20 Jan 2013

Selangor Urus Air Lebih Baik Dari Rozali Yang Gajinya RM 400,000 Sebulan

Meskipun gaji beliau sekurang-kurangnya RM425,000 sebulan, Pengerusi Pegawai Eksekutif Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Tan Sri Rozali Ismail gagal menangani isu gangguan air baru-baru ini.

Ini berikutan kenyataan Syabas kepada media pada Jan 9 bahawa hangguan bekalan air di Ampang, Cheras dan Gombak hanya dapat dipulihkan pada perayaan Tahun Baru Cina pada 10 Febuari.

Bagaimanapun, apabila Kerajaan Negeri campur tangan dengan melakukan pemantauan terhadap kerja-kerja pembaikan, gangguan air dapat dipulihkan pada Jan 15 – empat minggu lebih awal daripada perangkaan Rozali.

Menurut Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, ini membuktikan Rozali gagal menguruskan bekalan air di Selangor dengan baik.

“Saya beritahu Datuk Seri Najib Razak supaya beri hak urus air Selangor kepada Kerajaan Negeri.

“(Kerana) kita mampu urus air lebih baik dan mementingkan kepentingan pengguna berbanding Syabas,” ujar Abdul Khalid di hadapan lebih seribu hadirin dalam Majlis Makan Malam Kutipan Dana Pilihan Raya di sebuah restoran di sini malam tadi.

Sebaliknya menurut Abdul Khalid, Najib enggan menyerahkan hak pengurusan air kepada Kerajaan Negeri kerana lebih mengutamakan kepentingan kroni mereka berbanding kepentingan rakyat Selangor.

Abdul Khalid turut menyelar tindakan Syabas yang sebelum ini bertindak menyaman Kerajaan Negeri yang tidak membenarkan mereka menaikkan tarif air di Selangor.

Pada Dec 29, kira-kira 500,000 penduduk di sekitar Kuala Lumpur, Gombak dan Ampang mengalami gangguan bekalan air selama lebih dua minggu akibat kegagalan pam di rumah pam Wangsa Maju.

Syabas didakwa cuai kerana kesemua lima pam termasuk dua pam simpanan untuk gantian di masa kecemasan turut rosak.

Pada Jan 8, dilaporkan bahawa Rozali berkata gangguan bekalan di ketiga-tiga tempat itu hanya akan selesai pada Tahun Baru Cina.

Sehari selepas itu, Kerajaan Selangor berkata ia akan berusaha untuk menyelesaikan masalah itu dalam seminggu.

Pada Jan 15, hampir semua pengguna di kawasan yang terjejas mendapat bekalan air.-selangorku


Umno jadikan rakyat tebusan politik untuk tawan Selangor


Tuduhan Koordinator Barisan Nasional Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed bahawa Kerajaan Selangor bermain politik dalam isu air umpama menepuk air di dulang; habis terpercik ke muka sendiri. Bermain politik dalam isu air samalah seperti memperjudikan nasib dan kepentingan lebih 5 juta pengguna di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Mana mungkin kerajaan yang dibina atas sokongan rakyat ini akan berbuat demikian, apatah lagi bukan mudah untuk rakyat menumbangkan sebuah kerajaan yang telah memerintah lebih 50 tahun lamanya.

Usaha kerajaan Selangor untuk mengambilalih perkhidmatan air dengan niat semata-mata mahu menjaga kebajikan pengguna yang selama ini tidak mendapat pembelaan kerana kerajaan sebelum ini hanya mementingkan tembolok dan kroni sendiri. Rakyat dipaksa menggunakan perkhidmatan syarikat konsesi yang langsung tiada kepakaran dalam industri air menyebabkan rakyat mendapat perkhidmatan tidak memuaskan seperti gangguan bekalan air serta kadar tarif yang tidak munasabah.

Malangnya, selepas empat tahun berunding usaha pengambilalihan ini masih gagal kerana kerajaan Pusat tidak menyokong usaha ini lantaran lebih mementingkan syarikat konsesi daripada kebajikan rakyat.

Bukan sekadar itu, syarikat konsesi ini mendapat sokongan kuat daripada pemimpin-pemimpin UMNO yang turut melemparkan tuduhan tidak berasas mengenai isu air dan menghentam usaha Dato’ Menteri Besar, Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim mengambilalih perkhidmatan air.

Jadi, siapa sebenarnya yang bermain politik dalam isu air ini? Jika sememangnya kerajaan Persekutuan tidak setuju perkhidmatan air diambilalih kerajaan negeri, mengapa mereka meluluskan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 yang membenarkan kerajaan negeri mengambilalih perkhidmatan air daripada syarikat konsesi? Mengapa penstrukturan air boleh dilaksanakan di Terengganu, Perak dan Melaka dan tidak Selangor?

Budak sekolah pun tahu akan jawapnnya; kerana kerajaan Selangor ditadbir Pakatan Rakyat. Jika Selangor mengurus sendiri air maka akan matilah syarikat kroni mereka. Malah, jika kerajaan negeri berjaya menguruskan perkhidmatan air dengan lebih baik, maka akan terbukti dasar penswastaan BN yang memberi konsesi kepada syarikat kroni telah gagal dan hanya mengkayakan pihak tertentu di atas kesengsaraan rakyat.

Oleh itu, tidak hairan pemimpin UMNO bermati-matian mempertahankan konsesi ini walaupun mereka sedar keyakinan rakyat terhadap syarikat ini telah hilang. Pemimpin Umno akan melakukan apa sahaja untuk menggagalkan usaha Pakatan Rakyat Selangor di dalam isu air ini. BN percaya jika kerajaan Selangor dibenar mengambilalih perkhidmatan air maka peluang mereka untuk kembali menang di Selangor akan terus terkubur.

Kita sebenarnya telah menerima maklumat risikan bahawa Umno akan menggunakan isu air untuk mengadu domba rakyat. Meskipun demikian, kita meragui kebenaran maklumat risikan tersebut kerana mensabotaj keperluan asas harian seperti air,adalah lebih buruk dari Yahudi. Dato’ Menteri Besar bagaimanapun telah mengarahkan semua PBT bersiap siaga dalam menghadapi sebarang kemungkinan.

Justeru, apabila lima buah pam di Wangsa Maju tiba-tiba rosak serentak maka semua PBT di Selangor terus bergerak membantu kawasan-kawasan terlibat termasuk di Wilayah Persekutuan. Kecekapan dan sikap tolong menolong semua pihak telah mengurangkan impak sabotaj yang dilancarkan BN.

Sikap Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak yang berkali-kali merayu agar diberi peluang untuk BN kembali mentadbir Negeri Selangor dilihat begitu terdesak. Janji Najib untuk selesaikan isu air jika BN berjaya menawan semula Selangor menguatkan bukti bahawa BN menjadikan rakyat Selangor dan Lembah Klang sebagai tebusan politik. Janji berupa ugutan tersebut lebih menonjolkan sifat buruk pimpinan Umno apatah lagi datangnya dari pemimpin tertinggi.

Md Zin sepatutnya malu untuk menuduh kerajaan hari ini berpolitik dalam isu air sedangkan pemimpin tertinggi Umno yang begitu jelas telah hilang wibawa semata-mata mahu mengambil semula Selangor.

Sukar untuk mempercayai beliau boleh mengeluarkan hujah dangkal kononnya kerajaan negeri berkuasa sepenuhnya ke atas Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) kerana SYABAS adalah anak syarikat kerajaan negeri. Jika SYABAS anak syarikat kerajaan Selangor, kita tidak akan berdepan dengan masalah sebegini.

Seperti dijelaskan Dato’ MenteriBesar, Kerajaan Selangor hanya mempunyai saham 30 peratus dalam SYABAS manakala pemegang saham ter besar adalah Puncak Niaga dan Kementerian Kewangan Diperbadankan pemegang saham emas. Golden Share atau saham emas dalam syarikat konsesi ini yang memberi kuasa kepada Kerajaan Persekutuan untuk membuat keputusan sebagaimana termaktub di dalam WSIA.

Malangnya Kerajaan Persekutuan lebih suka berpolitik dan mengutamakan kepentingan kroni berbanding rakyat teramai.

Jika Mohd Zin mahu menjadi jaguh dalam isu air ini, seloknya beliau membuat kajian dan penyelidikan yang lebih mendalam agar sekurang-kurangnya mempunyai sedikit kredibiliti ketika membuat tuduhan ke atas Pakatan Rakyat.

Faekah Husin
Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor



9 ulasan:

Amuraria berkata...

BILA KRONI PENYAMUN & PENYANGAK DIBERI 'LOBANG' BUAT DUIT ! ABU SAJA BOLEH HAPUSKAN MALAUN-MALAUN KAKI MAKAN DARAH RAKYAT !

Tanpa Nama berkata...

BN sabotaj air supaya rakyat marah kerajaan Pakatan Rakyat Selangor

Unknown berkata...

Amalan kroni yang mensabotaj rakyat akan terjawab nasibnya selepas PRU nanti..Hukum kebenaran..hukum karma Allah akan berjalan..
waksab.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

Alhamdullillah !

Ada juga anak Melayu dapat gaji besar RM400K sebulan. Elok lah, rezeki nya.

Tanggungjawab nya, biarlah beliau menjawab nya sendiri depan Allah SWT.

Hidup kita ini bukan senang, mati kita ini lagi bukan senang.

Masing masing ada tanggungjawab dan kena menjawabnya depan Allah SWT nanti. Kaya dunya sekejap aje, seksa kubur lama sangat.

Tanpa Nama berkata...

SYABAS haramjadahhhh..tmasuk juak2 Dan macai2 umnogokkk...listen listen listen...aku myokong dgn sepenuh hati Tanpa ragu2 kpd bn/umno terus jadi PEMBANGKANG kini Dan selamanyer d selangor...

Tanpa Nama berkata...

buatkan sembahyang hajat datuk khalid.Ajak beramai marai rakyat negeri selangor berdoa agar dilakhanatkan oleh allah pada mereka semua orang yang bersengtongkol menginaya dan menzalimi rakyat negeri selangor.Dalam bab air ini.Percayalah kejap aje ditunjuk oleh allah.Nabi adam yang makan buah saja dicampak tuhan kedunia,ini yang mengkhianati air sumber dari allah diinayakan.Ya allah Ya tuhan ku Kau lakhanatkan lah mereka ini Amin

Tanpa Nama berkata...

Inilah jadi apabila orang bodoh diberi jawatan penting. Kesan dia cuma duduk goyang kaki di pejabat dan tidak peduli akan masalah rakyat. Makan gaji buta. selain SYABAS, CIMB dan Bank Yahudi (Bank Islam) pun sama juga. Selamatkan syarikat ini daripada diketuai oleh orang bodoh pada PRU akan datang dengan mengundi PR dan memastikan semua CEO bermasalah yang memang terang terlibat dengan Rasuah ditangkap tanpa sebarang kompromi.

Tanpa Nama berkata...

Nampak macam SYABAS nak sabotaj kerajaan PR Selangor. Bagi lambat-lambat krisis air selesai dengan harapan rakyat Selangor akan marah kepada kerajaan PR Selangor. Ambil kesempatan kot-kot ada rakyat Selangor yang termakan umpan BN/UMNO dan seterusnya dapat undi nanti.

Ingat: orang bodoh menjadi makanan orang cerdik.

Tanpa Nama berkata...

Rozali hanya tahu jaga perutnya sahaja. Staff di jabatan Pejabat Pengerusi lebih dari seratus orang - apa tidaknya body guardnya ramai, body guard isteri-isteri dan anak anak nya lagi. Belum lagi driver driver dan tukang masak, dll. Staf di jabatan Rozali lebih ramai dari staf di jabatan lain !

Pengurusan tinggi pulak hanya orang orang yg tahu bodeknya sahaja tapi tak pandai kerja. Banyak juga bekas pegawai kerajaan yg diambil Rozali kerana menolongnya dalam semasa mereka berkhidmat dengan kerajaan dulu. Bayangkanlah semua pengurusan tinggi SYABAS and Puncak Niaga di bayar gaji amat tinggi dan berkereta amat mewah seperti LEXUS 350, BMW atau MERCEDES. Elaun mereka pun tak masuk akal. Tapi Rozali memang sengaja buat begitu supaya elaunnya boleh diambil jauh lebih tinggi lagi !

Banyak juga staff Pengurusan Rozali ini mempunyai gelaran gelaran tipu seperti Doktor atau Ph D tipu. Nampak benar mahu menipu rakyat Semangor hidup hidup !