27 Jan 2013

Tamparan Kepada UMNO BN: Pelabur Terbesar Rapid Pengerang Tarik Diri

Firma minyak dan gas dari Jerman, Badische Anilin und Soda Fabrik (BASF) menarik diri dari projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid) di Pengerang, Johor.

Setiausaha Gabungan NGO Pengerang (GNP), Kapten Hasnul Ahmad, berkata BASF selaku pelabur terbesar projek kontroversi berkenaan, menarik diri kerana memikirkan reputasi syarikat pada masa depan.

“Isu alam sekitar, pemilikan tanah dan kampung warisan punca BASF tarik diri. Isu Rapid bukan saja jadi isu nasional tapi sudah menjadi isu dunia.

“Mungkin tak tahan dengan tekanan dan himpunan (anti-Rapid), (maka) BASF tarik diri,” katanya kepada Keadilan Daily, hari ini.

Beliau juga menyifatkan penarikan syarikat berpangkalan di Eropah itu sebagai kejayaan rakyat hasil tekanan badan bukan kerajaan (NGO) dan penduduk tempatan dan sokongan Pakatan Rakyat.

BASF pada kenyataan rasmi 21 Januari lalu membuat pengumuman rasmi untuk menarik diri dari projek yang dianggar bernilai RM60 bilion itu.

Perjanjian Utama (HOA) ditandatangai kedua-dua pihak pada 5 Mac 2012 dengan BASF melabur RM4 bilion dalam projek Rapid.

Mengikut terma perjanjian, sebuah entiti baru akan ditubuhkan dengan BASF memegang 60 peratus kepentingan manakala Petronas 40 peratus yang kini mencari rakan niaga baru.

Kedua-dua pihak merancang untuk memiliki, membangun, membina, mengoperasi fasiliti pengeluaran produk petrokimia di Rapid.

Pada kenyataan media itu, Hasnul bagaimanapun kesal berikutan kerajaan Johor langsung tidak membuat pengumuman rasmi berhubung penarikan syarikat berkenaan.

“Itu tanggungjawab mereka. Sepatutnya buat pengumuman kerana rakyat ialah pemilik kepentingan,” kata Hasnul. -KD

4 ulasan:

Awanama berkata...

Kalau saya ada syarikat, Saya pun akan tarik diri sebagaimana syarikat Jerman ini buat. Selagi UMNO control projek ini selagi itu ia akan rugi dari dulu kini dan selamanya selagi diaorang yang control melalui kroni diaorang. Out lagi bagus.

Awanama berkata...

BESAR KEMALUAN um NO dn B arua N gara
itulah akibat doa-doa rakyat yang di
zalimi kubu um NO akan berKUBUR DI JOHOR insya ALLAH amin

Awanama berkata...

kalau tak silap,mereka tarik diri sebab diaorng mintak feedstock yng tinggi and Petronas x boleh provide..x pikir capitalist peduli tentang hak awam..

Awanama berkata...

Alhamdullillah !

Tanda tanda hartanah anak bangsa akan kembali pada anak bangsa, sesungguhnya anak bangsa yang khianat akan bangsa agama negara akan tetap di hina Allah SWT dan rakyat.