5 Nov 2012

Soi Lek Hanya Tentang Hudud PAS Tapi Terima Hudud Sebenar?


Setelah hina Islam, Presiden MCA hina orang Islam pula

Melalui akhbarnya, Mingguan Malaysia, Umno hari ini (semalam) tampil sebagai pembela Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dengan liputannya yang bertajuk 'Kami hanya tentang hudud versi PAS'.

Sebelum ini, musuh Islam itu cerca dan hina Islam dengan kenyataan-kenyataannya mengenai hudud.

Kali ini, dia hina umat Islam pula apabila cuba membodoh-bodohkan kita kononnya parti kurang ajarnya hanya menentang hudud versi PAS.

Di bawah berita FMT "MCA hanya tentang hudud PAS, kata Chua", saya tulis:

Kalau tak suka hudud PAS, maknanya boleh terima hudud Umno la? Siapa yg tulis kat Twitter "The Johor Umno Adun must have run out of ideas and out of his mind to propose hudud in Johor for all. MCA will definitely object to it"?


Adakah Adun Kemelah dari Umno, Datuk Ayub Rahmat mencadangkan hudud PAS sehingga Chua menuduhnya hilang akal? (Lihat Malaysiakini 2/7/12 "Cadang hudud: ADUN Umno 'hilang akal', kata MCA")


Syaitan MCA itu menghina kita seolah-olah kita tak tahu baca dan tak ada otak untuk mengingati apa yang dia kata.

Ketika perhimpunan agung MCA baru-baru ini, syaitan itu yang mendakwa lapan daripada 11 negara yang melaksanakan hudud dianggap sebagai antara negara paling korup, tidak stabil dan tidak selamat (lihat Malaysiakini 23/10/12 "'Mana maruah Najib bila Soi Lek serang Islam?'") Adakah negara-negara itu melaksanakan hudud PAS? Celaka sungguh syaitan itu!

MCA tolak hudud PAS sahaja?

Bukankah Chua sendiri yang menyatakan MCA sanggup berpisah dengan Umno jika parti itu mahu melaksanakan hudud? Adakah Umno mahu melaksanakan hudud PAS? (Lihat Malaysiakini 23/9/11 "Hudud: MCA, Gerakan sanggup tinggalkan Umno")


Jelaslah dakwaan terbaru si kutuk itu kononnya dia dan MCA yang dikepalainya hanya menentang hudud PAS adalah tindakan menghina umat Islam seolah-olah kita tak tahu baca dan tak ada otak untuk mengingati apa yang dia kata.

Lebih jahat lagi, untuk menipu umat Islam, Umno memanjangkan penghinaan syaitan itu ke atas umat Islam dengan liputan prominent di muka depan Mingguan Malaysia hari ini kononnya musuh Islam itu hanya menentang hudud versi PAS.

Jangan lupa, Hata Wahari pernah menceritakan kepada kita bahawa agenda mingguan akhbar Utusan Malaysia ditetapkan oleh Biro Politik Umno yang dipimpin oleh Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak (lihat Malaysiakini 12/5/11 "Hata: Editor Utusan wajar dikenakan ISA"). -penarikbeca

Hudud PAS: Soi Lek sudah rasa tertekan

KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyifatkan kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, dalam sebuah akhbar mingguan hari ini kerana sudah merasai tertekan dengan kemarahan umat Islam.

Mengambil tempoh waktu tertentu akhirnya Presiden MCA membuat kenyataan baru untuk mengelak daripada dirinya terus dikecam.

“Dia sebenarnya rasa tertekan…tersinggung dengan kritikan umat Islam sendiri sebelum ini berhubung tindakannya mempertikaikan hukum hudud dan sebagainya.

“Dia kata dia tidak hina Islam, tetapi pertikaikan hukum hudud PAS, mana boleh jadi begitu sedangkan hukum hudud itu sendiri adalah Islam,” ujarnya.

Sambungnya, sebagai contoh andainya ada orang menentang hanya satu dari yang terkandung dalam undang-undang Malaysia, ertinya orang terbabit telah menentang negara ini.

Pada masa yang sama Menteri Besar Kelantan itu juga berkata, Soi Lek seharusnya mempersoalkan ‘mana hukum hudud Umno’ dan bukannya memperosalkan hudud yang diperjuangkan PAS.

Katanya, sekiranya tiada hukuman itu yang dibentangkan oleh Umno, sudah bererti apa yang diusahakan PAS adalah ajaran Islam.

Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily, ketika ditemui di pejabatnya tengah hari tadi bagi mengulas kenyataan Soi Lek yang mendakwa beliau tidak menghina Islam, cuma persoal hudud PAS.
-HD


Ulasan GB

Kata-kata Soi Lek bahawa "MCA hanya tentang hudud PAS" membawa pengertian bahawa yang beliau tentang hanyalah hudud versi PAS, jadi beliau terima hudud lain selain hudud PAS tetapi terima hudud Islam?

Hukum kebenaran dan keadilan telah memerangkap beliau melalui perkataannya sendiri!

Sedangkan sebelum ini Chua Soi Lek telah pergi jauh, bukan sahaja mengkrtitik hudud yang diperkenalkan oleh PAS, tetapi telah mengkritik Islam dan negara Islam dengan menyatakan negara Islam yang mengamalkan hudud antara yang paling korup di dunia, sekalipun tiada statistik atau bukti yang diketengahkan bagi menyokong dakwaannya itu.

Berita di bawah ini membuktikannya:


Sejak bila negara-negara Islam yang beliau maksudkan itu mengamalkan hudud PAS?

Dan hakikat yang nyata negara yang mengamalkan hudud adalah yang mempunyai kadar jenayah yang paling rendah terutama kes rogol. Bab ini yang Chua Soi Lek tidak suka agaknya kerana beliau pemimpin BN yang pernah mengakui terlibat di dalam video porno!



11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Untuk pengetahuan Tua Toi Let, hukum hudud dalam Islam hanya satu. Tak ada hudud UMNO atau hudud PAS.

Tanpa Nama berkata...


Saya tidak persoal cina perintah Malaysia tetapi persoalkan Cina MCA yang lidah bercabang lagi jahil soal budaya dan agama anutan rakyatnya serta pemimpin yang terlibat dalam aksi kepornoan itu.

Kepimpinan cara MCA itu menjadikan rakyat binasa dan hilang maruah.
OK ke kenyataan aku nih wahai Chua SL.

Tanpa Nama berkata...

Bengong.... kalau x paham belajar dulu, ni main sedap mulut saja!

Yang boleh menilai, pilihlah yang terbaik, jangan salah akidah!

Tanpa Nama berkata...

alahai nak bermain kata kata janganlah ramai lagi yang masih boleh berfikir dengan izin ALLAH dapat membezakan yang sokong dan yang tentang hukum Islam.memang dikenali puak yang suka pertikai Islam.

Gen-Y berkata...

Fu**hul Bari pun sendiri kata CSL tak mau hudud PAS. tapi ada ka hudud pas. Ko Fu**hul kena cerita hudud A~Z dkt CSL tu.. bkn me'menang'kan kenyataannya.

Tanpa Nama berkata...

OK kita suruh UMNO keluarkan Hudud Islam yang sebenarnya.Kalau UMNO tak ada ulamak yang boleh keluarkan,kita minta Majlis Raja-Raja(Sultan-Sultan adalah Ketua Agama)tubuhkan satu Majlis Hudud Negara untuk keluarkan Hudud Islam berlandaskan Al Quran dan Hadith.Nak tengok sama ada Hudud itu sama atau tidak dengan Hudud PAS.

Tanpa Nama berkata...

mana ada hudud PAS atau hudud UMNO, yang ada video lucah Presiden MCA

Tanpa Nama berkata...

Ini dah lebihh dah niee cina nieee... org diam10x ingat org takut pd dia? suruh dia tlg jgn buat hal lg?? nanti masok kubur nanti???

Tanpa Nama berkata...

Chua Soi Lek ini telah menghina Islam dan Melayu terang terangan. Namun masih senyap sepi tiada tindakan atau ulasan nasihat dari Menteri Agama, mahupun Perdana Menteri. Juga tiada apa apa berita dari pejabat Istana Negara. MasyaAllah, apa nak jadi di Tanah Melayu kita ini....

Tanpa Nama berkata...

Siapa kawan baik csl?jawapnya umno..sbb tu la dia jadi mcm tu..klu da bkawan dgn syaitan dikenali tu..xkan la dia nak sokong hukum allah..skg ni dia da cuak la tu..tunggu je la saat pembalasan dari allah..waktu tu ko tau la langit ni tinggi atau rendah..laut dalam atau cetek..waktu tu mana mau lari lagi..??

Osama berkata...

MCA Memang Cari Angkara!
Chua Soi Sex.. lu memang cari angkara..Nak mampos dh tu...
Usah terperangkap dgn modes operandi operasi lalang ni..
Jgn terjebak dgn emosi hnga kita brtindak diluar batas kemanusian..
Namun lawan tetap kita lawan..
Hingga Putrajaya dpt ditawan..