4 Jan 2013

SPR Menipu Untuk Pastikan Umno Menang

AJawatankuasa Pemandu Himpunan Kebangkitan Rakyat , Hishamuddin Rais berkata pengunaan dakwat kekal masih tidak mampu menghalang penipuan pada hari mengundi.

Ini kerana sistem dan cara pengunaan dakwat itu oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berbeza dengan yang dituntut Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) dan Pakatan Rakyat.

Dalam ceramah Pra Himpunan Kebangkitan Rakyat ‘Menuju #KL 112-Sejuta Rakyat’ di sini malam kelmarin, Hishamuddin berkata tuntutan Bersih ialah mahu pengunaan dakwat kekal pada kuku jari untuk menghalang pemilih mengundi berulang kali di pusat mengundi yang berbeza.

“Kita mahu selepas seseorang telah mengundi, maka dicalitkan dakwat kekal pada kuku jari pengundi tersebut sebagai tanda telah mengundi.

“Dengan cara ini pengundi ini tidak boleh masuk semula ke mana-mana pusat mengundi selepas itu.

“Tetapi SPR pula akan melaksanakan sistem yang tidak pernah diamalkan oleh mana-mana negara di dunia yang menggunakan sistem dakwat iaitu seseorang pengundi akan dicalitkan dakwat terlebih dahulu sebelum diberikan kertas undi untuk mengundi.

“Maknanya jika seorang itu merupakan pengundi hantu, maka beliau tetap boleh masuk ke pusat mengundi tanpa sekatan kerana sistem SPR itu sendiri memberi maksud bila kuku jari individu itu dicalit dengan dakwat kekal maka individu itu boleh mengundi.

“Kalau ada dakwat hitam kekal di kuku jari, anda akan diberi kertas undi. Orang akan berpusing-pusing untuk mengundi. Akidah SPR menipu untuk pastikan Umno menang.


“Maka desakan kami meminta SPR perkenalkan dakwat kekal sudah lari dari matlamat asal. Cara pelaksanaan dakwat kekal yang dilakukan oleh SPR ini memang tidak masuk akal sama sekali,” kata Hishamuddin.

Hishamuddin berkata antara lapan tuntutan Bersih, dakwat kekal lah satu-satunya tuntutan yang dipenuhi oleh SPR. Malangnya itu pun dilaksanakan dengan tidak betul yang jelas untuk menyebelahi parti pemerintah.

Letak jawatan

Sementara itu bercakap berhubung Himpunan Kebangkitan Rakyat yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 12 Januari ini; Hishamuddin dengan nada lantang mengingatkan orang ramai agar jangan takut turun beramai-ramai ke Kuala Lumpur pada 12 Januari ini.

“Jangan takut jatuhkan kerajaan. Yang dilawan Pakatan Rakyat bukan Umno dan kuncu-kuncunya tetapi tuan lawan satu sistem yang diwujudkan SPR untuk menangkan Umno.

“Ini belum kira dengan pendatang asing. Zaman takut sudah berakhir. Tahun ini kita tekad jatuhkan Barisan Nasional. Sudah 55 tahun kita ditipu dan dibodohkan. Kita pergi untuk bertindak. Rakyat wajib bangun,” katanya.

Hishamuddin juga menggamatkan lebih 500 orang ramai yang hadir pada malam itu apabila berkata:

“Jika ayah-ayah dan ibu-ibu yang berada malam ini takut dengan ucapan saya, maka letaklah jawatan sebagai manusia.”

Ucapan itu menyebabkan orang ramai ketawa besar.

“Saya begitu yakin kalau daftar pemilih bersih, Selangor tetap di bawah Pakatan Rakyat selepas PRU-13.

“Tetapi mereka merancang mengambil semula Selangor. Hasil kajian kerajaan Negeri Selangor, didapati kira-kira 134, 000 nama pengundi di Selangor tiada identiti jantina dan alamat lengkap.


“Contohnya nama Norizan dan beralamat Jalan Kelang sahaja.

“Penipuan dirancang untuk pastikan orang-orang jahat ini terus berkuasa. Bukan itu sahaja kematian di dalam balai polis bukan drama tetapi hakikat.

“Kalau tuan-tuan dan puan-puan tidak marah, maka letaklah jawatan sebagai manusia,” kata Hishamuddin yang menyebabkan tapak ceramah gamat dengan gelak ketawa orang ramai.

BN dalam keadaan keliru

Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin dalam ucapan berkata kerajaan Barisan Nasional berada dalam keadaan yang keliru dengan kebangkitan rakyat yang semakin tidak boleh dibendung lagi.

“Mereka keliru dengan kebangkitan rakyat dan sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat.

“Mereka panik dan tidak tahu hendak buat apa bila kita kumpul beramai-ramai di Kuala Lumpur pada 12 Januari ini.

“Ketika mereka keliru, kita harus keluar beramai-ramai memberi isyarat kepada mereka dan SPR bahawa daftar pemilih harus dibersihkan dan pilihan raya harus dikendalikan dengan adil dan telus.

“Saya yakin sejuta rakyat akan berjaya dikumpulkan pada 12 Januari ini,” katanya.

Turut berceramah ialah Adun Teja, Chah Li Kang; Khalid Ismath dari Solidariti Mahasiswa Malaysia dan S Tinagaran dari Parti Sosialis Malaysia. -FMT

24 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kalau telus, jgn delete komen aku.

kalau SPR tu menipu untuk kemenangan UMNO, sudah tentu 5 negeri yang dimenangi oleh pembangkang tidak akan ada pada hari ni. Kalau nak menuduh, biarlah ada bukti. bukan main cakap kosong je.

Osama berkata...

admin.
minta letak la peringatan 'perhimpunan kebangkitan rakyat 12.01.2013" mcm blog anak sungai derhaka buat! so pengunjung2 akn sentiasa ingat!
Bab SPR bengong tu lkita kena lawan terus kita melawan. Lawan hingga Putrajaya dpt di tawan! Kita doa & teruskan doa smbil usha secara berterusan. war2kan pd mereka yg ketandusan berita!
Kita kena jumpa org2 umno cara semuka utk beehujah. One by one to be one malaysia tolak umno Be End!

Tanpa Nama berkata...

SPR jangan buat begitu. Ingat, jangan makan gaji dengan cara menipu.

orangpencen berkata...

Hanya qunut nazilah saja yg insyaalah boleh ajar orang yg sombong dan bongkak ini. Biar Allah musnahkan dua tiga orang dan itu lebih baik drp seluruh sistem negara hancur. Mcm pokok rambutan cantas pucuk maka akan keluar pucuk baru yg akan menghasilkan buah yg lebih baik dan banyak.

Tanpa Nama berkata...

Cukuplah 12 kali kita sedia redha dgn keputusan yg menipu ini...

sudah cukup muak utk redha sekali lagi...

cukuplah memilih utk jadi bodoh...

Tanpa Nama berkata...

To Eisha...

Kalau SPR telus sudah lama umngok bergelar pembangkang di negara ini...

Tanpa Nama berkata...

Eisha, sudah2lah jadi pencacai umno, kalau spr telus dan tak menipu barang sebiji sawi, pada pru12 lagi, dah byk negeri diperintah PR.

Cuba kau jawab, semua persoalan yang Bersih pohon, yg nak dibuat cuma satu itu pun mcm bro HR kata, nak menipu jugak....yg lain apa jadi? Langsung cadangan yang bodoh ke????? Pikiak la dgn hati penuh iman, jgn pikiak mcm kat dunia jee....

jidiaz

Tanpa Nama berkata...

Dulu spr xsngka 4negeri akn jtuh pd PR,kali ni mereka rancang utk menangkn bn di selngor dgn pengundi hantu..mereka tipu daftr pengundi ada phm ke eisha hoi..

Tanpa Nama berkata...

Masa PRU12 dulu kalau SPR tak menipu, PUTRAJAYA dah jatuh ketangan PAKATAN RAKYAY

Tanpa Nama berkata...

SPR ADALAH UMNO, UMNO ADALAH SPR, TAWAN PUTRAJAYA, INSYAALLAH SEMUA TERBONGKAR

Tanpa Nama berkata...

Kalau Geisha di Jepun, pelacur yang layan pelanggan

Tanpa Nama berkata...

Kalau SPR tak menipu PRU13 nanti Pengerusi SPR takut Pakatan Rakyat yang jujur ke Pitrajaya

Tanpa Nama berkata...

Klu SPR x menipu, maka sudah tentu lebih byk negeri jatuh ke tangan PR.Jadi jgnlah taksub pada AMENO.Eisha jadi mcm nie sbb hanya melihat dan mendengar dengan nafsu.tanpa berfikir dgn mata hati.klu x percaya kata sy,adakah berani SPR telus pd PRU13?

orangpencen berkata...

Cik puan ooi, ada otak fikir, ada mata lihat, ada telinga dengar. Jangan sampai otak beku dan layak letak kat lulut saja. Kalau spr tu tak menipu bukan 5 negeri malah seluruh malaysia dah dapat kat pakatan rakyat. Orang mati pun keluar mengundi, apa cerita ni cik puan oooiiiiii.

Osama berkata...

Eisha!
gini...dlm perlawanan bola Malaysia VS Spore! bayangkan refree nya dri Spore & bermain di Spore! Keputusan perlawanan Spore menang 5 gol berbalas 2 gol!
Hakikatnya dlm masa permainan tu malaysia menyumbat 6 gol tetapi pengadil membatalkan 4 gol yg kononya off site & kekasaran pemain Malaysia.
Singpore pula menjaringkan 2 gol padang & 4 gol lagi pengadil membenarkan jaringan walau pun 3 gol off site & 1 gol penalti yg kononya goal keeper mengasari pemain spore.
Bole faham tak ya Eisha mcm mana 5 negeri boleh Be End kecundang namun 11 bulan usia kerajaan PR ng Perak dirampas semula cara tak demokratik oleh umno be end!
Maka sebab itu ada BERSIH 1.0, 2.0 & 3.0 yg mana antara tuntutan BERSIH adlh bersihkan daftar pemilih! Kalau Pengerusi SPR adlh ahli umno, apa maknanya! Ini bukan tudohan melulu! Hinga ke Parlimen MP's PR menyuarakan kepincangan ini tpi SPR walau akui ada percangahan daftar pemilih merrka bak badak pekak kerna umno be end lebih pekak dri pekak badak!
Ada faham ka? Jgn angap kami pendokong PR bodoh! umno adlah penipu! mengajar rakyat Mlysia jdi penipu mka sebab tu lah penipuan2 yg berlaku dh jdi halal lantaran mnjdi kebisaan yg kini telah mendarah daging & menjalar keurat saraf masyarakat negara kita!
Dgn demikian juga kami mengajak seluruh rakyat mlysia beriltizam utk menukar kerajaan cara demokrasi utk membetulkan kepincangan sistem bernegara demi masa depan agama, negara & anakbangsa.

Tanpa Nama berkata...

Selagi segala suruhanjaya2 tersebut bukan badan yang bebas selagi itulah wujudnya prasangka. Suruhanjaya2 diletakkan dibawah kementerian2 tertentu. Mcm mana nak adil?

Unknown berkata...

eisa... klu pru12 lepas tiada kesedaran rakyat n pengundi yg brani menegak kebenaran memang tak dapat 5 negeri kita tawan... cuma disebabkan kurang pengalaman saja yang membuatkan kami tumpas dek penipuan

Tanpa Nama berkata...

Dato s. Ooo cik eisa.. Jgn dtg sini blh tak? Pergi la komen kat papa gomo ko tu. Jgn2 ko ni partner papagomo.. Dasar betina stupid..!!

Umno bg 500, satu dunia heboh.. Najib ambil 500 juta masuk dlm poket senyap sepi. Ada tv3 bgthu rakyat..?? Cuba jawab?? Tak kan...?? Sbb kalo hati dah ada syaitan duit, yg haram jd halal.. Yg aku heran, puak2 umno bodoh ni, bila ada org bn kutuk islam mcm mca, umno bodoh buat derk jer.. Polis lg la bangang.. Bisu mcm pistol berkarat.. Tak de apa2 tindakan pun.. Tp kalo pr buat silap, mampos sampi lubang cacing cari tnagkap pukol masuk penjara.. Itu cara umno...

Mana keadialn? Cik eisa jom Kita berdebat secaa lansung kat mcd sek3 shah alam.. Then record video dan masuk kan dlm youtube.. Aku cabar ko pro umno. Sbb hj najib ko x de telor zakar, annuar ajak berdebat x nak.. Kalo najib brani, buat debat live sebelum pru..

Tanpa Nama berkata...

Siapa Eisha ni huhhh...Umi hafilda kot...Menyamar jadi macam org lain. Aku ingatkan Geisha tadi...
Takder org nak delete ko punya komen...cogankata ngko HIDUP UMNO....HIDUP UMNO....Dah...pergi main jauh-jauh... Main masak2 ker, main anak patung ker...Kat sini tempat PR jer...
Ngko masuk blog fanatik UMPORNO lepastu ngko kutuk ler 7 hari 7 malam...semua mesti sokong punyer...

Tanpa Nama berkata...

eisha ni penyokong kuat syaitan yang dikenali?, kami ikut jalan rasul dan para malaikat

Hasyim berkata...

Eisha ni jenis pukol 8 duk dpn tv pasang berita tv3 kuat2, pehtu baca suratkabar berita hairan, utusan meloya dan baca mama gomo. Otak dah tepu disalut dengan penipuan. Hati dah hitam. Semoga dia kembali semula ke jalan yg diredhau Allah.

Marilah tanamkan sifat sayangi Islam. Marilah berjihad kearah kebenaran. Hapuskan kebatilan. Buang yg keruh, ambil yg jernih. Jangan kerana bangsa kita sanggup gadaikan Islam. Islam itu cara kehidupan, Islam itu indah, Islam itu adalah segala-galanye

GEBU berkata...

Eisha! kalau tak faham dengan penipuan yang dilakukan oleh SPR bagi memenangkan UMNO/BN; mari jumpa aku untuk aku terangkan yang luar dan dalam kain sekali
Mahu ke?

ambo D7 berkata...

Wahai Eisha...... hang nak tau negeri yang dimenangi pembangkang tu sebab dah ramai sangat sokong pembangkang, dah habis corner baring dah tak boleh menang jugak..... reti !

dead_end berkata...

Kawasan DUN aku yang kecik pun dengarnya ada 5,000 orang yang diberi kad pengenalan untuk mengundi, kebanyakannya dari Thailand. Aku ada jumpa seorang dari mereka, dia mengaku diberikan kad pengenalan dengan syarat mesti undi BN. Tapi mamat ni dah tekad nak undi PR, lepas pergi dengar ceramah PR, ha ha ha...