Pehimpunan 1 Juta Orang Pakatan Rakyat 24 Januari
akatan Rakyat akan mengadakan pehimpunan besar-besaran membabitkan kira-kira 1 juta orang membabitkan orang politik dan NGO di ibu negara 14 Januari tahun depan.
Perkara ini dinyatakan oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu semasa berucap di muktamar parti di Kota Baru hari ini.
Perhimpunan itu kerana menuntut Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengadakan pilihanraya yang adil dan bersih.
“Perhimpunan di peringkat negeri juga diadakan.Pada 1 Disember di Johor; Melaka (8 Disember); Pahang (9 Disember); Terengganu (14 Disember); Perak (16 Disember) dan Sabah (24 Disember).
“Manakala negeri-negeri lain belum ditetapkan lagi,” kata beliau.
Bagaimanapun, tempat perhimpunan belum ditetap tetapi membayangkan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Stadium Nasional atau di tengah-tengahnya.
Mohamad menjelaskan pada mulanya, Pakatan Rakyat mahu mengadakan konvensyen tetapi NGO mahu membetulkan kerajaan yang ada dengan mengadakan perhimpunan.
“Saya yakin jika perhimpunan itu disertai sejuta orang, kita akan menawan Putrajaya,” katanya lagi.
Beliau menambah, keputusan mengadakan perhimpunan mega dibuat dalam mesyuarat pimpinan Pakatan Rakyat baru-baru ini.
Katanya, beliau sekali lagi dipilih untuk mengetuai perhimpunan tersebut. -FMT
GB bersetuju dengan perhimpunan 1 juta orang untuk menuntut Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengadakan pilihanraya yang adil dan bersih dan tidak bersetuju dengan keputusan yang diakatakan hampir sebulat suara, perwakilan di Muktamar Dewan Pemuda PAS di Kota Bharu yang menolak usul untuk mengadakan protes BERSIH 4.0 sebelum pilihan raya umum akan datang.
Nampaknya Pemuda PAS tak tahu yang mana lebih aula.
Sebabnya: apa ertinya PRU jika pilihanraya itu masih kotor dan tidak adil?
Justeru itu sepatutnya kita hendaklah pastikan semua jenayah penipuan SPR itu ditangani segera sebelum PRU dipanggil. Jika tidak hasrat dan harapan kita ke Putrajaya hanya mimpi kosong yang tak berjejak di bumi nyata.
Seorang teman membisik kepada GB: Pemuda kita masih begitu sifatnya... nafsunya besar .. putrajaya nak ditawan, tapi sayang ilmu dan akalnya masih kurang!
akatan Rakyat akan mengadakan pehimpunan besar-besaran membabitkan kira-kira 1 juta orang membabitkan orang politik dan NGO di ibu negara 14 Januari tahun depan.
Perkara ini dinyatakan oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu semasa berucap di muktamar parti di Kota Baru hari ini.
Perhimpunan itu kerana menuntut Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengadakan pilihanraya yang adil dan bersih.
“Perhimpunan di peringkat negeri juga diadakan.Pada 1 Disember di Johor; Melaka (8 Disember); Pahang (9 Disember); Terengganu (14 Disember); Perak (16 Disember) dan Sabah (24 Disember).
“Manakala negeri-negeri lain belum ditetapkan lagi,” kata beliau.
Bagaimanapun, tempat perhimpunan belum ditetap tetapi membayangkan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Stadium Nasional atau di tengah-tengahnya.
Mohamad menjelaskan pada mulanya, Pakatan Rakyat mahu mengadakan konvensyen tetapi NGO mahu membetulkan kerajaan yang ada dengan mengadakan perhimpunan.
“Saya yakin jika perhimpunan itu disertai sejuta orang, kita akan menawan Putrajaya,” katanya lagi.
Beliau menambah, keputusan mengadakan perhimpunan mega dibuat dalam mesyuarat pimpinan Pakatan Rakyat baru-baru ini.
Katanya, beliau sekali lagi dipilih untuk mengetuai perhimpunan tersebut. -FMT
Pemuda PAS tolak protes BERSIH 4.0 sebelum PRUUlasan GB
Dalam keputusan hampir sebulat suara, perwakilan di Muktamar Dewan Pemuda PAS di Kota Bharu hari ini menolak usul untuk mengadakan protes BERSIH 4.0 sebelum pilihan raya umum akan datang.
Perwakilan yang berucap menolak usul tersebut berhujah bahawa sumber parti perlu disalurkan ke arah menghadapi pilihan raya umum tidak lama lagi, dan bukannya menganjurkan satu protes mega.
Ketika membahaskannya, Ketua Pemuda PAS Kawasan Alor Setar, Mohd Azam Awang berkata, Umno Umno telah turun ke kampung-kampung di luar bandar dan mengedarkan habuan.
Oleh itu, katanya, jika protes tersebut diteruskan, rakyat akan bertanggapan bahawa mereka hanya tahu turun ke jalanan.
Menurut Mohd Azam, tidak ada banyak masa yang tinggal untuk menghadapi pilihan raya umum dan lagi pula pihaknya juga akan menganjurkan Himpunan Kebangkitan Rakyat di setiap negeri.
"Marilah kita beri tumpuan untuk menawan Putrajaya," tegasnya.
Sebelum itu, Ketua Pemuda PAS Pekan, Fadhil Mohd Noor menggesa para perwakilan supaya menyokong cadangan mengadakan protes tersebut.
"Setiap kali kita adakan perhimpunan, ia melengahkan keputusan Perdana Menteri untuk mengadakan pilihan raya umum.
"Tetapi ia bukan niat kita untuk menakutkan sesiapa tetapi untuk meneruskan perjuangan kita untuk pilihan raya umum yang bersih," katanya.
Bagaimanapun, wakil PAS Pengerang, Sheikh Umar Ali, yang turut menolak usul tersebut berkata ia kerana Pakatan Rakyat juga akan menganjurkan kemuncak Himpunan Kebangkitan Rakyat di Kuala Lumpur pada 13 Januari tahun depan.
Ia adalah salah satu daripada empat usul yang telah dibahaskan dalam Muktamar sayap hari ini.
Tiga usul lagi ialah mengenai serangan berterusan Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek terhadap undang-undang hudud, Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dan penyusunan semula lidah rasmi parti itu, Harakah.
Mengenai MCA, para perwakilan menyokong usul bahawa serangan MCA dan Chua itu telah menghina Islam dan menuntut beliau memohon maaf. -mk
GB bersetuju dengan perhimpunan 1 juta orang untuk menuntut Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengadakan pilihanraya yang adil dan bersih dan tidak bersetuju dengan keputusan yang diakatakan hampir sebulat suara, perwakilan di Muktamar Dewan Pemuda PAS di Kota Bharu yang menolak usul untuk mengadakan protes BERSIH 4.0 sebelum pilihan raya umum akan datang.
Nampaknya Pemuda PAS tak tahu yang mana lebih aula.
Sebabnya: apa ertinya PRU jika pilihanraya itu masih kotor dan tidak adil?
Justeru itu sepatutnya kita hendaklah pastikan semua jenayah penipuan SPR itu ditangani segera sebelum PRU dipanggil. Jika tidak hasrat dan harapan kita ke Putrajaya hanya mimpi kosong yang tak berjejak di bumi nyata.
Seorang teman membisik kepada GB: Pemuda kita masih begitu sifatnya... nafsunya besar .. putrajaya nak ditawan, tapi sayang ilmu dan akalnya masih kurang!
22 ulasan:
kepimpinan pemuda PAS patut lebih maju kehadapan, tapi macam mengundur kebelakang
Mat Sabu pernah kena ISA masuk gear 12345, tapi pemuda PAS masuk reverse masa turun bukit????
Pemuda PAS masih dangkal berpolitik tak macam TGNA makin tua, makin berisi.....
Wakil Pemuda Pas Kedah hanya jadi Yes man, mana berani tegur Azizan untuk lebih maju kehadapan
Salam.. Pada pandangan saya, saya lebih menyokong apa yg telah disyorkan oleh pimpinan Pakatan Rakyat untuk mengadakan protes Bersih 4.0.. Soal untuk masuk ke kampung dan untuk menangkis serangan daripada pihak lawan hendaklah dibincang dan diaturkan oleh pihak jawatankuasa Pas negeri dan kawasan.. Mereka tidak perlu menunggu dan hanya bertindak apabila mendapat arahan daripada pihak pimpinan pusat. Oleh itu, seeloknya mereka bergerak atas inisetif mereka sendiri di dalam memastikan kemenangan parti di kawasan yg ditandingi dan seterusnya dapat menyumbang kerusi kepada pihak Pakatan di dalam misi menawan Putrajaya.. Bagi saya pemuda mmg penggerak kepada kekuatan parti. Namun, adat kita dalam berparti.. Hendaklah senada dengan pimpinan atasan. Perbezaan hendaklah diketepikan di dalam menghadapi pilihan raya yg bakal diadakan tidak lama lg. Faham sentimen rakyat itu penting. Jgnlah kita hanya mendengar dan berbincang dalam kalangan kita sahaja.
Jangan ikut stail UMNO berpoliti yang ketinggalan zaman, contohi pemuda PKR atau pemuda PAS zaman Mat Sabu dan Mahfuz
Syabas Bang Mat,
Kita perlu mengadakan lagi bersih 4.0 selagi daftar pemilih tidak di endahkan. Tetapi kita perlu ubah cara approch dan tindakan kita kali ini. Maksud saya kita ubah style perhimpunan kali ini. Setidak-tidaknya kita berhimpun di depan pejabat SPR.
Waallah'alam.
Sykadeer.
Apa komen PAS tentang Karpal, GB.Boleh terangkan dengan jelas.Mcmana PR nak jalankan Hudud d M'sia kalau DAP tolak hudud.Atau M'sia ttp menjadi negara sekular walaupn PR berkuasa.
memang pelik otak pemuda pas, dah tau akan ditipu idup2 dlm tiap pru termasuklah pru13, makin lama makin hebat tipudaya, org myanmar, indon, bangla berapa banyak dah dpt ic utk undi beend, pengundi hantu warga tempatan pun banyak, undi pos, dan macama2lah tipu main dgn samseng ameno yg tak takut tuhan.
umpama peninju yg nak masuk gelanggang, dah tau pihak lawan nak guna tektik kotor (cth pasang besi kat penumbuk), hang dok tebiang pi sua tengkuk buat apa??? bodoh.
pemimpin pas, jadilah dinamik dan smart macam pkr dlm bab2 strategi nak lawan musuh, jgnlah syok sendiri saja, dok dlm dunia sendiri. commonlah THINK OUTSIDE THE BOX!
saya setuju bab nak p/raya jgn bazirkan sumber ke arah lain sebaliknya disalurkan ke arah menghadapi pilihan raya umum.
tapi apa guna tumpu pada p/raya sedangkan musuh dpt tipu idup2 saja cara kotor. kita nak dpt 1 undi pun berhempas pulas sesak nafas, sedangkan amno dpt mengadakan beratus dan beribu pengundi yg dibayar utk pangkah beend dlm sekelip mata tanpa susah payah. susah semestinyalah pengundi mereka ini pengundi haram.
mungkin himpunan bersih tak berkesan, jadi pas dan pakatan kenalah fikir cara mana yg berkesan, mau tak mau kena hadapi sebab ini adalah kunci kpd menang atau kalah. kesianlah pada rakyat yg inginkan perubahan dan petugas yg berhempas pulas bekerja utk memenangkan parti, berkorban apa saja, sedang pemimpin tak dinamik langsung! mungkin kena libatkan pihak antarabangsa, ameno cukup segan kalau dgn org luar, cepat2 dilayan, kalau rakyat sendiri amneo buat macam yahudi layan palestin.
Pemuda kelihatan lebihbtua dari usia sebenar. Dah tak boleh panggil PEMUDA lagi. Kena panggil PETUA.
Maaf cakap, Ketua Pemuda PAS hari ni dari segi politik mmg tak brp cerdik sgt,
Selagi 8 tuntutan Bersih tidak dilaksanakan, usahlah sesekali utk bermimpi di siang hari utk menakluki Putrajaya...
PR menang sokongan tp akan kalah dgn manipulasi sistem...akhirnya PR akan menang sorak jea, tapi kampungnya akan tergadai...hahahaha...
Wahai saudara2 ku sekiblat & seperjuangan!
Rapatkan saf! Soal pendirian pemuda PAS tu kita dh tk perlu ungkit2 ketika ini. Perbedzaan pendapat & pandangan tu perkara biasa!
Utk nk perbetulkn mereka tu kita guna muzakarah serta saluran yg betul. Kita serah pd pucuk kepimpinan parti! Tak perlu kita nk hentam secar terbuka, ala2 puak UMNO pulak dah! Jika perlu ditukar Ketua Pemuda tu tunggu lah habis pengal jwatany. Tak perlu kecoh2!
Beberapa resolusi telah disepakati! Mka sekarang ini masa utk kita bersatu mengembleng tenaga mrealisasikan antara misi & visi parti!
Aku setuju ejen2 parti utk masuk ke kampung2 menerangkn pd org2 kg dasar2 & kebaikan2 PAS & PR bgi memperkukohkn perisai PAS PR dlm menangkis serangan UMNO Be End! Disamping tu kita kena menyerang utk melemahkn cengkaman minda otg2 kg yg kekurangan maklumat dgn tjua mnjatuhkn musuh politik PAS PR dgn mendedahkn sberapa bnyak kemungkaran & kejelekan kerajaan sekarang UBN.
Pekara bgini hendaklah dibincang & diaturkan oleh pihak jawatankuasa Pas PR negeri2 & kawasan..
Yg PASti, wajibkn diri kita bersama2 mnjdi ejen parti utk turun kemedan tempur bertemu sesiapa sja utk kita suapi mereka maklumat yg tepat agr mengundI PAS PR nti.
Masa sudh smakin suntok sekarang...
Ayuh...luruskan saf & teruskan perjuangan! Usah bertelagah! Bersama kita nyahkan Umat Melayu Naif Otak nya koloni Be End!
Sokong GB..Pemuda imu politik dan akal masih kurang, yg lepas2 pun tindakannya tidak menunjukkan kematangan standard Pemuda, mungkin x layak d gelar barisan Pemuda tapi barisan Remaja.. .
Rupanya ada pemimpin yang tidak mampu melihat 'duri dan ranjau' yang akan dihadapi untuk mengatur strategi yang memastikan kemenangan.
Sokong adskn Bersih 4..
Diulang sekali lagi buat tatapan pimpinan PR khususnya,
Jika daftar pemilih tidak dibersihkan, PR akan menang sorak tetapi kampungnya tergadai...
Ada faham kaaa...
Orang muda dalam Pas sokong, pemimpin Pemuda Pas menolak, hanya perlu ganti pemimpin pemuda macam ganti Timbalan
Selama ni kepimpinan PAS Pusat yang bertungkus lumus, kepimpinan Pemuda hanya melukut di tepi gantang
Jawapan mudah untuk pemuda PAS itu ialah BANGANG. Tidak cerdik mengaplikasikan ilmu dengan strategi dan muslihat. Lurus macam bendul.
Mereka tidak layak menggantikan pemimpin senior. Bahkan molek dipertimbangkan orang lain untuk memimpin pemuda PAS.
Jangan terpengaruh dengan tempik ucap dan gegaran ayat Quran dan Hadis serta sirah sahaja untuk mengamanahkan kepimpinan. CERDIK itu sifat Nabi yang patut ada sebahagiannya kepada individu yang nak diangkat sebagai ketua.
Rialiti untuk meletakkan seseorang biar sesuai dengan upayanya tidak semudah diucap. Bukan populariti.
Kecerdikan pemuda PAS agak kurang berbanding pemuda UMNO. Mereka hanya kelihatan lebih sebab 'pandai' baca ayat dan hadis dalam cakap dan syarah.
Cakap dan memimpin jauh beza, umpama langit dengan bumi. Nasihat untuk pemuda PAS. Keluar segera daripada garis kebangangan dan kebingingan apabila mendepani sesuatu perkara.
Bangang boleh belajar. Cerdik anugerah Allah Taala. Carilah yang cerdik. Kecerdikan adalah ciri WAJIB ada pada seseorang pemimpin.
Assalamualaikum Saudara Pemuda Pas Kedah,
Nampak sangat saudara tidak matang berfikir.....maaf ya. Lebih baik saudara berdiam diri dari bercakap kalau pemikiran saudara masih ditahap rebong.
Tak guna kita berBERSIH 1,2,3 dan seterusnya kalau 8 tuntutan BERSIH masih dipenuhi sebelum menjelangnya PRU13.
Macam mana saudara boleh jadi kepimpinan Pemuda PAS kalau tahap pemikiran saudara macam UMNO? Elok saudara cermin dan muasabah diri.
As-salam. Nasrudin Hassan Tantawi adalah ketua dewan pemuda PAS yang boleh diharap. baru2 nie dia selamba jer mengisytiharkan harta beliau. staf gomen pun takut2 nak isytihar harta tetiap tahun.
Anak cina makan pengat sendiri mau ingat.
F.A.I NGO umbo pun nak buat perhimpunan bersih 4, dimana objektif untuk membantah bersih 1,2,3..
Catat Ulasan