Bersih 1: Tian Chua, Mat Sabu & Unit Amal Bebas, Gobala Sangkut!


Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini membebaskan Timbalan Presiden PAS Mohammad Sabu (Mat Sabu) dan Naib Presiden PKR Tian Chua daripada tuduhan menyertai perhimpunan haram semasa Bersih 1.0 pada November 2007.

Hakim Mahkamah Sesyen Jenayah Datuk Jagjit Singh Bant Singh dalam keputusannya berkata, kedua-dua tertu berjaya menimbulkan keraguan munasabah semasa memberikan keterangan berhubung insiden di hadapan Istana Negara.

Namun, ahli parlimen Padang Serai N Gobalakrishnan disabitkan kesalahan kerana gagal timbulkan keraguan munasabah.

“Keterangan yang diberikan (Gobalakrishnan) hanya penafian kosong semata-mata dan beliau tak ingat perkara yang berlaku pada hari tersebut,”
kata Jagjit.

Berikutan itu, Gobalakrishnan dan seorang lagi penyokong Bersih, Muhd Harith Shahbudin Fatillah didapati bersalah kerana tidak mengikut arahan polis supaya bersurai dan dikenakan denda maksimum RM10,000 atau penjara tak melebihi setahun.

Sementara itu Jagjit dalam hujahnya berkata, pihaknya bersetuju dengan keterangan bahawa Tian Chua (SD8) dan Mat Sabu (SD10) pada hari terbabit hanya berjalan kaki ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum kepada Yang diPertuan Agong (YDPA).


Malah, semasa kejadian mereka tidak dihalang polis untuk menyerahkan memorandum.

“Mereka berada dalam himpunan di hadapan Istana yang tidak dihalang polis sebaliknya polis bagi mereka masa untuk serahkan memorandum.

“Tujuannya bukan untuk memudaratkan, maka saya berpendapat kedua-dua tertuduh telah berjaya menimbulkan keraguan munasabah tehadap kes pendakwaan,” kata Jagjit.

Unit Amal tidak bersalah

Hakim turut menerima hujah lima tertuduh lain yang bertugas sebagai Unit Amal pada hari itu tidak menyertai himpunan tersebut, tetapi hanya bertugas menjaga keselamatan peserta dan mengutip sampah.

Keputusan itu sekaligus membebaskan mereka daripada hukuman penjara maksimum enam tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali, seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 143 Kanun Keseksaan dan Seksyen 27(5)(a) Akta Polis 1967.

“Kami bersyukur dan berterima kasih atas sokongan rakyat.


“Saya berpendapat sebarang kes yang melibatkan himpunan yang tidak bersenjata perlu digugurkan.

“Peguam Negera perlu pertimbang semula untuk tarik balik kes perhimpunan aman yang berdasarkan Akta Polis terdahulu kerana sekarang sudah ada Akta Perhimpunan 2012,” kata Mat Sabu ketika ditemui pemberita di luar mahkamah.

Sementara itu, Tian Chua berkata kemenangan ini membuktikan perjuangan rakyat menuntut pilihan raya yang adil dan bebas sejak enam tahun lalu bukanlah perkara yang sia-sia.

“Terbukti perjuangan Bersih sejak dulu tetap relevan dan kita akan teruskan sehingga matlamat memulihkan sistem pilihan raya terlaksana,” katanya.

Mat Sabu, Tian Chua, Gobalakrishnan bersama 14 penyokong Bersih lain dituduh menyertai perhimpunan haram berkenaan yang dianjurkan (Bersih di beberapa tempat, termasuk di perkarangan Masjid Negara, Jalan Istana Baru, Jalan Raja Laut dan berdekatan pusat beli-belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman antara 1 tengah hari dan 4 petang pada 10 November, 2007.

Mereka diwakili peguam Haris Abdullah dan Tian Chua diwakili peguam Jason Tay. -FMT

1 comments:

View Comments/Post a Comment

1 comments:

Anonymous said...

Mahkamah BN, najib dan Rosmah boleh bebas

Kembali ke Laman Utama




Tajuk-tajuk Terbaru di Kelab GB: