5 Nov 2012

Negeri Sembilan Bakal Jatuh Ke Tangan Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat (PR) yakin bahawa Negeri Sembilan bakal ditadbir oleh perikatan itu ekoran "kebangkitan rakyat", yang diperlihatkan pada program Himpunan Kebangkitan Rakyat di Seremban, semalam.

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata, PR mempunyai keyakinan akan menawan Negeri Sembilan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) berdasarkan sokongan ditunjukkan rakyat dengan menghadiri majlis semalam walaupun dalam keadaan hujan.

Menurutnya, pada tahun 2008 PR tidak memiliki kekuatan seperti sekarang.

PR dianggotai Pas, PKR dan DAP.

Kini ia mentadbir Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor.

Bagaimanapun apabila semua parti bekerjasama dalam setiap program yang dianjurkan PR, katanya, ia menunjukkan pembangkang semakin kuat.

"Kita yakin PR akan menang untuk tawan Negeri Sembilan pada kali ini.

"Kita kata sebegitu kerana rakyat turun menunjukkan sokongan kepada semua program yang kita buat termasuk Himpunan Kebangkitan Rakyat, semalam.

"Walaupun cuaca tidak menentu dan hujan tapi sambutan masih menggalakkan, dan semua ahli parti di kawasan itu juga bekerjasama untuk menjayakannya, kami semakin kuat daripada tahun 2008," kata beliau kepada Sinar Harian Online hari ini.

Kelmarin, PR telah mengadakan Himpunan Kebangkitan Rakyat di Negeri Sembilan dan menampilkan barisan pemimpin PR, artis-artis dan aktivis-aktivis.

Mengulas lanjut, Mohamad Sabu berkata, PR akan terus mengadakan Himpunan Kebangkitan Rakyat - yang paling besar Januari depan.

Berdasarkan maklumat sebelum ini, PR menganjurkan perhimpunan semalam untuk menyegarkan semula tuntutan ke arah pilihan raya yang bebas dan adil. -SH



3 ulasan:

Awanama berkata...

Alhamdullillah!

Eloklah N9 balik ke pangkal jalan. Tiada guna hidup hanya mengejar harta tak sebanyak mana. Bila mati, roh diseksa seksa di dalam kubur.

Kalau dijual N9 pun tidak tentu melebihi harta sedekah Bill & Melinda Gates nun.

Balik lah ke pangkal jalan sebelum dikain kapankan ke kubur.

Awanama berkata...

Kepada pengundi n9..buang yang keruh..ambil yang jernih..

Osama berkata...

Memang gempaq....Ng 9 bakal ditawan oleh PR!
UBN jgn risau.... Ladang NFC di Gemas tu boleh jdi tmpt korang jadikan Negeri 10! Ng 10 tu khusus utk spesis Umat Melayu Naif Otak Be End!