19 Nov 2012

Mahathir Berlagak Bijak Daripada Tuhan Dalam Menentukan Keadilan


Hadi bidas Dr M isu 'hudud untuk semua'

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membidas mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu pelaksanaan hukum hudud meliputi orang bukan Islam.

Abdul Hadi mengulas pandangan Dr Mahathir yang mendakwa perbezaan hukuman terhadap orang Islam dan bukan Islam boleh dilihat ketidakadilan dan bertentangan dengan ajaran Islam.

"Ada beza antara adil untuk semua dan hak untuk semua.

"Ada hak orang bukan Islam, hak dia untuk mengizinkan apa yang ada dalam agama dia," katanya dalam sidang media selepas menyampaikan ucapan penangguhan di Muktamar PAS ke 58 di Kota Bharu.

Beliau yang juga ahli parlimen Marang memberi contoh hukum hudud yang berkait dengan arak.

"Orang minum arak kena hukum, itu hukum hudud. Tapi tak hukum orang bukan Islam, sebab ia dibenarkan dalam agama dia," katanya.

Beliau turut menempelak mantan presiden Umno itu supaya bercakap pasal perubatan. "Dia cakap pasal perubatan sajalah," katanya.

Dr Mahathir dilaporkan meminta PAS perjelas tafsirannya mengenai pelaksanaan hukum hudud.

Beliau dilaporkan berkata pelaksanaannya harus berlandaskan keadilan sepertimana yang terkandung dalam ajaran Islam.

Dr Mahathir juga dilaporkan berkata parti itu seharusnya melaksanakan hukum yang dapat diterima pakai oleh semua golongan termasuk bukan Islam sesuai dengan kedudukan negara ini yang mempunyai penduduk berbilang agama.

16 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

x payah layan org tua yg dh nyanyukkk..tgu masa Allah swt jemput je lg...pecacai2 tlg lah nasihat mamak tu sementara nyawa dikandung badan...

Tanpa Nama berkata...

benarlah kata TGNA....'mereka' telah murtad...

Tanpa Nama berkata...

suruh TDM tarbiyah anak nya dulu..

Tanpa Nama berkata...

ABU...ASAL BODOH UMNO.....dia sendiri dah cakap yang bodoh2 semua dok dalam umno...

Tanpa Nama berkata...

Kesal sungguh Malaysia mempunyai PM (bekas) yang sebegini jahil tentang agama.

baretta berkata...

Betul laa...buat apa nak layan orang tua tu...Anggap dah tak ada jer... Dia nak menyalak ke, nak melolong ke, pergi mampus dengan dia... PR jangan ambik pusing lagi dah apa yang dia cakap... Buang masa jer..

Tanpa Nama berkata...

Makin lama hidup, makin banyak buat dosa. Inilah salah satu kehancuran terhadap diri sendiri. Doa arwah Fadhil Nor dimakbulkan. Akibat terlalu banyak dosa menyebabkan hati beliau penuh dgn noda2.

Tanpa Nama berkata...

Madey, orang bijak yang paling BODOH dalam dunia...nama pun hukum Islam..hanya digunapakai untuk menghukum orang Islam yang melakukan kesalahan. Org bukan Islam x ada kena mengena. apalah benak sgt Madey ni??. mungkin dah 22 tahun makan duit haram kot nilah akibatnya.

Tanpa Nama berkata...

Syaitan yang dikenali.......jangan dijadikan panduan

Tanpa Nama berkata...

kena layan jugak mahazalim ni, sbb ada jugak org terpengaruh dgn cakap dia tu, terutama sekali org kubang pasu, dulu kini dan selamanya b#d#s...
(pru13 nnti hangpa tengok majoriti amno menang berapa di kbg pasu, dulu sgt besar angkanya). awatlah pas kedah tak buat sesuatu kat kubang ameno ni dgn kuasa memerintah negeri, heran aku.

kena layan maksudnya kena sanggah, macam TGHA kata tu ummp dah, kasi fire balik kat geng sebelah sana, dlm waktu kecederaan ni biar sesak nafas sikit selama ni zalim sgt dgn PR.

Tanpa Nama berkata...

MahaFiraoun bercakap besar angkuh takabbur, hidupnya hanya menongkat bumi...manusia sedemekian akan menerima hidup setanding Ariel Sharon nun. Kita tunggu dan lihat saja lah.

Itu sudah seksanya dibumi lagi, masih tidak taubat....Yammmm Seng!

Tanpa Nama berkata...

Semoga tun M boleh hidup 100 tahun lagi, untuk tambah dosa dan tidak bertaubat.....

Tanpa Nama berkata...

Tun M manusia yg dah terang2 murtad.. setelah sekian lama menghina islam hukum bunuh je..

Tanpa Nama berkata...

Ini orang tua ha! mengaku belajar tentang perubatan... mengaku doktor! mau dipanggil doktor! Tapi heran... tak pernah tulis buku... fasal kesihatan... tak pernah cakap fasal perubatan... tapi sibuk nak bercakap tentang Islam!

Tanpa Nama berkata...

Mahathir oh mahathir, adakah kau nak cuba takutkan orang bukan islam dengan hukum hudud? orang tua ini, kalau pemikiran you sudah expire atau out of date baik kau duduk diam - diam sahajalah sebab kau sudah nyayuk terus terang i cakap. Orang bukan Islam kebanyakkan sudah faham akan hukum hudud Islam kecuali orang dari MCA dan MIC saja. So you punya teknik 80an untuk takut orang bukan Islam sudah tidak berkesan lagi dan teknik ini sudahpun expire.

Tanpa Nama berkata...

Aku tertanya2 didikan agama yang mcm mana yang mahathir terima dari ibu ayah beliau smp blh ckp mcm ni??sekolah aliran mana yang mahathir belajar dulu2?universiti yang mahathir dpt gelaran dr?ustaz mana ulamak mana kitab mana yg jadi sumber rujukan beliau?aku ni blaja x pndai..didikan agama pun byk lagi jahil..tapi aku xde la bangang nak ckp mcm beliau ckp..ke aku ni lagi pandai dari mahathir?kompius aku...