6 Mac 2012

Kemelut Kedah: Pelangi Muncul Selepas Ribut Melanda

Kedah: Salahudin menangis kegembiraan

KUALA LUMPUR, 5 Mac: Naib Presiden PAS,. Salahudin Ayub adalah orang yang paling gembira sekali mendengar penerimaan dua timbalan pesuruhjaya PAS Kedah terhadap keputusan PAS pusat.

Salahudin...,
Beliau yang mewakili PAS Pusat ke sana ke mari bagi menyelesaikan isu ini teresak-esak menangis kegembiraan ketika menelefon Harakahdaily.

"Benar ke berita Harakahdaily tu?" tanya Salahudin kepada Harakahdaily merujuk kepada berita bertajuk 'Exco: Phahrolrazi, Ismail akur keputusan PAS Pusat'.

Beliau terus menelefon Harakahdaily sebaik saja membaca berita yang sangat mengembirakan beliau itu.

Harakahdaily telah mengubungi kedua-dua timbalan pesuruhjaya PAS Kedah itu bertanya reaksi mereka terhadap keputusan PAS Pusat yang mengarahkan mereka kembali semula ke dalam barisan exco Kedah.

PAS Pusat mengarahkan Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi dan Dr Ismail Salleh kembali semula sebagai anggota exco negeri.

Arahan itu dibuat serentak dengan keputusan Datuk Seri Azizan Razak akan kekal sebagai MB manakala PAS Pusat membentuk Jawatankuasa Pemandu untuk membantu pentadbiran kerajaan negeri Kedah.

Phalrolrazi dan Dr Ismail memaklumkan, mereka berdua menerima keputusan PAS Pusat itu.

Sebaik sahaja mereka membuat sidang media di rumah Datuk Ir Phalrolrazi Zawawi jam 5 petang, Harakahdaily menyiarkan keputusan yang terlebih dahulu dimaklumkan kepada Harakahdaily itu.

"Saya mengeluarkan air mata gembira membaca berita ini," kata Salahudin teresak-esak ketika menghubungi Harakahdaily.

Beliau mengucap ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat menyelesaikan kemelut ini terutama sekali pimpinan PAS Kedah dan Pusat.

"Saya berbangga dengan anda semua terutama semangat sayangkan jamaah," kata Salahudin yang turut melakukan sujud syukur bagi menyatakan terima kasih kepada Allah SWT berikutan selesainya kemelut ini. -HD

Ulasan GB

Kita berharap episod Kedah yang begitu mencemaskan parti benar-benar berakhir.

Sebelum berlansungnya Majlis Mahabbah, GB menghubungi YB Salehuddin terlebih awal mendoakan agar usahanya dalam misi untuk selesaikan kemelut di Kedah akan diberikan kejayaan cemerlang oleh Allah swt.

Malam itu, GB sedikit berdebar untuk mengetahui keputusan namun keyakinan bahawa Allah swt akan menolong menjadikan GB terus mengikuti perkembangan Majlis Mahabbah.

Segalanya selesai, kata YB Salahuddin di dalam satu video wawancara yang disiarkan oleh AntaraPos.

Alhamdulillah, dan GB berpendapat misi Salehuddin telah pun berjaya sekalipun beliau menyatakan keputusan rasmi hanya akan diumumkan kemudian.

GB tidak mahu menganggu Salehuddin dengan bertanyakan apa-apa dahulu, setentunya beliau di dalam keadaan yang masih berserah kepada Allah kerana belum mengetahui riaksi sebenar ketiga-tiga mereka yang terlibat dengan kemelut Kedah itu.

Laporan akhbar media arus perdana begitu banyak, bertubi-tubi cuba memporak-perandakan PAS sehingga sebuah akhbar luncai menyatakan Azizan akan tumbang sebelum PRU13.

Laporan harakahdaily sewaktu awal-awal krisis Kedah meletus agak mengecewakan, kecuali beberapa kolumnis seperti Ahmad Lutfi Othman yang ada menulis mengenainya. Tiada sebarang liputan dan berita dikeluarkan sebelum dan pada Malam Mahabbah, sekalipun yang turun di Kedah adalah pimpinan PAS Pusat. Dan GB pun menulis (petikan):

GB meminta pihak petugas akhbar rasmi PAS, Harakahdaily supaya mempertingkatkan efficiency dan effectiveness agar laporan mengenai isu-isu yang membabitkan parti cepat dilaporkan di dalam akhbar online PAS tersebut.

Ini adalah untuk mengelakkan rakyat bergantung dan termakan dengan berita-berita dan laporan-laporan dari akhbar media massa arus perdana yang sentiasa kelihatan memaparkan isu Kedah secara negatif.

Jika rakyat cenderung untuk melihat isu Kedah secara senget, kesalahannya juga disumbangkan oleh kesalahan organ PAS seperti harakahdaily yang gagal menyajikan berita yang benar, tepat dan cepat kepada masyarakat umum.

GB hairan mengapa harakahdaily begitu pasif dengan isu Kedah sejak dari awal lagi dengan membiarkan lambakan laporan sonsang arus media perdana tidak berjawab.


Ayat terakhir itu: membiarkan lambakan laporan sonsang arus media perdana tidak berjawab - apakah di atas alasan kerana Harakahdaily berprinsip meraikan perbezaan pendapat?

Hanya bermula hari semalam, barulah harakahdaily memuatkan beberapa laporan mengenai isu Kedah.

Berita yang ditunggu-tunggu akhirnya tersiar Exco: Phahrolrazi, Ismail akur keputusan PAS Pusat sekalipun lewat dari sebuah akhbar tabloid yang lain yang menjadi tumpuan rakyat untuk mendapatkan berita yang lebih neutral di dalam isu Kedah ini.

GB kehairanan kerana sebelum itu dimaklumkan kedua-dua exco yang terlibat akan membuat press conference pada sebelah petang selepas keputusan diumumkan oleh Setiausaha Agong. GB tertanya-tanya, PAS sudah tidak ada disiplinkah sehingga sesiapa pun boleh bertindak membuat press conference, tanpa merujuk kepada kepimpinan tertinggi parti? Itu sebab mengapa GB menulis: PAS Pusat Patut Halang Phahrolrazi Adakan Sidang Media.

Press Conference tetap berjalan juga. Ramai yang menhubungi GB menanyakan perkembangan terkini. GB katakan itu hal mereka sekalipun GB sebelum ini menyatakan di dalam konteks berjemaah, setelah merujuk beberapa kitab dan guru, adalah tidak patut malah haram untuk mengadakan press conference sendiri-sendiri setelah PAS Pusat membuat satu-satu keputusannya.

Keputusan PAS Pusat sepatutnya dipatuhi, diterima dan semua perlu akur dengannya. Dan sebarang keputusan samada terima atau tidak hendaklah disalurkan terus kepada J/K Misi Mahabbah, bukan dengan memanggil press conference. Hormatilah kepimpinan. Itu bagi orang yang tahu memelihara adab di dalam jemaah, tidak biadab.

Entahlah, masing-masing dah jadi cacamarba kini.

Kini harakahdaily menyiarkan mengenai Perspektif pemimpin PAS dalam perbedaan pendapat.

GB tak tahu apa tujuannya. Tajuknya seperti cuba membuat justifikasi mengapa harakahdaily tidak membuat liputan mengenai isu Kesah dan seolah-olah seperti hendak "mengajar" pihak tertentu khususnya MB Kedah. Tetapi mujur kesemua pendapat orang kuat-kuat PAS yang ditonjolkan memberikan pandangan yang selari dengan pandangan GB sebelum ini: (petikan hujjah Mohd Sabu) ... PAS sebagai jamaah Islam, apabila sesuatu keputusan dicapai, semua ahli dan pimpinan harus mengikut keputusan tersebut walaupun hati kita kadang-kala tidak bersetuju dengan keputusan tersebut.

Dan semuga isu Kedah ini ditutup rapi. Tiada press conference lagi selepas ini. Bak kata seorang jurukomen di dalam komentarnya: Kita bersyukur ada hikmah PRU13 tidak dipanggil pada bulan Mac ini. Jika tidak punahlah Kedah dari PAS angkara kemelut yang melanda.

Petikan ulasan GB sebelum ini:

Dan kita berharap isu Kedah selesai, bukan sekadar untuk menghadapi pilihanraya tetapi keputusan untuk jangkapendek dan jangkapanjang demi kemantapan jemaah PAS seluruhnya khususnya PAS Kedah.

Kita tidak mahu dianggap membuat keputusan "seperti menyapu sampah ke bawah karpet", iaiatu keputusan jangkapendek yang hanya bertujuan menghadapi piliahnraya, tetapi satu keputusan tegas dan muktamad yang perlu diterima oleh semua pihak dengan hati terbuka dan tawadhu jika mereka masih menganggap diri mereka sebagai ahli jemaah.


Sewaktu pulang tengah malam tadi dari majlis Perasmian Mesyuarat Agong PAS Berkelompok anjuran PAS Kawasan, banyak perkara bermain-main di kepala ini terlingkar di dalam khauf dan rajo'...

Ohh... indahnya jika pelangi itu ada!

Ia adalah hadiah untuk seorang sahabat... Salehuddin Ayub namanya yang menyebabkan airmata GB turut sama berderai menyambut kejayaannya di dalam menempuh ujian berat selepas diangkat menjadi Naib Presiden 1 PAS.

Takbir!
Allahu Akbar!

10 ulasan:

andsou berkata...

YB Salahuddin layak diangkat menjadi Presiden PAS di masa hadapan.. personally, saya agak kecewa dengan prestasi Timbalan Presiden.. bukankah sepatutnya sebagai orang Pulau Pinang yang lebih memahami Kedah, beliau lah yang sepatutnya ditugaskan untuk mendamaikan mereka?

Awanama berkata...

alhamdulillah, syukur kpd Allah.. semoga Allah sentiasa bersama dgn org2 yg memperjuangkn islam.
buangkn segala buruk sangka, teruskn perjuangan..

Awanama berkata...

Alhamdullillah....
Buang yang keroh dan ambil yang jernih.
Diharap pemimpin2 atasan tolong lah berikan tumpuan pada PRU-13 ini. tariklah seberapa banyak penyokong. Buatlah lawatan kekampung2, jumpalah penduduk2 sekurang2nya bertanya khabar.

Musuh politik sekarang ni dok sibok MEMANCING UNDI rakyat, pemimpin2 kita pulak sibok nak BERCAKARAN.

Dah terbalik kalau jadi macam ni.

Sepatutnya pemimpin2 yang ada lebih sibok MEMANCING UNDI rakyat. Jangan dok rasa selesa dgn yang ada. Rakyat memerhati. Kalau baru sepenggal memerintah, KELAKU rupa beruk dapat pisang, alamat bungkus la lepas ni.

Pergilah ke kampung2 jumpa rakyat. Jangan tunggu nak umum PRU baru nak tunjuk muka kat orang kampung. Dah berjumpa kah pemimpin2 kita ni setiap rakyat di kawasan masing2???? Kalau ada rakyat yang tertinggal, maka kau orang gagal menjadi seorang pemimpin.

Awanama berkata...

Allahu Akbar!

Sebal berkata...

alhamdulilah semua seattle, cuma comment mamat andsou pasal timbalam presiden..gue rasa, lu tak tau hal sebenar d kedah lebih baik diam..jangan comment pasal watak pimpinan lain..and kena NP salahuddin d pilih..

Putra IJ80 berkata...

Stelah krisis KEDAH di anggap selesai.,

Orang UMNO yg.kehabisan modal,

Telah membangkitkan soal kehadiran Pemimpin pusat konon menaiki Kereta Mewah.,

Mereka mempersoalkan mengapa pemimpin PAS tidak datang dgn BAS.

Begitu lah manusia yg.telah di tutup mata hati nya.,tidak dapat melihat antara keperluan dgn penipuan bila pinjaman di beri utk menternak lembu mereka yg.terlibat membeli kereta mewah bernilai tiga kali ganda dari kereta pemimpin PAS yg d maksudkan.

Bukan itu sja.pihak yg.mendapat pinjaman membeli kondo,hartanah,guna kredit kad utk tujuan peribadi.

Smua berlaku di hadapan atau dlm pengahtahuan Pemimpin dan pencacai UMNO.,tapi mereka kaku bisu bila kes ini di bentangkan.

Sedih kita melihat ada manusia mcm UMNO dlm dunia nie.

Mari kita humban mereka UMNO-BN pada PRU nie.,pls.

Awanama berkata...

Alhamdullilah, Ya Saudara Mat Sabu sekarang berada di luar negara. Isu ini tidak berbangkit. Ini bagi menjawab tuduhan andsou said 10:50 am.

Peria Katak.

Ruzis berkata...

Salam. Ini juga pengajaran untuk GB. Sebab dalam isu kemelut Kedah ini saya dapat merasakan GB tidak berusaha untuk memperoleh maklumat sahih dari pihak yang berkrisis.

Ulasan GB seolah-olah menggambarkan kem yang cuba membetulkan haluan perjalanan kerajaan negeri sebagai pihak yang cuba merosakkan perpaduan parti.

Inilah pentingnya maklumat yang kredible dan cuba bersikap berkecuali.

Maaf, agak keras sedikit nadanya.

Wassalam.

ir kampung berkata...

Ruzis menulis

"Ulasan GB seolah-olah menggambarkan kem yang cuba membetulkan haluan perjalanan kerajaan negeri sebagai pihak yang cuba merosakkan perpaduan parti."

memang dah merosakkan perpaduan parti pun sebab semasa krisis tengah hot, sms berbalas-balas di kalangan grup penyokong dan penentang di Kedah ini. malah salam pun tak berjawab.

Awak apa tahu?

Aku org PAS berkata...

Besa la adik beradik pun bergaduh tambah pulak jamaah yg besaq cm PAS ni..cuma stuju pendapat la ni pemimpin PAS suka2 ati ja buat press conference tanpa pikirkan perasaan majoriti penyokong PAS yg terluka ngn kenyataan mereka. AKu sendiri x setuju ngn MB Kedah tentang beberapa perkara terutama AUKU tp aku puji cara Ustaz Azizan hadapi kemelut ni. tenang n x ikut perasaan n yg pnting bercakap sekadar perlu shj untuk elakkan lai byk kekeliruan..ingatlah ari ni kita bergaduh tentang kuasa tapi takut nanti lps PRU kuasa yg kita gaduh tu terlepas kt org lain sapa pun x blh..penyokong yg tak dpt sekupang apa pun ni juga yg menitiskan air mata.