Gaza – Kematian seorang bayi berusia 11 bulan yang juga anak kepada jurukamera BBC akibat serangan Israel, telah mencetuskan simpati orang ramai selepas gambar Jihad Misharawi memangku anaknya sambil menangis tersebar di internet.
Beribu-ribu mesej simpati telah diterima Jihad dalam internet, termasuk kecaman ke atas BBC yang hanya membuat laporan yang minimum terhadap pembunuhan berkenaan.
“Apabila BBC sendiri tidak mempedulikan nasib anak kepada jurukameranya, apa lagi harapan untuk Palestin” demikian tulis satu blogger intifada dalam internet yang melihat BBC langsung tidak menghiraukan kematian tersebut.
Selain itu, media portal Al-Bawaba turut menghentam keras BBC kerana melaporkan Israel melakukan serangan itu bagi mensasarkan pengganas di Gaza.
“BBC gagal melaporkan bahawa bayi berusia 11 bulan itu juga merupakan antara kanak-kanak yang maut dalam serangan berkenaan,’’ kata media tersebut.
Sejurus menerima kecaman bertali arus itu, BBC telah membuat penerangan bahawa pada mulanya berita kematian bayi berkenaan tersebar dalam badan penyiaran berkenaan sahaja.
Malah editor BBC World, Jon Williams telah menghantar memo mengenai kematian bayi tersebut kepada semua rakan sekerjanya.
“Kami bersama dengan Jihad dan seluruh pasukan di Gaza.
Ia merupakan satu detik yang amat menyedihkan dan sukar bagi seluruh pasukan di Gaza.
Kami bernasib baik kerana mempunyai pasukan yang berani di sama. Ia merupakan satu peringatan kepada cabaran yang terpaksa dialami oleh rakan sekerja di sana.
Satu artikel dalam laman web BBC juga turut menyiarkan video Jihad bersama anaknya dengan keterangan `Apa yang anak saya lakukan hingga menerima nasib sebegini rupa’.
Bayi tersebut, Omar, maut selepas bedilan ganas Israel telah terkena rumahnya.
Omar merupakan antara 16 penduduk di Gaza yang meninggal dunia, dua hari lalu akibat kekejaman Israel itu.
Sejak Rabu juga, zionis terus membedil penduduk di Gaza dengan alasan memburu pejuang Hamas selepas berjaya membunuh komander Hamas, Ahmed Jaabari. – Mynewshub.my
5 ulasan:
Kita berdoa kepada Allah S.W.T agar Allah memberi perlindungan kepada penduduk Palestine dan para pejuangnya yang sedang berjihad. Itu sahaja yang dapat kita lakukan. Sekarang kita kena fokus macam mana nak tumbangkan kerajaan Yahudi bertopengkan UMNO yang sedang memerintah M'sia pada PRU akan datang.
Mana dia FSA yg kononnya nak menyelamatkan Syria....mai la tolong rakyat Palestin sekejap. Kita kt Msia bodoh2 dok sokong...mana dia Qatar....mana dia Turki. Tubuh la kerajaan Palestin supaya mudah diiktiraf.
Ina'lilla'wainna ilai hira jiun.
Semoga Allah laknat dan turunkan bala kepada Isreal. Mereka tunjuk gah pada Negara yang terlalu lemah, sudahlah di kenakan sekatan diplomatik,perdagangan, ubat-ubatan malah makanan juga depa sekat. Ibarat di tumbuk dengan tangan bergari. Mana negara Arab yang memperjuangkan Islam? Nasib saudara se Islam tidak di perdulikan. Benarlah Artikel yang di tuliskan oheh Hissamuddin Rais. "Petrol For Money" yang mengambarkan peranan Arab Saudi. Membela Amereka semata-mata kerana minyak.
Sykadeer.
Salam 1-1 Of 1, fokus yang macamana maksud tuan hamba? Badan dunia pun tak dapat nak mengatasi masalah ini dari tahun 40an lagi. Sudah bermacam-macam cara kita cuba lakukan, tapi hanya semangat "hangat-hangat tahi ayam" dulu kita boikot barang keluaran Isreal, kita hantar bantuan (Ubat-ubatan dan makanan) convoi ke Pelestine. Semuanya tak menjadi. OIC dan Liga-Liga Arab apa yang mereka buat? Dulu Ban Kim Mon (Ketua PBB) hanya berani angguk sahaja. Macam nie sajalah yang dapat kita buat. Apa lagi?? Kita harap Hamas dan tentera Hisbullah (Afgan) serta lain-lain militan dapat bergabung serta dapat membentuk tentera yang kuat serta dapat mengusir dan menawan semula penempatan Isreal. Wallahu'alam.
Sy Hasnan.
Dan kita tolong le selain doa, dgn masukkan sumbangan kat Aman Plastine ke atau NGO lain yg bole salurkan bantuan ke sana.
Catat Ulasan