Pakatan Rakyat (PR) memiliki peluang keemasan untuk menguasai dan mengambilalih Putrajaya daripada Umno-BN dalam Pilhan Raya Umum Ke-13 (PRU13) berdasarkan sokongan rakyat kuat ketika ini.
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, PR seharusnya menggunakan kesempatan yang ada kerana Umno-BN ternyata tidak dalam kedudukan selesa berikutan pilhan raya perlu diadakan dalam tempoh terdekat.
“Ini adalah peluang terbaik bagi PR untuk mengambilalih pentadbiran di Putrajaya. Kalau kita melepaskannya, lima tahun kita akan menyesal dan kita tak tahu sama ada suasana seperti ini, boleh kita wujudkan kembali.
“Sekarang ini masyarakat bersama kita. Kita yakin himpunan kebangkitan rakyat di Kuala Lumpur.Kata seorang profesor matematik yang kita yakin dia lebih bijak dari Rais Yatim. Anggaran dia 700,000. Kita yakin inilah jumlah yang sebenarnya.
“Maksudnya di sini sekarang adalah waktu terbaik untuk satu perubahan,” katanya dalam ucapan meraikan jentera pilihan raya Ijok dan Bandar Tun Razak di sini malam kelmarin.
Turut hadir, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Tegasnya, apa yang perlu dilakukan PR ketika ini adalah memaklumkan kepada rakyat bahawa segala masalah berlaku seperti isu air di Selangor adalah dirancang demi memastikan kemenangan Umno-BN.
Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Zulkifli Ahmad berkata, PRU13 kali ini adalah medan di mana Umno-BN terpaksa melawan kebangkitan seluruh rakyat.
“Inilah pilihan raya yang menjanjikan satu perubahan besar untuk sebuah kerajaan yang paling lama memerintah di muka bumi ini.
“Dia sudah terlalu banyak melakukan kesilapan lalu bukan saja PR tetapi seluruh rakyat bangkit untuk menumbangkan kerajaan Umno-BN bersama dengan beberapa NGO seperti Anti-Lynas, Royalti, GMI dan yang lain,” ujarnya.
7 ulasan:
Menteri UMNO suruh orang ramai listen listen listen bila beri wang RM100
UMNO perbodohkan rakyat dengan anggap rakyat Selangor dan Malaysia orang bodoh...
BILA LAGI NAK BUAT PERHIMPUNAN? SPR DAN NAJIB BUAT BODOH SAJA...
tahun ini kita tukar kereta baru.... kalau asyik meragam enjinnya dlm tempoh lima tahun ....... kita tukar kereta yg baru sekali lagi... jadi jom kita tukar ramai2.... insyaallah malaysia akan maju..
BERSATU TEGUH,BERCERAI ROBOH.
HENDAK SERIBU DAYA,TAK HENDAK SERIBU DALIH.
umno akan berusaha supaya pas keluar drp pakatan rakyat, terutamanya dgn DAP. inilah talian hayat umno sblm PRU13 ni.. kalau umno ade buat janji mereka akan tunaikan apa shj yg pas nk, jgn jadi bengap p sokong supaya pas bergabung ngan umno. kita kena ingat yg umno betul2 dh terdesak sgt2 ni. baru2 ni ramai org terima msg pasal survey sape tokoh yg menjadi pilihan MB PERAK antara Nizar, zambry ngan Ngeh Koo Ham..nampak sgt taktik dia 2..nape si zambry 2 sorang2 je. kpd PR supporters jgn over confident PR boleh menang sbb org umno paling berpengalaman n established dlm pembohongan dan mengelat. fokus kpd golongan atas pagar sbb mereka mgkn penentu kemenangan. kalau GB x nk approve komen ak xthulah ak. benda ni pn aku dpt x clap aku taktik dri SB umno gk.
Alhamdullillah !
UMNO akan ter sungkoh menjadi DUMBNO dan 3 juta ahli ahli nya akan masok TADIKA Kemas untuk mendapatkan pendidikan awal semula. kebenaran hakiki
Catat Ulasan