24 Apr 2013

Di Sebalik Zul Nordin Dicium, Pemimpin MIC & 104 Pengikut Keluar Parti


Naib pengerusi MIC Shah Alam C Supayah bersama 104 pengikutnya hari ini keluar daripada parti tersebut sebagai tanda bantahan terhadap Barisan Nasional (BN) kerana meletakkan Datuk Zulkifli Noordin sebagai calon di kerusi Parlimen Shah Alam.

Perkembangan terbaru ini memberi tamparan hebat kepada BN terutamanya dalam misi untuk merampas negeri Selangor dan pemimpin utama MIC S Vell Paari juga pernah memberikan amaran sama sebelum ini.

"Ya, hari ini saya hantar surat keluar parti.... seramai 104 pengikut saya juga mengambil tindakan sama," kata Supayah apabila dihubungi The Malaysian Insider hari ini.

Supayah yang memegang jawatan sebagai Naib Pengerusi MIC Shah Alam sejak 2009 juga memberikan tiga alasan mengambil langkah keluar parti, salah satu sebab utamanya adalah kerana faktor pengumuman Zulkifli dari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) sebagai calon BN di Shah Alam.

"Sebab pertama adalah kerana meletak calon Perkasa Zulkifli Noordin, dia sebelum ini telah menghina masyarakat India dan penganut agama Hindu.

"Bukankah itu jelas penghinaan?" kata Supayah lagi. Faktor kedua yang menyebabkan beliau mengambil keputusan tersebut adalah kerana tindakan Ketua Bahagian Umno Shah Alam Datuk Ahmad Nawawi Mohd Zin memijak kepala lembu pada tahun 2009 di samping tindakan calon BN Che Johan Che Pa di Pasir Mas yang memberikan laluan kepada Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali untuk mempertahankan kerusi parlimen tersebut.

"Sebab kedua adalah kerana Datuk Nawawi kerana beliau pernah menghina penganut Hindu dengan memijak kepala lembu pada 2010 dan sebab ketiga adalah kerana calon BN memberi laluan kepada Ibrahim Ali bertanding.

"Bukankah itu bermaksudnya Umno sokong Perkasa," kata Supayah yang tidak berpuas hati dengan tindakan BN memberi dua kerusi kepada calon bebas daripada Perkasa.

Supayah yang juga pengerusi MIC Shah Alam Seksyen 18 timur, di mana semalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak baru melawat berkata keputusan yang dibuatnya itu mendapat sokongan rakan beliau dan juga pemimpin India lain.

"Sebaik saya buat pengumuman itu, saya menerima banyak panggilan daripada rakan dan juga orang yang tidak dikenali.... semua mereka mengucapkan tahniah kerana keberanian saya berbuat demikian," terangnya lagi.

Semalam, Najib selepas lawatannya di Shah Alam mengeluarkan kenyataan mempertahankan Zulkifli bertanding kerusi parlimen tersebut dan berkata bekas ahli parlimen PKR tersebut sudahpun berjuang untuk isu melibatkan kaum India seperti Sekolah Tamil serta kuil dan rakyat sudah mula menyokong beliau.

Walau bagaimanapun, pencalonan Zulkifli sebagai calon Shah Alam menyebabkan gabungan pemerintah tersebut menerima banyak kritikan terutama apabila baru-baru ini video beliau menghina penganut agama Hindu tersebut luas di ruang internet.

Fokus terarah kepada Selangor, yang dikatakan nadi kepada kepesatan ekonomi dan pentadbiran PR di bawah Menteri Besar (MB) sepenggal Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang didakwa oleh BN gagal mempamerkan prestasi baik untuk mengekalkan sokongan seperti pada tahun 2008 lalu.

PR selepas pilihan raya umum 2008 mempunyai penguasaan yang ketara ke atas negeri terkaya tersebut dan memegang 36 kerusi daripada 56 kerusi dewan undangan negeri serta 17 daripada 22 kerusi parlimen.

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Berapa upah dapat untuk ciuman ini?

Tanpa Nama berkata...

Adegan LBGT Zulkifli Noordin?

Tanpa Nama berkata...

sampah masyarakat india...orang yg tak guna.

Tanpa Nama berkata...

Pakat2 bdoa zul nordin kalah teruk..hidup PAKATAN RAKYAT, tuan2/puan2 bri lah undi yg cerdik lg bjaksana utk PAS di SHAH ALAM...PKR dn DAP di sluruh Negara, trus mlangkah hinga PUTRAJAYA..d sna DATO HUSSAM sdg menungu utk mnerima bendera PAKATAN RAKYAT berkibar di PUTRAJAYA..Inshallah.

Tanpa Nama berkata...

hai kawan itu katak pun lu ada cium ka? Bagus la kalau dia ada menang kaluu. Dia akan cium lu pula.Tapi lu kena ingat ini ktak tarak guna punya orang,bekas bebas punya orang mana ada bagus,Tapi ini orang cakap kita caya cukup pandai punya,tapi bohong juga chiiiid ,pooraaah

Tanpa Nama berkata...

Harapan zulkifli nordin utk menang dlm pru 13 hanya angan2 mat jenin.jgn harap rakyat akan sokong manusia yg mcm ni.kalau sebelum ni beliau keluar parti drp PKR,tdk mustahil beliau akan berbuat demikian kalau pucuk kepimpinan tertinggi Umno tdk beri beliau jwtn yg baik...katak bn

Tanpa Nama berkata...

Maaf yea , bila saja ternampak Gambar Cium teringat saya macam Gambar Biawak Gergasi (Komodo Dragon) ber cium dalam National Geographic Channel series.

Dua dua rupa tak ubah macam Biawak Komodo , kalau suka makan Kari Kepala Biawak ini adalah resipi terbaik keluaran tempatan tau...

EeeeYak !!!

Tanpa Nama berkata...

zulkifli nordin homosex? ciuman penuh berahi...

Tanpa Nama berkata...

Itu India Mamak la.....

Tanpa Nama berkata...

Kalau Anwar kena mcm tu 7 hari 7 malam lah kecoh mcm nak rak dek UMNO/BN,siap keluar akhbar muka dpn lagi.TV tak soh cakaplah.

Tanpa Nama berkata...

Dasar LALANG.....Mmmmuah eeeeyekkkk...