Kartunis politik, Zulkiflee Anwar Haque atau dikenali sebagai Zunar berkata, beliau bersama Kumpulan Kartunis Independen (KKI) akan terus berjuang menentang kerajaan Umno BN melalui kartun.
Menyifatkan ia sebagai tanggungjawab sosial kartunis, kata Zunar, beliau ingin menggunakan bakatnya untuk menyumbang kepada rakyat dan negara.
“Kartun saya bukan sekadar untuk gelak, tetapi untuk ‘gelak guling-guling’. Maknanya lepas kita ketawa, kita gulingkan kerajaan Umno BN,” katanya disambut sorakan 150 hadirin di majlis pelancaran buku terbaru beliau di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor malam tadi.
Pelancaran itu disempurnakan oleh Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said.
Buku ‘Hikayat Pak Monggol dan Scorpene’ itu mengandungi 32 muka surat hasil kerjasama Suara Rakyat Malaysia (Suaram).
Skripnya ditulis Suaram berdasarkan kes pembelian kapal selam Scorpene yang kini dibicarakan di Mahkamah Perancis dan kisah pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaaribuu.
Ia bertujuan memberi pemahaman kepada orang ramai berkenaan kes tersebut.
Menurut Zunar, perjuangan melalui kartun antara cara paling berkesan dalam menentang kezaliman Umno BN.
“Kalau kita berdemonstrasi, mereka akan tangkap kita dan sekat jalan. Kalau kita bawa usul di Parlimen, Speaker Dewan Rakyat akan tolak.
Tapi kalau kita ketawakan Umno BN, mereka boleh buat apa? “Takkanlah nak gubal Akta Ketawa Negara?” sinis Zunar.
Program yang bermula kira-kira jam lapan malam itu dimulai dengan tayangan video taklimat peguam Scorpene, Apoline Cagnat di Hotel Changi, Singapura Selasa lalu.
Sebelum ucapan Zunar, Pengarah Eksekutif Suaram, Cynthia Gabriel menyampaikan kata-kata aluan.
Turut menarik perhatian, persembahan ala boneka oleh KKI.
Antara tokoh yang hadir adalah bekas Timbalan Presiden KEADILAN, Dr Syed Husin Ali, Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA, Syed Ibrahim Syed Noh, Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Kelang, Saari Sungib dan karyawan Pyanhabib.
‘Hikayat Pak Monggol dan Scorpene’ dijual dengan harga RM5 dan seluruh hasil jualan akan disumbangkan kepada Suaram.
Tempahan awal boleh dibuat di sini. -KD
3 ulasan:
Hati ini masih tertanya-tanya kenapa pencacais masih tak percaya kisah Mat Monggol dengan Altantuya ni...
Dah terang lagi bersuluh...
Ha ha ha...smpi cmni skali najib jd bahan..tp empunya diri wat bongok je,ckp berkobar2 kt pwtc tp belakng penuh taik..cermin la muka wahai pak menteri bn muka tong taik korng ni,mcm2 kes..skng mane mau cuci muka,tunggu la pru nti tau nasib lu..
Alhamdullillah, Zunar ini kreatif orangnya. Jikalau di Amerika, Zunar boleh mampu bukan syarikat kartoon buat filem macam Simpson etc yang mampu menonjolkan bakatnya serta bangsa Melayu, rakyat Malaysia ke serata dunia pandang tinggi dan bukannya suatu negara perasuah.
Yang gila kentut, akan selalu kentut dan bau kentutnya sendiri...sehingga menonjol sifat burok dan perangai pengkentut itu sendiri, dengar khabaq dalam jutaan ramainya.
Catat Ulasan