Najib kata Nasha dipecat lepas pulang dari Gaza
Perdana menteri Datuk Seri Najib Razak menganggap pengguguran Nasharudin Mat Isa daripada Majlis Syura PAS ada kena mengena dengan lawatan bekas timbalan presiden PAS itu bersamanya ke Gaza.
Katanya, beliau percaya demikian memandangkan isu berkenaan timbul sekembalinya Nasharudin kembali ke Malaysia.
"Walaupun dikatakan disebabkan kegagalan beliau menghadiri majlis syura, tetapi masa pemecatan beliau itu setelah kembali ke tanahair selepas membuat lawatan Gaza memberikan gambaran bahawa ia ada kaitan dengan lawatan tersebut," kata Najib.
Najib tetap berpendapat demikian walaupun PAS menegaskan bahawa pengguguran Nasharudin daripada jawatankuasa berkenaan tiada kena mengena dengan kunjungan bersama perdana menteri ke Gaza.
Setiausaha jawatankuasa berkenaan, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh berkata keputusan berkenaan dibuat lebih awal – ketika mesyuarat tersebut dipengerusikan mursyidul amnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 13 Januari.
"Ianya langsung tidak ada kena mengena dengan lawatan ke Gaza tempoh hari kerana pengguguran keanggotaan beliau dibuat lebih awal dari itu," katanya seperti dipetik Harakahdaily hari ini -mk
Ulasan GB
Tiba-tiba Najib sendiri buat ulasan mengenai pengguguran Nasharuddin daripada mengganggotai Majlis Syura.
Selama ini ada Najib ambil kisah mengenai nasib Nasha?
Keprihatinan Najib itu menunjukkan bahawa Najib sendiri ada "agenda' tersembunyi membawa Nasha bersama ke Gaza. Tembelang Najib terbongkar akhirnya. Itu hukum kebenaran dan keadilan!
Jika betul-betul hendakkan Nasha menjadi ahli mereka... kita nasihatkan Najib dan UMNO untuk melamar Ustaz Nasha dengan cara baik... itupun jika Nasha sudi bersama UMNO.
Tak tahulah jika segunung intan akan dibawa sebagai hantaran untuk mencairkan hati nasha..
Seperkara lagi, Najib (dengan maaf: yang tak tahu bab Najis Mughallazah) dan UMNO, tahukah apa itu MAJLIS SYURA? Tahukah syarat-syarat untuk menjadi anggota Majlis tersebut? Parti UMNO mana ada hirarki sedemikian? Di dalam UMNO, kuasa semua terletak di atas tangan Presiden, sedang PAS, kuasa tertinggi itu pada Majlis Syura, bukan kepada individu tertentu. Itu beza PAS dengan parti-parti sekular seperti UMNO.
Jadi usah kejahilan Najib dan UMNO di dalam bab sistem pemerintahan Islam cuba pula untuk campurtangan di dalam urusan PAS. Sebelum nanti ditempelak orang bagaimana WIRA UMAT yang baru pulang dari Gaza jahil mengenai sistem pemerintahan Islam? Belajarlah daripada Nasha mengenainya. Nasha, saya kira tidak ada halangan untuk mengajar pemimpin-pemimpin UMNO terutama Najib dalam bab itu.
Daripada laporan terkini:
SHAH ALAM - Nasharudin Mat Isa berkata, menjadi hak parti jika mahu mengambil balik jawatan lantikan termasuk sebagai anggota Majlis Syura Pas.
"Jawatan (anggota Majlis Syura) tersebut adalah lantikan parti, bukan pilihan saya, jika parti ambil kembali jawatan itu, itu adalah hak parti," kata beliau ....
Nasharudin yang juga bekas timbalan presiden berkata, berorganisasi hanya wadah tetapi berpegang pada prinsip adalah satu tuntutan.
"Saya akan terus berikan sumbangan terbaik kepada mana mana pihak yang ingin mendaulatkan Islam," katanya. -petikan SInar Harian
Harapan tipis nampaknya. Jadi yang kemaluan besar sekarang ini ialah : Najib dan UMNO sendiri!
11 ulasan:
Ustaz Nasha ni ibarat Mat Yo., dia ni hebat, berkarisma, disegani.. Amat beruntung Umno dapat dia ni .. 4x lebih baik dari datuk khir.. Jadi umno kenalah bagi pampasan kepada PAS , bukan wang ringgit tetapi pampasan bentuk lain yg boleh di rundingkan.,
Mana boleh umno senana2 nak kutip dulu ,,,tak aci la macam ni,,kalau KAMI pulak yg mahukan Nasha, macam mana pulak,,,,kena buat lelong terbuka lah,,,amacam!!!
Biarkan Nasha jadi macam Hassan Jati. Hanyut begitu sahaja.
Ambil Ustaz Nasha dan diberi bonus ambil sekali Dato' Hassan Ali. Offer Tahun Baru Cina.
UMNO PUN TAK MAHU, YANG KELUAR DARI PAS, PKR ATAU DAP, HANYA DAPAT JADI WAKIL BEBAS...
alahai takkan nasha dgn hassan ali jer kot...nu si zol kolom, zahrain, katak2 bebas yg lain nu? nak letak mana? siang malam bagai punggkok rindukan bulan..pagi petang berdoa..semoga umno kutip depa...atau lpas pru13 terus lenyap..
"Najib sendiri ada "agenda' tersembunyi membawa Nasha bersama ke Gaza."
GB, Apa dia "Agenda Tersembunyi"? Mende apa yang perlu disembunyi agaknya?
Bagi yang tak paham, mereka beranggapan agenda tersembunyi ialah:-
1. Duit. Takkan nak gi Pelestin dengan tangan kosong.
2. Kalaulah PM kita yang suka projek berkomisen bawak 1ribu juta duit, berapa agaknya dia bagi Hamas?
3. Kenapa pilih Hamas, adakah kumpulan pergerakan bawah tanah Hamas simpan buku kira2 didalam tanah jugak?
4. Selepas Gaza dan Mesir berombongan ke Switzerland. Kalaulah Switzerland dulu baru ke Gaza, lain ceritakan. PM kita tak rasa panaskah lepas benua padang pasir Arab gi main Salji Switzerland pulak?
5. Yang paling tak paham, Nasha mopek tu buat apa, tukang pikul beg?
#1. Kenapa Fatah dan Hamas berebut2 nak sambut PM kita? Kaya tidak, terkenal pun tidak. Adakah kerna rasuah NO.1?
#2. Kenapa rakyat Pelestin tak boleh hidup aman ada sja yang perlu dibuat korban, adakah sebab 1-4 diatas?
Dermalah untuk rakyak Palestin - U tolong I tolong U - Projek Barisan National.
cerita rosmah anak ibu di palestin dipeluk setiap pagi, anak altantuya pagi nak peluk siapa?
Najib singgah di Palestin, nak tagih simpati rakyat supaya kata dia perihatin?
Rakyat sendiri kena tol dan AES, minyak mahal, orang palestin susah pun tiada tol...
nak jadi hero di negara orang, rakyat sendiri ditindas macam orang palestin ditindas israel
Catat Ulasan