11 Apr 2013

Berjuang Hingga Ke Hujung Nyawa


Kota Bharu - Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat, tidak menghiraukan desakan supaya beliau meletakkan jawatan tetapi sebaliknya akan terus berkhidmat sehingga ke 'hujung nyawa'.

"Selagi saya bernafas, saya akan terus pegang jawatan dan memainkan peranan saya dalam membentuk Islam," katanya kepada media kelmarin sebagai menjawab pelbagai desakan, termasuk mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, supaya beliau berundur.

Ketika pelbagai pihak mempertikaikan kemampuan beliau untuk terus mentadbir Kelantan, Tok Guru Nik Aziz terus mengulangi kenyataan akan tetap bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sebagaimana sebelum ini.

"Masalah siapa yang akan menjadi menteri besar selepas PRU13 nanti itu masalah kedua tetapi saya akan terus bercakap dalam Islam," katanya dilaporkan sebuah akhbar Singapura.

Sementara itu, ditanya siapa calon yang paling sesuai untuk menjadi perdana menteri sekiranya Pakatan Rakyat memerintah negara pada PRU13 nanti, Tuan Guru Datuk Nik Aziz menegaskan, paling penting individu itu adalah Islam.

Dalam pilihan raya umum yang lalu, Tok Guru menang dengan majoriti undi yang lebih besar iaitu 4,249 undi dengan mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Dr Nik Mohd Zain Omar, di Dun Chempaka.

Pada tahun 2008, Gerakan Rakyat Anti Korupsi (Gerak) telah menganugerahkan beliau sebagai menteri besar yang memiliki rekod paling bersih di Malaysia.

Anugerah itu diberikan sebagai menghargai usaha beliau menentang gejala rasuah sepanjang mentadbir Kelantan.

Selain itu, Datuk Nik Aziz mengakui beliau sememangnya bukan pemegang kunci pintu syurga sehingga boleh menilai dosa dan pahala seseorang.

Akhbar Utusan Malaysia baru-baru ini melaporkan Tok Guru Nik Aziz mengeluarkan "fatwa" bahawa sembahyang orang Umno tidak mendapat pahala dan usaha kerajaan membina masjid bukan sebahagian daripada ajaran Islam kerana hanya bertujuan mendapatkan kontrak. -BO

11 ulasan:

sb dehlawi berkata...

Tok Guru Nik Aziz sukar dicari ganti...Auranya mengatasi pemimpin lain di Malaysia...Mudah-mudahan tok guru diberi sentiasa dirahmati Allah dan terus menerajui Kelantan.

Wahai penyokong dan pejuang Pakatan rakyat, Marilah kita berdoa tanpa henti kepada Allah SWT supaya Pakatan Rakyat akan memerintah Malaysia sebaik sahaja selesai PRU-13 ini.


"Ya Allah.....berilah kemenangan kepada Pakatan Rakyat pada PRU-13 ini, hancurkan cubaan menipu undi dan konspirasi jahat pihak tertentu yang mahu menafikan pilihan rakyat... Ya Allah, kekalkanlah Kelantan di bawah PAS selepas PRU-13 nanti. Amin

Tanpa Nama berkata...

Tahniah Tok Guru Nik Abdul Aziz.Saya bangga dengan semangat juang yang Tuan tunjukkan.Dalam komen-komen saya yang lalu, saya memang mengharapkan Tuan Guru memegang jawatan MB hingga ke akhir hayat.Saya percaya rakyat Kelantan juga sependapat dengan saya. *saad, ipoh,perak.

Tanpa Nama berkata...

pemimpin yang dipimpin Allahhuakbar

Tanpa Nama berkata...

Tahniah & Alhamdullillah.

Buat masa ini , tiada pemimpin yang matang dan cendiakawan ber politik di negara ini setanding Tok Guru Nik Aziz yang bersih cekap dan amanah.

Dalam PAS , hanya Tok Guru Nik Aziz yang di buat Benchmark dalam terbaik amanah dalam pengurusan negeri Kelantan.

Moga moga ALLAH SWT lanjutkan umur Tok Guru Nik Aziz serta memberikan nya sehat sejahtera mengembangkan Islam di negara ini.

Tanpa Nama berkata...

Kami love tok guru....teruskan brjuang selagi hayat dkandung badan.

Tanpa Nama berkata...

Amin..amin..amin.Ya Allah.

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih saudara...kami rakyat kelantan akan brdiri teguh n mnpastikan tgna mminpin kelantan hingga keakhir hayat...tq.

Andre Irwan berkata...

Alhamdulillah. Terima kasih kepada Allah swt kerana mengurniakan seorang insan yang menjadi idola orang-orang Islam di Malaysia.
Tok Guru Nik Aziz ... sentiasa di dalam hati aku dan juga di luar hati aku.
Ya Allah swt ya Tuhan Aku, panjangkanlah umur TGNA agar kami dapat berjuang bersama-sama dalam menegakkan keadilan dan syira Islam di bumi MALAYSIA ni. Insyaallah.

Tanpa Nama berkata...

Ya Allah...moga kau pjgkn umur ulamak2 yg ikhlas mmperjuangkn islam. Aminnnnn...

Unknown berkata...

Inilah dia hamba allah yg mengerakkn hati ku memeluk Islam sebelum ini.. beliau salah satu sebab aku mualaf

Tanpa Nama berkata...

amin,amin ya rabbal a'lamin..