WWalaupun rumah itu dinamakan rumah Allah, dan kita yakin Allah akan menjaga rumahnya,tetapi sebarang kejadian didalam rumah itu tetap menjadi perhatian AJK masjid dan surau. Walaupun kita disuruh bertawakkal dalam semua perkara,usaha dan ikhtiar adalah sendi dalam bertawakkal.
Berbekalkan sepasang baju kurung, seorang hamba Allah yang tidak dikenali telah menceroboh kesebuah surau di bandar pinggiran subang shah alam selangor. Surau yang bernama surau Arrazi ini,tempat dimana para jemaah disekeliling menunaikan solat jumaat mereka disini. Kejadian yang cukup menggemparkan ini betul-betul membuka mata AJK surau disitu…
Video ini berjaya dirakamkan melalui CCTV yang baru dipasang di surau tersebut.Tarikh itu pun masih belum diubah lagi akan tetapi pencuri jelmaan wanita ni begitu bersungguh-sungguh untuk mengambil duit sedekah orang ramai disitu... Mari kita lihat apa sebenarnya berlaku disitu.
Semoga menjadi pengajaran kpd semua AJK masjid dan surau diseluruh malaysia agar sentiasa mengawasi harta berda yang didermakan oleh orang ramai. Itu adalah amanah orang ramai kepada kita sebagai AJK masjid dan surau... Jangan dipersiakan amanah mereka. Kuncilah tabung-tabung itu seelok-eloknya.
-md daud yusri alhutan melintangi.
5 ulasan:
Masya Allah !
Dhaifnya akal fikiran pencuri ini, berapa banyak kah yang dapat di ambil dari Tabung Masjid.
Kesian, pencuri ini amat memerlukan pertolongan serta didikan agama paling tidak, pendidikan asas bagaimana mengunakan akal untuk memikir.
Sedih!
Mustahil ini kerja umat bukan Islam.
Dalam menghukum seseorang kita kena tahu sebab kenapa dia buat perkara tersebut (nawaitu nya).Kalau dia mencuri kerana terlalu miskin, atau tiada cara lain untuk menyara anak isterinya; dia tidak patut dipersalahkan. Sebaliknya yang patut dipersalahkan ialah agensi2 yang dipertanggungjawabkan membantu mereka yang memerlukan seperti pusat zakat dan sebagainya. Pihak masjid/surau patut mengambil tahu ahli2 kariahnya yang miskin dan daif dan mengambil tindakan sepatutnya untuk membantu mereka.Sekarang ini diperhatikan kebanyakan pusat2 zakat lebih suka melaburkan wang zakat kepada projek2 pembangunan dari membantu keluarga2 miskin dan daif.
mana yg terlebih kaya tu lihatlah
kekayaan bukan dsimpan,tak bawa matipun,huluqlah sikit,sian hamba
Allahni tertangkap ngan cctv,moral of the story,apa niat yg terdesak ini dan minta dhalallah ya..
Nampaknya rakyat begitu miskin dan melarat dibawah pemerintahan BN
Dibawah pemerintahan UMNO wang surau dan masjid dicuri, inikan pula wang negara, kembalilah kepada islam
Catat Ulasan