27 Dis 2012

Polis Perlu Tangkap Ketua Pemuda Umno Jempol!

Jempol: Timbalan Pengarah Konvoi Oren ‘Selamatkan Felda’ Negeri Sembilan, Karip Mohd Salleh hari ini mendesak polis Jempol menahan segera Ketua Pemuda Umno Jempol, Mohd Nizam Aman (gambar) kerana didakwa menjadi punca kekecohan Konvoi Oren di Felda Bukit Rokan Utara pada hari Ahad lalu.

Kekecohan itu mengakibatkan dua peserta cedera dan cermin sebuah kenderaan pacuan empat roda dipecahkan oleh sekumpulan lelaki yang dipercayai penyokong Umno-Barisan Nasional.

“Dalam laporan Sinar Harian edisi Negeri Sembilan semalam, Mohd Nizam secara terbuka mengaku mereka (Pemuda Umno Jempol) sejak awal lagi merancang mengadakan sekatan jalan di lebih 30 tanah rancangan Felda sebaik sahaja mengetahui kehadiran Konvoi Oren.

“Seperti mana dakwaan saya semalam maka ‘sudah terang lagi bersuluh’; Umno khususnya Mohd Nizam dan Umno Jempol lah yang merupakan punca keganasan berlaku ketika Konvoi Oren di Felda Bukit Rokan Utara.

“Maka saya mendesak pihak polis menahan segera Mohd Nizam dan orang suruhannya yang terlibat dalam mengadakan sekatan jalan ketika Konvoi Oren berlangsung.

“Dia (Mohd Nizam) sendiri dah mengaku, maka pihak polis harus mengambil tindakan segera dan tegas. Jika tindakan tegas tidak diambil, dikhuatiri selepas ini sesiapa sahaja termasuk parti politik atau organisasi lain akan turut mengambil tindakan sendiri dengan mengadakan sekatan jalan.

Rakaman seorang pemuda BN berjalan sambil memegang batu di tangannya.
“Tindakan ini seperti mencabar kuasa pihak polis. Maka polis harus bertindak tegas agar ia menjadi amaran kepada mana-mana pihak yang mengambil kuasa ditangan sendiri ,” kata Karip.

Mohd Nizam cakap belit-belit

Ketika ditanya FMT berhubung dakwaan Mohd Nizam di dalam akhbar yang sama bahawa insiden kekecohan yang berlaku di Felda Bukit Rokan Utara pada hari Ahad lalu sebenarnya berpunca daripada tindakan provokasi peserta Konvoi Oren; Karip berkata: “Kenyataan Mohd Nizam memang berbelit-belit. Mereka buat sekatan jalan bukan di jalan persendirian atau jalan di dalam tanah rancangan Felda tetapi di jalan awam.

“Sekatan jalan itu sendiri satu provokasi kerana menghalang pengguna jalanraya termasuk peserta Konvoi Oren ke Felda Jelai, Gemencheh atau Pasir Besar,
” katanya.

Manakala, Naib Ketua PKR Jempol, T Kumar yang juga merupakan seorang peguam mengesahkan kepada FMT bahawa adalah menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 339 Kanun Keseksaan jika seseorang menghalang atau menyekat pergerakan individu lain.

Yang beria-ia membantah Umno bukan peneroka Felda

Karip yang juga merupakan Ketua Cabang PKR Jempol, dalam nada sinis mengucapkan terima kasih kepada Mohd Nizam dengan pengakuan tersebut secara langsung terbukti bahawa pihak yang beria-ia membantah kehadiran Konvoi Oren ialah Umno dan bukan peneroka Felda terbabit.

“Kenyataan terbuka Mohd Nizam ini dengan jelas membuktikan Umno yang beria-ia membantah Konvoi Oren dan bukannya peneroka Felda.

“Patutlah di setiap lokasi sekatan jalan ramai sangat pemuda dan remaja berbanding mereka yang berumur (peneroka).


“Saya harus berterima kasih kepada Mohd Nizam kerana kenyataan beliau menghantar mesej kepada umum bahawa sebenarnya Umno yang membuat sekatan jalan dan tidak benarkan kami masuk ke tanah rancangan Felda, bukannya peneroka Felda.

“Kenyataan saya semalam dalam FMT selari dengan kenyataan Mohd Nizam di dalam Sinar Harian.

“Saya harap mereka yang berada di luar Felda dan peneroka Felda yang tidak tahu cerita sebenar, kini tahu siapa sebenarnya yang menimbulkan huru hara di Felda Bukit Rokan Utara Ahad lepas,” jelas Karip.

Ulasan GB

GB sudah desak sebelum ini. Petikan:

Fasal yang mana di dalam Undang-undang yang mereka gunakan boleh menghalang orang lain untuk memasuki mana-mana kawasan di dalam negara ini? Undang-undang ciptaan dan rekaan sendiri lantaran takut dengan konvoi berkenaan? Kemudian setelah ada pengakuan sejelas itu, apa pula tindakan polis selanjutnya terhadap mereka yang mencabul undang-undang ni? Bukankah sepatutnya mereka ditangkap dan ditahan kerana mencabuli perlembagaan dan undang-undang negara?


Laporan sebelum ini
klik untuk baca



4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

keadaanpolitik msia msa kini sama dengn cerita waayang bollywood, bilaa deekat pilihan raya, banyak lah polis di beli sehingga pegawai polis memihak kepada wikil raayat yaaaang memerintah wlupu ia sorang pembunuh,perompak dan segal mcam kejhatn. polis lihat shaj. jjika ada yang jujur hendah mengunakan undn swdia ada maka bercakap lah DSP. kmu xtaahu dia berkuasa?

Tanpa Nama berkata...

Pemuda UMNO tak pulak buat sekatan halang pekerja tanpa izin masuk Malaysia.

Tapi buat sekatan rakyat Malaysia utk masuk dlm kawasan Malaysia.

Sejak bila pemuda UMNO ada hak utk buat sekatan ini ?

Bila pulak dapat kuasa drpd Polis.

Tanpa Nama berkata...

Menang aje PR pd PRU13 nanti... Suruh aje polis tangkap petualang2 dari UMNO tu dan dakwa mamat2 tu d mahkamah... Lepas tu sumbat mamat2 tu dlm jel 5 tahun... LepasPRU14 baru lepaskan mamat2 UMNO tu... AMACAM???

Tanpa Nama berkata...

Alaa... Sama juga macam kat KL. Penguasa DBKL hanya berani kat penjaja Melayu berlesen di Titiwangsa! Tapi takut kat penjaja Indon tanpa lesen di Chow Kit! Cuba tuan-puan pegi kat Chow Kit, ada pernah nampak penguat kuasa kat situ? Tempat tu kotor dan tak berapa teratur, tapi tak ada apa-apa tindakan, seolah-olah Chow Kit bukan sebahagian KL.