18 Nov 2012

Belum Pernah Nampak Jalan Menawan Putrajaya Secerah Ini


Belum pernah jalan perjuangan untuk menawan Putrajaya secerah sekarang, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memetik kata-kata Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

“Saya masih ingat perbincangan dengan Tok Guru Nik Aziz. Kata beliau, setelah begitu lama dalam perjuangan, belum pernah nampak jalan menawan Putrajaya secerah ini, Insya-Allah. Ini doa, mudah-mudahan berhasil.

“Maka, dengan itu saya ulang. Sama ada pilihan raya Disember ini atau awal tahun depan, insya-Allah kita tawan Putrajaya,” katanya disambut sorakan semangat.

Berucap depan kira-kira 40,000 orang pada Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu, Kelantan semalam, Anwar berkata, Pakatan mahu membawa negara ke arah lebih baik, bukan sekadar menggantikan Umno BN.

“Tapi orang tanya untuk apa? Sekadar ganti ketua menteri, perdana menteri, ganti parti memerintah? Untuk anjakan kepada sistem nilai, fahaman etika dan tatakelola kerajaan,” katanya.

Beliau kesal kerajaan pemimpin Umno BN tiada keberanian berhadapan ‘tauke-tauke’ besar menyebabkan kekayaan negara berlegar di kalangan individu tertentu sahaja.

Turut berucap ialah Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Pemimpin Kanan DAP, Lim Kit Siang dan Timbalan Presiden PAS merangkap Pengarah Program, Mohamad Sabu.

Ia ialah program kedua selepas siri Himpunan Kebangkitan Rakyat dilancarkan di Taman Seremban Jaya Negeri Sembilan 2 November lalu.

Program bermula jam 5 petang dengan acara Ekspresi Anak Muda yang diwarnai persembahan kebudayaan dan ucapan pimpinan muda Pakatan.

Konvoi motosikal dari NGO R untuk Royalti yang bergerak dari beberapa Dewan Undangan Negeri (DUN) tiba jam 4.15 petang.

Antara persembahan menarik perhatian hadirin di luar stadium ialah tarian Sewang dari orang Asal Kuala Betis dan gendang Siam dari penduduk Tumpat.

Artis, Abby Abadi pula penceritakan pengalamannya bersama PAS dan Pakatan Rakyat. Sham Kamikaze pula menunjukkan kemahiran memetik gitar dengan memainkan dua lagu.

Tiba senja, hadirin kian ramai dan mula memasuki stadium untuk solat Maghrib, solat Hajat dan Isyak berjemaah, sebelum mengambil tempat di tengah padang atau di tempat duduk stadium.

Acara malam dimulai ucapan wakil badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Himpunan Hijau, Bersih 2.0, R untuk Royalti dan Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak).

Ia diikuti pidato pimpinan tertinggi Pakatan dimulai Pemimpin Kanan DAP, Lim Kit Siang; Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Hadirin mengibar bendera kuning, hijau, oren dan merah pada satu-satu masa turut mewarnai lagi program malam tadi.

Tetamu dari Makah, Syeikh Dr Tahir al-Jaelani turut memberi ucapan dan diterjemah Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakub manakala wakil Syria meminta rakyat mendoakan pejuang di negera mereka. -KD

10 ulasan:

theEnd berkata...

sememangnya CERAH!!!

Tanpa Nama berkata...

Tahniah kerana mempunyai minat ke Putrajaya.....sama seperti PAS ke Kota Darul Naim di Kelantan dengan hanya melangkah masuk tampa kesusahan setelah dapat merebahkan UMNO.

Apa pun sebagai ketua bukan sesenang berada di kerusi empuk..banyak amanah dan tanggungjawab yang perlu direncanakan...

Dan kini langkah diatur ke Putrajaya...sama-sama kita nanti dan lihat ...apakah sesenang di Kelantan...semoga impian pelaksanaan hudud dapat di laksanakan bila berada sana...sebagaimana yang dijanjikan bukannya retorik..isyallah.

Tanpa Nama berkata...

Lebih cerah disuluh BULAN, dilihat dari ROKET angkasa dengan MATA terbuka

Tanpa Nama berkata...

Kerja kuat tumbangkan semua kerusi UMNO, insyaallah peluang memerintah negara lebih cerah.....

Tanpa Nama berkata...

Kalau semua pengundi Melayu dan Islam bersatu mengundi PAS peluang memerintah Malaysia lebih mudah

James Labi berkata...

Brown's (Gordon Brown) never been elected by anybody. I'm supposed to be in a country where I get the chance to elect someone and I'm around here at the most dangerous of times led by a man who's never been elected. You've gotta be elected. A political party that's in too long is like a piece of meat - if it's there too long it will go rotten and they've gone rotten and they've gotta go.

Michael Caine, pelakon Hollywood

Tanpa Nama berkata...

Alhamdullillah!

Kepimpinan PAS PKR DAP semuanya sudah konfiden dapat menawan Putrajaya, hanya tinggal penyokong2 dan pengundi2 agar sedar hanya dengan Pakatan Rakyat, negara kita ini dapat maju setanding Singapura dan Indonesia. Cukuplah mereka mereka yang gilakan rasuah memperkayakan anak bini cucu cicit hidup bagai Firauon, mentadbir negara ini.

MahaFiraoun juga menongkat bumi mennnuggu mentari terbit dari arah barat.

Tanpa Nama berkata...

Moga-moga menjadi realiti hendaknya.
Dato Seri, saya ingin mencadangkan kita buat banyak lagi mobile bergerak seperti Bas Dato Seri. Tidak semestinya kita gunmakan Bas, dengan Van pun dah memadai. Tak sampai 250 hari sahaja lagi pun.

Tanpa Nama berkata...

Moga Allah memberi kemenangan pada pihak yang memperjuangkan kebenaran..

Tanpa Nama berkata...

Lingkupkan BN/UMNO demi menyelamatkan khazanah negara.