18 Nov 2012

[VIDEO] 760 Bekas Tentera & Bekas Pengarah JAIM Sertai PAS


Seramai 760 bekas tentera sertai PAS

Kota Bharu: Seramai 760 ahli Seketariat Kebajikan Rangkaian Bekas Anggota Tentera Malaysia (KERABAT) menyerahkan borang keahlian PAS kepada Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Dalam program Himpunan Kebangkitan Rakyat yang berlangsung malam tadi, Kerabat yang diketuai oleh Leftenan Kolonel (B) Mohd Nazari Mokhtar, Sekretariat Kerabat mengisytihar kesediaan mereka untuk bersama-sama PAS.

Katanya, kesediaan itu kerana tertawan dengan konsep Negara Berkebajikan yang dibawa oleh PAS.

"290,000 pesara tentera di seluruh Malaysia, dan ramai di kalangan kita tidak dipeduli oleh kerajaan, kebajikan mereka terabai.

"Kami percaya PAS akan mengubah nasib mereka selepas ini, selepas PRU ke-13 nanti," katanya diikuti sorakan lebih 30,000 rakyat yang berhimpun di Stadium Sultan Muhamad ke IV malam tadi.

Dengan penubuhan cawangan baru di negeri ini, beliau percaya kebangkitan bekas tentera ini boleh mengejutkan Perkasa dan Perkida.

Malah Kerabat turut berjanji akan bangkit bersama-sama membela nasib vateran angkatan tentera yang dipinggirkan.

"Dulu wira, sekarang dianiaya oleh kerajaan Umno BN. Seru seluruh tentera sedarlah duit kita antara terbanyak dilaburkan untuk memenangkan pimpinan BN," tegasnya.

Bekas pengarah JAIS dan JAIM sertai PAS KOTA BHARU: Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Sultan Mohamad ke IV malam ini menyaksikan seorang lagi pegawai tinggi kerajaan menyertai PAS.

Bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) Datuk Mohd Nahwari Hashim, menyerahkan borang keahliannya kepada Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Penyerahan itu disaksikan lebih 30,000 hadirin yang hadir dalam himpunan itu malam ini.

Mohd Nahrawi juga sebelum ini pernah menyandang jawatan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Selain itu beliau juga pernah berkhidmat di Jabatan Perdana Menteri di bahagian perkhidmatan awam.

Beliau yang ditemui Harakahdaily berkata, kemasukannya ke dalam PAS didorong kesedaran kuat bahawa parti itu benar-benar ikhlas memperjuangkan Islam yang sebenar.

"Saya dah lama nak menyertai PAS, dan hari ini secara rasmi saya menyertainya.

"Saya minat agama, dan tak boleh lari dah. Orang minat kepada agama mesti memilih PAS," katanya.

Baginya, PAS satu-satunya parti yang mampu memartabatkan Islam di negara ini selepas banyak kerosakan dilakukan pemerintah sekarang.

Oleh kerana itu katanya, PAS menjadi pilihannya.

Menurutnya kemasukannya ke dalam PAS diharap mampu menyumbang sesuatu ke arah membina negara yang lebih baik
-HD.



3 ulasan:

Awanama berkata...

Segala puji bg Allah

Awanama berkata...

Katakan lah wahai pemimpin umno bahwa ini semua propaganda PAS..katakanlah wahai pemimpin umno bahwa ini semua berita bohong untuk menakutkan kamu pemimpin umno...

Awanama berkata...

Gelombang hijau (PAS) semakin mengancam UMNO/BN