24 Nov 2012

SAT1M - "Sapu Tanah 1 Malaysia" Sebagai Penghargaan Kepada ADUN Sri Serdang

Cadangan Adun Seri Muda, Shuhaimi Shafiei untuk menggunakan istilah “Sapu Tanah 1 Malaysia” (SaT1M) bagi merujuk kepada skandal pemilikan tanah di Selangor oleh Kerajaan Umno-BN dipersetujui Adun Sekinchan, Ng Suee Lim.

Istilah itu dianggap relevan, kata Shuhaimi kerana ia berkait rapat dengan penglibatan Ketua Pembangkang Dewan Negeri Selangor (DNS), Datuk Mohd Satim Diman dalam isu pembelian tanah dengan harga murah.

“Saya mencadangkan perkataan sapu tanah itu diganti dengan istilah lebih sesuai kerana cara pengambilan tanah oleh Umno-BN. Sebagai penghargaan kepada Sri Serdang, kita tukar kepada Sat1M bagi menggambarkan kepakaran Sri Serdang pernah menjual tanah November 2011,” katanya.

Shuhaimi sebelum ini pernah mendedahkan tiga kes salah guna kuasa oleh Satim, iaitu pemberian tanah Kerajaan kepada Umno Kota Raja pada 2007 dan cubaan Ketua Umno Puchong Datuk Satim Diman untuk menjual tanah rizab Melayu kepada syarikat bukan Bumiputera.

Satim juga didakwa menggunakan pengaruhnya di dalam pentadbiran Umno-BN yang lama bagi menjual tanah anak syarikat Kerajaan Negeri kepada sebuah syarikat swasta di mana beliau mempunyai kepentingan.

Dalam pada itu, Suee Lim mendedahkan 23 lot tanah di tujuh daerah seluruh Selangor dari 1999 hingga 2008 yang diperoleh ketika era pentadbiran Umno-BN dianggarkan bernilai tidak kurang daripada RM300 juta.

Beliau turut mempersoalkan bagaimana tanah berkeluasan 33.5 ekar itu hanya dikenakan bayaran premium serendah RM1 untuk satu kaki persegi.

“Ramai rakyat mempersoalkan bagaimana pengurusan tanah 24 lot tanah yang komersial itu boleh diluluskan kepada Umno, MCA, MIC dan Gerakan? Setelah diteliti, harga kesemua tanah itu tidak kurang daripada RM300 juta.

“Bagaimana premium itu boleh dikurangkan sehingga harga begini? Siapa yang duduk dalam jawatankuasa tanah pada ketika itu? Inilah perangai Umno-BN yang kononnya ingin membela hak rakyat, sentiasa memalukan dulu, kini dan selamanya,” katanya.

Sementara itu, ketika menjawab pertanyaan daripada Suee Lim berhubung pemilikan tanah, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Kerajaan Negeri menggunakan sistem terbuka (sistem digital) tanpa perlu merujuk kepada pejabat daerah.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri bercadang untuk meneliti semua pemilikan tanah bagi memastikan ia dilakukan secara tertib tanpa wujudnya penyalahgunaan kuasa oleh mana-mana pihak.

“Sekiranya pembelian tanah itu tidak digunakan seperti yang dicadangkan, maka Kerajaan Negeru berhak untuk mengambil semula tanah itu. Kita perlu meneliti dokumen pemberian dan jika wujud salah guna kuasa, maka kita boleh ambil tindakan undang-undang,” katanya.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Harga tanah yang diambil UMNO perlu dinilai semula harganya mengikut tahun semasa (diambil). Cukai tanah juga perlu diselaraskan. Dan jika tidak dibayar maka tanah-tanah tersebut perlu dirampas.

Tanpa Nama berkata...

Kerajaan Pakatan Rakyat perlu mendedahkan kepada rakyat setiap inci tanah yang diambil oleh puak2 UMNO dan BN yang dibeli pada kadar RM1 sekaki persegi yang katanya untuk tujuan pembinaan balairaya, padang permainan dan kegunaan rakyat.Ambil gambar keadaan tanah tersebut samada betul untuk rakyat atau telah ditukar untuk dikomersialkan oleh puak2 ini untuk mengaut keuntungan persendirian. Perkara ini harus diwar-warkan kepada rakyat agar rakyat akan menghukum mereka pada PRU13 nanti. Ini adalah isu besar yang boleh dimainkan untuk menarik undi PR.

GEBU berkata...

Semua tanah yang diambil oleh UMNO/BN sewajibnya dirampas semula sekiranya tidak digunakan untuk kepentingan rakyat.
Sekiranya nilai tanah tersebut dinilai semula dan premium dibayar mengikut nilai semasa pengambilannya bermakna kita menggalakan penyalahan guna kuasa oleh mangkuk ayun UMNO/BN ni.
Tidak ada kompromi untuk kepentingan rakyat. Heret mereka berkenaan kemuka pengadilan agar ianya menjadi iktibar untuk pemimpin2 yang akan datang.

Tanpa Nama berkata...

Dinegeri lain juga ada SaT1M.....

Tanpa Nama berkata...

Satim Satim, buat malu bangsa Jawa bangsa Melayu aje.

Buat habis beras aje, bazir duit rakyat siang malam macam bela tikus!