9 Feb 2013

Nasharuddin Ditempelak Kerana Heret Nama Allahyarham Ust Fadzil Mohd Noor

Nasharudin diminta jangan cemar nama Allahyarham Datuk Fadzil

SHAH ALAM - Pas Selangor mengingatkan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa supaya tidak mencemarkan nama baik bekas Presiden Pas, Allahyarham Datuk Fadzil Mohd Noor dengan segala tindakan dan kenyataan beliau.

Timbalan Pesuruhjaya Pas III, Khalid Samad berkata, Nasharudin sepatutnya berterima kasih kepada Ustaz Fadzil kerana membawa beliau yang langsung tidak dikenali terus ke pimpinan Pusat dan dilantik sebagai Setiausaha Agung Pas.

“Beliau bukan siapa-siapa sebelum Ustaz Fadzil ambil dan letak di pentas utama politik Pas. Saya minta dia jangan cemar nama Ustaz Fadzil iaitu mengaitkan dengan tindakan dilakukannya,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Khalid berkata, ucapan Nasharudin di sebuah stesen televisyen swasta baru-baru dilihat seolah-olah menjual nama bekas itu Presiden Pas sedangkan itu kenyataannya sendiri.

“Soal tahaluf siasi ini dimulakan pada zaman kepimpinan Ustaz Fadzil. Ianya merupakan keputusan hasil perbincangan melibatkan bukan sahaja pemimpin Pas, tetapi pemimpin gerakan Islam seluruh dunia.

“Mereka berbahas berdasarkan fahaman, suasana dan prinsip politik mengikut syariat Islam. Ia diputuskan bahawa Pas menjadi parti relevan bagi seluruh Malaysia dan rakyatnya, maka persoalan tahaluf siasi ini kerjasama dengan DAP dan PKR tidak menjadi masalah,” katanya.

Beliau berkata, Pas Selangor kesal dengan tindakan Nasharudin yang tidak mahu membetulkan diri sendiri dengan menerima keputusan jemaah atau parti tetapi terus ingin melanggarnya walaupun ia salah dari sudut disiplin.

“Tindakan itu membuktikan beliau tidak layak menjadi ahli Majlis Syura Ulamak maka keputusan Majlis Syura Ulamak menggugurkannya terbukti tepat dan betul.

“Tindakannya membuktikan beliau tidak layak menjadi Timbalan Presiden Pas, maka ianya mengesahkan keputusan Muktamar 2011 yang tidak memilihnya sebagai Presiden," katanya.

Dalam pada itu, Khalid turut mengulas mengenai gesaan Nasharudin yang mahu Pas keluar dari Pakatan Rakyat (PR).

“Ia bercanggah dengan apa diwariskan oleh Ustaz Fadzil dan kata-kata beliau sendiri bahawa ini satu ijtihad hebat untuk menjadikan Pas itu relevan bagi semua di seluruh negara Malaysia. Kalau keluar dari PR, maka Pas akan bersendirian dan hanya dapat memainkan peranan untuk sektor masyarakat tertentu sahaja,” katanya. -SH

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dia nak jadi ulamak UMNO, macam-macam alasan diberikan....

Tanpa Nama berkata...

Sudah-sudahlah Nasa. Anda bukan Nasa dulu lagi. Anda ahli PAS biasa sekarang. Kalau tak senang dengan PAS sila keluar, masuk parti lain.Tak usah nak ungkit apa-apa lagi. Orang lain dah faham kes anda.

Tanpa Nama berkata...

Woit..nasha x usah brcakap mcm org gila. Prgi masuk ummolah.

Tanpa Nama berkata...

Orng mcm tu birkan aja.kita doa aja pda allah.dan lihat.

Tanpa Nama berkata...

Assalammu'alaikum,
Sdr Nasha, ramai masih ada ' ..... a little benefit of doubt... ' terhadap sdr termasuk saya, tetapi semakin sdr bercakap semakain terhakis perasaan tersebut dihati mereka yang sedikit itu.
Saya kira jika sdr tak berhati-hati memeilih platform dan saluran anda untuk meneruskan sedikit sisa perjuangan dan menyampaikan pandangan suadara tanpa membabit pemimpin agong yang membawa saudara kepentas sekarang ini. SAUDARA AKAN BERKESUDAHAN SEPERTI TUN M, IBRAHIM ALI, HASAN ALI, LOKMAN ADAM, EZAM M NOR dll lagi.
Tidak mustahil akan menjdi lebih hina, kita sering bersalam dan saya amat kagumi ilmu sdr.... Namun tindak tanduk sdr kebelakangan ini telah menimbulkan perasaan hilang hormat saya pada sdr. CUMA HALALKAN ILMU YANG TELAH SDR CURAHKAN DLM KULIAH SDR YANG SAYA IKUTI.

maie1958 berkata...

nasha,kau nak gila babi jangan ajak orang lain sama...!jilat lah najib semaunya,lanun2 umno bangsat akan pijak kau,just wait n see!!!!

Tanpa Nama berkata...

besar sgt ke dia tu suruh PAS keluar dari PR,,, ahli biasa pun orang menyampah,,, inikan pulak masih berangan jadi pemimpin tertinggi, boleh jalanlah si pengkianat senget

Tanpa Nama berkata...

Jadi ulamak PAS mana dapat banyak wang macam ulamak UMNO, TGNA pun hidup sederhana, mungkin nasha tak suka...sebab tu baik dengan najib

1Crony berkata...

Nampaknya sifat munafik Nasya ini amat sukar untuk dikekang dengan tarbiah oleh Ulama-Ulama PAS. Kuasa dan wang ringgit telah membutakan matanya.... Kenapa semasa UMNO/BN masih kuat dan mempunyai banyak wang untuk diagih-agihkan kepada para pemimpin penyangak mereka, beliau tidak masuk sahaja ke dalam gerombolan tersebut, baru sekarang beliau beria-ria sangat mahu bersama penyangak-penyangak dan lanun-lanun tersebut? Perbuatan Nasya ini membuatkan penyokong bawahan panas dan menyumpah beliau pagi, petang, siang dan malam. Adakah itu yang beliau minta? Semoga Allah memberi amaran dan petunjuk kepada "Si Kitul" kerdil dan senget ini. Amin

Tanpa Nama berkata...

Nasha dan Ibrahim Ali menang PRU12 kerana rakyat undi PAS, bukan kerana pengaruhnya..