8 Dis 2012

"Kami Mahu Jenain Datang Bersemuka Dengan ibu" - Kakak Aminulrasyid


Shah Alam: “Kami mahu Jenain datang bersemuka dengan ibu dan cerita mengapa dia tergamak buat begitu,” luah Aisyah Amzah iaitu kakak kepada Aminulrasyid, 15, yang ditembak mati pada kejadian dua tahun lalu.

Aisyah yang turut hadir bersama ibu, Norsiah Mohammad dan kakak sulungnya Norazura Amzah sayu mengenangkan kejadian malang itu lebih-lebih lagi apabila mahkamah Tinggi Shah Alam pada Selasa lalu membebaskan Koperal Jenain Subi daripada hukuman penjara lima tahun berhubung kes menembak mati Aminulrasyid.

Menurut Aisyah mereka sekeluarga sudah memaafkan Jenain dan redha dengan kejadian yang menimpa adiknya.

Namun Aisyah menggesa agar Jenain bersemuka dan menemui ibunya untuk memohon maaf ke atas kejadian tersebut.

Bagaimanapun, Norsiah yang ternyata sebak menceritakan kejadian dua tahun lalu itu berkata, sehingga kini Jenain tidak pernah menemuinya untuk membuat sebarang permohonan maaf.

Malah beliau nyata terkilan kerana kematian anaknya tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya.

“Saya minta siasatan dibuka semula kerana keputusan yang dikeluarkan mengejutkan kami sekeluarga. Seolah-olah anak saya bersalah 100 peratus. Kesalahan hanya tiada lesen memandu tapi meninggal kerana tembakan.

“Jenain juga tidak pernah datang kepada makcik untuk memohon maaf sehingga kini. Yang makcik tahu permohonan maaf itu dibuat melalui media sahaja.

“Jika penghakiman kata dapat pengurangan kita boleh terima. Tapi tertuduh dilepaskan,” katanya dengan nada terkilan sewaktu sidang media bersama Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad semalam.

Jenain yang bertugas di Unit Kereta Peronda, Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, didakwa menyebabkan kematian Aminulrasyid antara 1.10 pagi dan 2 pagi, 26 April 2010 di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11 di sini.

Pertuduhan mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga 30 tahun dan boleh dikenakan denda.

Pertengahan September lalu, Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman penjara lima tahun selepas mendapati Jenain bersalah menyebabkan kematian Aminulrasyid.

Aminulrasyid disahkan meninggal dunia akibat luka tembakan di kepala.

15 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sekiranya Jenain dimaafkan oleh keluarga mangsa, Jenain tetap perlu membayar diyat (300 unta?)

Tanpa Nama berkata...

Kalau anak Menteri
(anak Perdana Menteri lagilah)
atau anak Wakil Rakyat
BN/UMNO kena lebih 20 tembakan,
macam adik Amirulrashid
walaupun anak mereka bersalah,
beranikah Tuan Hakim
membebaskan Jenain?
Bak kata Adnan Yaakob,
potong telinga dia takkan berani...
Kalau begitu, dimanakah keadilan?

wak parjoe berkata...

Sebagai ibu bapa pastikan kita tahu di manakah anak kita berada, dengan siapa dan apakah yang dilakukannya !

Tanpa Nama berkata...

Ini semua gerombolan syaitan yang jadi kerajaan di Malaysia macammana dari atasan pembunuh yang bawahan pun pembunuh.

Sniper berkata...

tula bila manusia dah rasa pandai dr ALLAH... kalau pakai undang2 ALLAH dikatanya ketinggalan zaman...dah x relavan...sepas bunuh orang blh selamba je... lepas berzina pun selamba je...
yg ilmu agama penuh didada lak pastu keja di jabatan2 ugama kononya... menyorok kat dlm surau/masjid...abis2 ckp...errr,kita xde kuasa...bukan dlm bidang kuasa kita...harrk thuiiieee!!!

Tanpa Nama berkata...


Inilah yang ditunggu-tunggu oleh puak-puak dan pecacai UMPORNO. "Kami telah memafkan mereka"...

Maka,
Bermaharajalela-lah mereka dari dahulu, kini dan mungkin selamanya. Untuk menghentikanya maka PRU-13, ABU.
ABU
Asal Bukan Umno

Tanpa Nama berkata...

Setuju dengan Wak Parjoe. Bagaimana kanak-kanak berusia 15 tahun boleh memandu kereta sedangkan had umur yang dibenarkan ialah 17 tahun dan ke atas. Timbul persoalan dimanakah orang dewasa yang sepatutnya mengawasi kanak-kanak tersebut. Salah si Jenain jugak kah?

Sniper berkata...

Iye..anon 10:47 & wak parjoe..betul mak bpk mmg salah jgk..itu xleh disangkal & ramai lg ibubapa yg camni skg,dan blh diperbetulkan kalau umat islam ikut cara hidup yg islam syariatkan, tp ni dah bab lain,,,,kes bunuh yg x sepatutnyn!!

Tanpa Nama berkata...

wak parjoe/anon 10:47....anda berdua ada masalah iman

Andre Irwan berkata...

Kepada anon 10:47 & wak parjoe,
Betul kata hang berdua. Memang salah ibu bapa tidak mengawal anak-anak depa? Soalan wa ialah kenapa harus melepaskan 21 tembakan pada kereta yang dipandu oleh pemandu yang tidak berlesen? Siapa pulak hendak disalahkan?
Ibubapa amirul boleh dikenakan saman trafik saja atas kesalahan anaknya? Bagaimana dengan kesalahan membunuh dilakukan oleh Jenain ni? Siapa pula patut disalahkan? Adakah POLIS diberi waran seperti JAMES BOND ~ Licence to KILL.
Kenapa harus 21 das tembakan? Kalaulah guru merotan anak murid sampai 21 kali? Sudah pasti guru dicekik oleh bapa budak tu. Sebat sekali pun dah kena saman. Cara depa tembak tu memang nak pemandu tu bukan takat mati tapi MAMPUS. HARAMJADAH SUNGGUH MANUSIA SEBEGINI.

Tanpa Nama berkata...

Inilah jadi apabila UMNO masuk campur dalam hal urusan polis. Mesti ditumbangkan kalau tidak organisasi polis akan rosak di tangan UMNO kerana amalan Rasuah.

Tanpa Nama berkata...

Wak parjoe...saya x tido dgn anak saya..saya bukan gay...mana saya tau dia buat apa 24 jam...saya pun ada bnyk keje nak buat...kadang tu terlepas jugak...soalnya nape anak saya kena tembak 12 das...besok Kalau ank Wak parjoe kena belasah smpi mati oleh 12 abg senior sebab balik asrama panjat pagar jam 3 pg boleh la org persoalkn nape panjat pagar...nape balik jam 3 pg nape langgar peraturan n undang2 asrama....pokok n soal nya Di sini kenapa 12 abg senior belasah smpi mati...bukn undur belakang pertikai ibu bapa...

Tanpa Nama berkata...

kena kat anak atau saudara mara sendiri baru die tau erti penyesalan. tak dinafikan budak tu mmg salah sbb lari dari polis, tapi tindakan menembak org yang tidak bersenjata adalah ibarat membunuh tanpa sebab tu yang dipersoalkan. kalau macam tu seronok la jadi polis. asala orang lari jer tembak. mesti ramai mat rempit bergelempanagan atas jalan. terutama anak2 polis tu sendiri.

Tanpa Nama berkata...

Jenain, ko jumpa lah mak bapak budak tu. Mohon maaf dan taubat nasuha. Bende dah berlaku nak buat cam mana lagi.

Jgn lah ego sangat nak pertahankan kesalahan awak tu..


Tanpa Nama berkata...

sebagai ibubapa, kiter sepatutnya memastikan anak-anak berada dirumah paling lewat 11@12 malam. bukannyer diluar rumah dan terdedah kepada pelbagai perkara buruk....contohnyer merempit, lumba kereta haram, merokok, seks bebas, arak dsb. di akhirat nanti kiter akan ditanya tentang tanggungjawab kiter semasa di dunia.. Kepada En. Jenain, anda memang melebihi had dalam melaksanakan tugas, saya yakin hidup anda tidak akan tenang atas perbuatan anda itu. jadi, dekatkanlah diri dengan Allah demi Arwah Adik Aminulrasyid yang mungkin boleh anda panggil anak...