19 Nov 2012

Ali Hamsa Berdusta Kata MB Selangor Arah Tukar YDP Selayang

Saya tidak keluarkan arahan, kata MB Selangor

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan bahawa beliau mengeluarkan arahan berhubung penamatan kontrak perkhidmatan Datuk Zainal Abidin A’ala sebagai Yang Dipertua (YDP) Majlis Perbandaran Selayang (MPS).

Beliau sebaliknya berkata cadangan dikemukakan adalah untuk memilih bakal Datuk Bandar dan Yang Dipertua di negeri ini mengikut kehendaknya dan tiada kaitan dengan penamatan tugas Zainal Abidin. “Saya hanya bercakap dengan pegawai perjawatan di Pejabat Setiausaha Kerajaan, bahawa kerajaan negeri ingin tentukan siapa yang akan jadi Datuk Bandar.

Saya minta mereka senaraikan nama-nama yang boleh dicadangkan untuk jadi Datuk Bandar.

“Saya sendiri tidak tahu sama ada cadangan saya itu diluluskan atau tidak sehinggalah pengumuman (penamatan tugas Zainal Abidin) di buat oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN) Datuk Seri Dr Ali Hamsa,” katanya kepada pemberita selepas sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini hari ini.

Ditanya pemberita sama ada beliau mengeluarkan surat penamatan berkenaan, Abdul Khalid menafikan perkara itu.

Malah beliau menjelaskan beberapa cadangan nama untuk pemilihan Datuk Bandar dan Yang Dipertua Negeri dilakukan sebelum timbulnya kontroversi pembinaan projek kondominium, Dolomite Park Avenue setinggi 29 tingkat di Batu Caves.

“Saya tidak pernah menulis surat kepada KSN supaya memberhentikan YDP. Sebagai Menteri Besar saya juga mesti melihat apa yang dipanggil ‘succession planning’ (rancangan penggantian) dapat dilakukan.

“Jika Datuk Bandar tinggal setahun (kerja) lepas itu pencen…saya tak nak tunggu hingga sehingga dia berpencen baru saya nak cari pengganti,” jelasnya.

Pada Jumaat lalu, Ali Hamsa berkata Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor melalui surat bertarikh 15 Okt lepas memaklumkan bahawa Abdul Khalid memutuskan untuk menggantikan Zainal Abidin dengan pegawai lain.

Pertukaran Zainal Abidin ke Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) sebelum ini menimbulkan beberapa kontroversi termasuk tuduhan yang mengatakan beliau ditukarkan dalam tempoh 24 jam atas kenyataannya berhubung pembinaan projek kondominium setinggi 29 tingkat itu.

Ali berkata kekeliruan itu timbul mungkin kerana pihak yang mengeluarkan kenyataan itu sebelum ini tidak dimaklumkan mengenai permohonan kerajaan negeri untuk menggantikan Zainal Abidin. -TMI

14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Aik KSN pandai main politik pulak?

Biasalah...KhorDhinGhell.

Buat kari kepala biawak not bad jugak, kalau dah berperangai macam satu.

Mana nak maju pentadbiran, buat habis beras aje...

Tanpa Nama berkata...

ni macammana? masa baca berita harian kemarin, aku agak dah, mesti mamak ni pemuhung, tapi masih ada rasa ingin tau sapa benar sapa yg belit.

kalau apa yg MB selanor kata tu benar, kena tegas, cerita bagi jelas apa kronologi sebenarnya yg berlaku, org yg mencari kebenaran sgt ingin tau, apa sebenarnya semua ni, sapa yg berkata benar. macamana pulak mamak ni boleh kata ada surat bertarikh sekian2. ke staf di suk dan ksu ni sengaja nak sabotaj MB dan kerajaan PR s'ngor?

Tanpa Nama berkata...

Bercelaru betul kenyataan KSN tu. Kita rakyat Malaysia hanya tunggu dan lihat sahaja.

Tanpa Nama berkata...

KSN jgn la nak auta...nak pusing2 pun jgn tunjuk sangat...anda tu KSN. kalau kakitangan bawahan xpelah..

Sabuli berkata...

Rosak... rosak... apa dah jadi malaysia ni... INGAT ini satu negara jangan main-main pihak luar sana memerhatikan kelemahan memerintah.Tak.. tak pasal RAKYAT jadi pelarian bila negara jadi kucar-kacir

Sabuli berkata...

Eh macam ada adegan dalam filem melayu siapa BESAR pulak, pentadbir negara ini ( yg negeri kecil ) lawan dengan yg negara besar/ yg negeri lagi tepat sbb beliau menteri BESAR.

Hj Din berkata...

Pada Jumaat lalu, Ali Hamsa berkata Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor melalui surat bertarikh 15 Okt lepas memaklumkan bahawa Abdul Khalid memutuskan untuk menggantikan Zainal Abidin dengan pegawai lain.
( Cuba tengok kenyataan nie.... rujuk la surat drp SUK; ayat yang SUK tulis bunyinya macam mana ? Atau tak ada bunyi langsung ? )

Tanpa Nama berkata...

Rosak negara jika pentadbiran dipolitikkan.

CEE YEE berkata...

Hati hati dgn JENAMA dan DNA Mamak Bengdahara tulah kerja dia org TUkang Kipas dan tukang AMPU sejak zaman Kesultanan Melaayu Melaka Lagi

Tanpa Nama berkata...

Tumbangkan BN PRU13 supaya pemerintahan lebih bebas dan adil...

Ngah Phg asal Melaka berkata...

keluarga sy dah pasti utk sokong menumbangkan umno/bee end PRU13 ni..dgn 6 jumlah undi2 kami...semuanya utk PR

Tanpa Nama berkata...

Ali Hamsa ni siapa? Satu kapal dengan Mahathir Kutty.Dia dilantik jadi KSN sebab boleh diharapkan pandai auta.Itu memang jadi salah satu kraiteria untuk jadi KSN,diharapkan boleh membantu UMNO.Begitu juga dengan lantikan Ketua Polis,Ketua Tentra,Pengarah SPR dan lain-lain.

XUMNO berkata...

Dei mamak! Baru dua tiga bulan dilantik jadi KSN dah beberapa kali auta.Janganlah sampai rakyat jadi menyampah dan meluat dengan perangai awak yang lebih umno dari umno.

Tanpa Nama berkata...

Pemilihan ali hamsa sebagai ksn bukan kerana beliau individu yg paling layak dan excellent tp sbb beliau sanggup menjadi barua bn/umno. Jadi jgn terperanjat la selepas ini akan ada banyak lagi komen2 dari beliau supaya kakitangan menyokong bn/umno