliau di sini selepas ceramah Pekatan Rakyat (PR) hampir setiap malam dan yakin akan menang beberapa kerusi parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri kelahiran Umno itu.

Bekas presiden Umno dan pengerusi BN itu mengkhususkan kepada Kit Siang, musuh politiknya semenjak beliau masih perdana menteri bermula 1982, sehingga bersara pada 2003.

“Kalau dia nak bertanding di Penang, Melaka kita faham, tapi nak serang kubu Umno di Johor ini perbuatan bodoh, tak masuk akal,” Dr Mahathir memperlekehkan Lim, pemimpin veteran DAP yang merupakan anak kelahiran Johor.

Beliau mengatakan pemimpin DAP itu seharusnya memikirkan persaraannya oleh kerana sudah lama berada dalam politik dan partinya sering bercakap soal perubahan.

19 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tua kutuk x sedar diri umur dhujung senja dunia kata pergi kubur kata mari masih lagi buat lawak....ingat rakyat msia bodoh ke...ABU.

Tanpa Nama berkata...

sudah sudah lah mahathir, di saat usia di mamah tua biarkan lah rang muda meneruskan perjuangan , biarlah pemergian kita jika sudah sampai masa di sanjungi dan diingati, kerana jasa yg di tinggalkan begitu besar, cukup2 lah apa yg telah di nodai selama ini hanya menjadi lipatan sejarah bagi anakcucu dan generasi terkemudian mengimbau nya, apa yg di maukan lagi, adakah mahu mengharamkan UMNO sekali lagi. ingat lah kebenaran akan menghapuskan kebathilan dan ingat lah janji Allah, jika umatnya melakukan kebaikan, maka ganjaran pahala yg besar akan di kurniakan kalau tidak, maka sebaliknya lahhhh.

Pakcu Rantau Panjang berkata...

Maaflah Pakcu masuk mencelah sikit. Dari pengamatan Pakcu dan peratusan Cina dan India di Gelang Patah tu usahkan Kit Siang masuk bertanding taruh saja mana-mana apek mata sepet kat situ yang berlambang kan DAP pasti menang punya....

Kerana arus politik hari ini condong kepada perkauman cuma Melayu saja yang tak sedar diri dan suka bergomo sama sendiri ..orang lain dan siap pasang perangkap. Memang Melayu tak senang sesama Melayu kalau yang naik tu DAP pasti akur punya...

Perangai nilah susah nak dikikis...contoh kalau kedai Melayu sama Melayu hutang punya.Tapi kedai apek bayar cash.
Melayu sama Melayu seribu alasan bila disebut perpaduan..dengan Cina berdakap mesra sampai belah kek birthday takpa lagi..setuju....dan belaga angin...walahualam

Tanpa Nama berkata...

"Mamak !!!!! Roti Telor satu....yea."

Ketahuilah bahawa Mamak Kutty hanya pandai mentedarah telor, bukan semua mamak pakar dalam masakan Roti Telor.

Nak menang calon bahagian pun kantoi , inikan pula menang Gelang Patah....melainkan lah pengundi jadi Hantu Hantu.....


Tanpa Nama berkata...

Ala...kalau perkataan Cina yang disebut...apa halnya dengan MCA yang Umno sokong.....kat perlis dan trengganu tak ada pun kerusi majoriti cina....kalau Umno ada otak....kasi PAS menang kawasan tu....PAS dapat Dun...oleh kerana tiada cina dlm Dun....maka Exco boleh kat Umno semua....ada akai mcm tu ke kalau semangat melayu sangat....tgk le kes Perlis dan Trg udah le.

Tanpa Nama berkata...

"Anonymous said...
Tua kutuk x sedar diri umur dhujung senja dunia kata pergi kubur kata mari masih lagi buat lawak....ingat rakyat msia bodoh ke.."

Ko cakap tu kena kat Dr Mahathir ke, kena kat Lim Kit Siang? Dr Mahathir dah lama pencen, der. Kit Siang bila lagi?

Tanpa Nama berkata...

Pakcu Rantau Panjang, rasanya letak HINDRAF lawan Tausug lagi baik, sebab kedua-duanya lagi tebal semangat perkauman mereka

Tanpa Nama berkata...

Belah kek tak apa. Belah kek dengan belah kelapa serupa saja. Tapi kalau kirim kek bentuk najis molek ko.

Ayat pak cu tu perkauman. Cukuplah. Hentikan perkauman. Dekat pilihanraya tabur duit. Hak tu perangkap. Bila menang....kroni.

Hok dapat buat jambatan lapan pari tu umno. Bukan orang pas....hak belah kek tu telus...

Tanpa Nama berkata...

Pakcu, melayu saja apa kalau Islam hancur?

Tanpa Nama berkata...

ini kali lah percakapan DR M amatx bodoh sekali, DAP sentiasa buat perubahan dari semasa kesemasa. Kalau dahulu DAP cuma di perlimen sahaja, kemudian di ADUN pula, kini memerintah negeri. ini menunjukan DAP berdaya maju. jika di banding Dengan BN dahulu perintah semua negeri , lepas satu, satu jatuh. dan Insalah Putrajaya juga ikut jatuh.

Tanpa Nama berkata...

Maaflah Pak Cu, pada saya orang Johor, adalah lebih baik undi Cina daripada munafik Melayu-Mamak Kutty perasuah, perosak sistem raja, perosak sistem Kehakiman, penjahanam ekonomi Negara, mengkucar kacirkan sistem Eksekutif dan penyumbang Melayu bodoh.
Tak nampak atau buta ke Pak Cu ooi...!
Siapa pemyamun khazanah negara?
Siapa kawan setan yang dikenali?
Siapa penjahanam negara?
Siapa tokey arak?
Siapa tokey judi dgn Vicent Tan? Siapa pembunuh Melayu Memali?
Terlalu banyak.......!
Yang menentukan Melayu/Malaysia kekal adalah Allah Pak Cu ooi... bukannya UMNO.
Janganlah menjadi parasit untuk merosakkan minda Melayu dan diam adalah lebih baik dari menyumbang idea dan penulisan bodoh.
Wassalam.
Anak Johor

Tanpa Nama berkata...

Betul tu Anon 9.50am. Pakcu tu cakap ikut sedap hati saja, selagi tak kena batang hidung dia sendiri boleh la cakap macam tu.

Di Johor, dah berapa banyak tanah MELAYU yg digadaikan oleh pemimpin UMNO sendiri. BUKAN PEMIMPIN CINA TAPI PEMIMPIN MELAYU UMNO!! Dari masa Muhyiddin sampai sekarang ni Ghani Osman, Melayu Johor makin hilang tanah dapat kat orang Cina Malaysia dan Cina Singapura.

Cuma pemimpin MELAYU UMNO saja yg sanggup gadaikan tanah REZAB MELAYU kat cina.

Orang2 melayu macam Pakcu ni lah yg masih taksub dan bodoh sombong sebab tak kena kat hidung sendiri. Biar dia masih kaya tak apa walaupun melayu lain semua papa kedana di negeri sendiri.

Tanpa Nama berkata...

Aku cabar kau Mahathir sahut cabaran Lim Kt Siang. Ayuh sahut . Jika gagal menyahut cabaran itu aku anggap kau hanya seorang ahli politik taik kucing.
Aku ingatkan kau Johor bukan lg kubu kuat UBN.
Tunggu komen temberang kau di Tv.
Kau tentu tak berani. Lain kali jgn ikut sedap mulut semasa berucao. Kahkahkah.

Tanpa Nama berkata...

saya baca ratusan pengkhianatan umno terhadap bangsa melayu, MELAYU SANGATKAH UMNO INI? siang dan malam berfikir untuk menjahanam bangsa, agama dan negara (projek ic segera siapa yang lakukan?). dapatkan maklumat dari sdra swardi awi - arkitek projec ic di sabah bermula '85. memang benar manusia ini membawa kecelakaan kepada bangsa/negara. bak kata arwah Syed Jaafar Albar "inilah manusia haramjadah" diungkapkan pada tahun 60an.

Tanpa Nama berkata...

PRP, apa guna berkawan dengan SYAITAN YANG DIKENALI? tempat syaitan dalam neraka

Tanpa Nama berkata...

Maap pak chu, cucu tumpang kencing...

Andre Irwan berkata...

Biar Melayu hilang tapi bukan Islamnya, pakcu. Faham makna yang aku bawa ni? Rezeki tu ada kat Allah swt. Allah swt yang menentukan segala-galanya. Kalaulah Melayu dah tak berminat dengan Allah swt, tak percaya dengan takdir dari Allah swt, ... jangan dok hairan kalau Melayu (UMNO) dihina oleh Allah swt.
Aku hidup sampai hari ini, dah 53 tahun, bukan bergantung kepada rezeki yang diberi oleh UMNO sebab aku tak bekerja dengan UMNO. Aku masih hidup dengan senang dan rezeki pun murah. Aku hanya tak boleh beli kapal terbang saja.
Sebagai seorang Islam, muliakanlah Islam dulu dengan memartabatkan kedudukan Allah swt di dalam sanubari anak-anak Melayu. Ini tidak, dok ajar anak-anak Melayu jadi samseng......

Tanpa Nama berkata...

Kenapa dan mengapa marah ber emosi dengan komen seperti Pak Cu.

Adakah kebiasaan bagi seseorang yang matang dan bijak membazir masa dan tenaga beradu pemikiran dengan si bahalol ?

Buat habis beras aje bah.....

Tanpa Nama berkata...

Cabar Mahathir Kutty buang masa aje.Dalam UMNO pun dia dah tak laku,sebab itu letak jawatan dulu.Sebab PM pondanlah dia banyak bersuara.Itu aje.Jangan layan Mamak Pengkhianat Negara ni.