Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak digesa berundur jika perdana menteri itu bebar-benar sudah menginsafi segala kelemahannya.
Menurut Bendahari Dewan Pemuda PAS Perak Fakhrulrazi Mokhtar, Najib tidak boleh menganggap kesilapannya adalah perkara biasa dan berasa cukup dengan hanya meminta maaf.
Sebaliknya katanya, permohonan maaf itu perlu disusuli dengan meletakkan jawatan dan memberikan peluang kepada mereka yang lebih baik untuk menerajui negara.
“Permohonan maaf tersebut menggambarkan pelbagai kezaliman yang telah Umno lakukan sebelum ini dan Najib melihat perkara ini sangat kecil dan mudah dimaafkan.
"Najib seharusnya berundur dan melepaskan jawatannya jika beliau benar-benar insaf akan perbuatannya seperti yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin di Negara lain," kata beliau kepada Harakahdaily.
Sementara itu, mengulas Perhimpunan Agong Umno (PAU) kali ini beliau berpendapat ianya seoalah-olah tiada arah tuju.
Menurutnya, pimpinan dan perwakilan Umno menggunakan perhimpunan kali ini lebih kepada medan untuk menghentam dan memfitnah Pakatan Rakyat.
Katanya, pimpinan Umno hanya sibuk menghentam Pakatan Rakyat dan tiada langsung usaha gerak kerja dan strategi yang dicadangkan serta dibincangkan untuk menghadapi PRU13.
“Semua perwakilan daripada pemuda, wanita dan pimpinan tertinggi hanya menghentam dan memfitnah sebaliknya tiada langsung idea, strategi, dan gerak kerja yang bernas dilontarkan daripada perwakilan,” katanya ketika ditemui Harakahdaily hari ini.
Menurutnya, perwakilan seharusnya menggunakan perhimpunan kali ini untuk memuhasabah diri dan mencari punca kenapa sokongan masyarakat kepada parti itu semakin berkurang.
Fakhrulrazi berkata, pemimpin Umno seolah-olah meragui akan kesetiaan ahli sendiri apabila terus menyarankan agar tidak mempercayai agenda Pakatan Rakyat.
“Mereka seolah-olah tidak yakin dengan sokongan ahli sendiri dan berusaha untuk memberi kepercayaan tinggi ahli kepada Umno,” kata beliau lagi.
Beliau yang juga Timbalan Pengarah Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia menjelaskan, suasana ini menggambarkan Umno semakin terdesak untuk meraih sokongan termasuk ahli sendiri.
8 ulasan:
BERUNDUR, BUBAR UMNO, MASUK PAS JADI AHLI BIASA YANG TIADA JAWATAN DAN KEPENTINGAN, BARU IKHLAS.....
ianya sekadar lakonan ali baba dan 40 pencuri saja. agak sukar anak bangsawan bertukar hidup menjadi seorang anak biasa, kecualilah beliau Hero Tamil....
yang lembap terima saja lakonan nya, yang berakal senyum saja kot.
semua yg hadir dh di brainwash..jgn sentuh hal parti dan pemimpin.. jadi mcm lembu dicucuk hidung le.. pastu nyanyi lagu BTN anak kecil main api. lagu tu sesuai zaman Madey jd Pm je...55 tahu bg peluang memerintah.. melayu merempat disana sini...itulah kebanggaan ameno..puuithhhh
Seorang pemimpin yang sedar akan kesalahannya akan letak jawatan dan berundur serta memberi peluang pada orang lain yang lebih berkemampuan. Mungkinkah ini berlaku di Malaysia? Dasar munafikun, berlakon aja. Pi mampos dengan anak haramjadah ni.
Berundur sajalah Najib. You telah sia - siakan undi kita pada PRU yang lalu. Orang undi kau untuk buat kerja bukan tabur fitnah dan busybody hal pemerintahan pembangkang. Since kerja you selama 3 tahun jadi PM hanya tabur fitnah dan busybody hal pemerintahan pembangkang i suggest you resign sahaja kerana terus terang i cakap you tak layak jadi PM M'sia dan ketua dimana - mana organisasi.
ni semua wayang pacak umno,,pi mampos la ngan umno...kalau umno menang pru13 ni..comform harga barang naik..gst naik...minyak naik...segala2nya naik..Kami nk undi PR..Kami nk undi PR...
Pemimpin yang berjiwa besar sudah pasti akan mengakui kesilapan dan seterusnya dengan rela hati meletakkan dengan penuh keinsafan. Insaf bahawa dirinya tidak layak untuk jadi pemimpin lagi.
UMNO-BN sudah tidak layak lagi dimaafkan oleh rakyat. Jom kita pastikan kerajaan durjana ini tumbang menyembah bumi pada PRU 13 nanti. Nantikan serangan rakyat terhadap anda, wahai "United Mazmumah National Organisation"-"Belaian Neraka"!
Catat Ulasan