Datuk Seri Anwar Ibrahim kesal kerana Kerajaan Umno BN mengusir Ahli Parlimen Australia, Senator Nick Xenophon dari Malaysia tetapi pada masa sama, melindungi penjenayah dikehendaki Filipina, Manuel Karingal Amalilio.
Ketua Umum KEADILAN itu berkata, kedatangan Xenophon hanya untuk bertemu beliau, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13.
“Tetapi semalam beliau diusir balik ke Australia. Sebabnya Umno BN takut Xenophon kesan penipuan daftar pemilih SPR.
“Umno kata kerajaan United Kingdom pun hantar keluar pendatang (haram). Apa persamaan pendatang haram dengan Senator Xenophon?” katanya pada Majlis Sambutan Tahun Baru Cina Selangor di Kompleks One Utama di sini, hari ini.
Bagaimanapun, Anwar berkata, kerajaan Umno BN pada masa sama melindungi Amalilio yang dikehendaki di Filipina ekoran terlibat dalam penipuan melibatkan RM900juta di negara berkenaan.
“Presiden Filipina, Benignio Aquino buat kenyataan, desak pihak berkuasa Malaysia serahkan Amalilio agar beliau dapat disiasat dan didakwa.
“Peguam Negara (Tan Sri Abdul Gani Patail) cepat-cepat suruh tangkap. Dalam tempoh dua hari, terus dipenjara. Ini perbicaraan paling cepat di dunia,” katanya, sinis.
“Jadi, seorang senator tidak boleh masuk (Malaysia), penjenayah curi RM900 juta pula diberi perlindungan di Sabah?” katanya disambut sorakan hampir 5,000 hadirin.
Xenophon dihantar pulang ke Australia pada jam 10.30 malam 16 Februari lalu, selepas ditahan 15 jam di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) Sepang.
Amalilio yang juga anak saudara Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman dan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman sebelum ini ditahan ejen Biro Siasatan Kebangsaan Filipina (NBI) di Ranau.
Bagaimanapun, sebelum sempat menaiki pesawat, polis Malaysia menahan mereka atas alasan Amalilio adalah rakyat Malaysia dan pasport Filipina yang dimilikinya, palsu. -KD

PM Australia tekan Malaysia beri penjelasan usir Xenophon
Perdana Menteri Australia, Julia Gillard mengecam keras pengusiran Senator bebas, Nick Xenophon dan mahu kerajaan Malaysia beri penjelasan mengenainya.
“Jelas kita gagal untuk mendapatkan persetujuan kerajaan Malaysia untuk membenarkannya tinggal di Malaysia.
“Kita akan terus mengejar isu ini dengan kerajaan Malaysia,” kata Gillard di Melbourne hari ini, dilapor agensi berita, AFP.
Beliau juga ‘terkejut dan kecewa’ terhadap Malaysia mengatakan Canberra membuat ‘tanggapan segera dan berat’ berhubung pengusiran Xenophon.
“Kami tidak berhasil mendapatkan persetujuan pemerintah Malaysia agar ia (Xenophon) tetap di Malaysia.
“Kami akan terus membahas masalah itu dengan pemerintah Malaysia,” kata Gillard dalam akhbar Indonesia, Republika online yang turut mengutuk deportasi ke atas Xenophon.
Xenophon mengatakan, lawatan beliau ke Malaysia untuk memantau sistem pilihan raya adalah urusan rasmi, menurut laporan media Australia.
“Ia bukan tidak rasmi,” kata Xenophon dilapor radio ABC di Australia.
“Ia adalah perjumpaan di mana keputusannya akan dibawa ke parlimen persekutuan berkenaan lawatan itu nanti,” katanya lagi.
Beliau juga percaya pengusirannya ekoran sokongan terhadap kumpulan pro demokrasi, Bersih.
Xenophon ditahan 15 jam oleh Jabatan Imigresen ketika tiba di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT).
Laporan agensi berita AFP menyebut, Xenophon yang tiba di lapangan terbang Melbourne pagi semalam berkata, beliau terkejut dengan tindakan ke atasnya.
“Nampaknya, satu-satunya risiko adalah untuk saya memalukan kerajaan Malaysia atas sokongan saya pada pilihan raya bebas di Malaysia,” katanya dipetik.
Senator bebas adalah sebahagian daripada delegasi empat anggota Australia yang mengambil inisiatif untuk meneliti sistem pilihan raya Malaysia.
Tiga lagi anggota delegasi itu ialah Ahli Parlimen (MP) Mal Washer, Senator John Williams, dan MP Steve Georganas.
Delegasi itu dijadual bertemu Datuk Seri Anwar Ibrahim pada hari ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz pada hari Selasa, serta NGO lain dan Ahli Parlimen pembangkang.
Ketiga-tiga MP berkenaan, menurut laporan AFP, telahpun membatalkan kunjungan mereka ke negara ini susulan tindakan ke atas Xenophon. -KD
6 ulasan:
bakal menantu pun pejenayah dilindungi..
apa nak heran?
pendatang haram dengan senjata, diajak berunding...
rakyat sendiri dengan garam dan mineral water dipijak, disembur...
kalau ada kena mengena ...siap boleh jadi warganegara malaysia lagi... kita nee nak mampus jaga nama baik malaysia di mata dunia... nee senang2 sj penjenayah dapat kerakyatan malaysia.... sampai bila la depa2 yg bengong2 dok sokong umno lg.. ingat siapa yg lawan penjajah dan siapa yg ampu penjajah.. jgn minda kita di jajah oleh propaganda TV mengatakan org UMNO adalah pejuang negara... sebenarnya umno lah perosak negara
Perkataan Teroris atau Penjenayah itu uncapan kepada yang orang2 membantah. Kroni atau Periuk Nasi kepada yang menyokong, bila agaknya nak buat projek juta2 culik-menculik?
Negara komunis, ahli keluaga dipaksa bayar duit 2-3 butir peluru untuk hukuman tembak kepala penderhaka negara.
Di Mesia, penderhaka2 negara cari makan bersama-bagi-rata dengan kepala penjenayah.
orang kampung MEMALI tak bersenjata dibunuh, yang bersenjata Sulu boleh bebas?
Catat Ulasan