Irfan: 'Saya amat kecewa'
“KEKALAHAN ini amat mengecewakan.
Itu keluhan jurulatih Selangor, Irfan Bakti selepas menyaksikan pasukan bimbingannya menamatkan kempen Piala Malaysia musim ini dengan tewas kepada Kelantan semalam.
Kelantan mengatasi Selangor dengan agregat 3-0.
Jelasnya, kekecewaan itu bertambah perit apabila kegagalan tersebut berlaku di Stadium Shah Alam, di hadapan ribuan penyokong skuad The Red Giants.
"Saya amat kecewa. Kita melepaskan banyak peluang untuk mencipta kemenangan.
"Kita banyak kehilangan bola di bahagian tengah, malah apabila jaringan Ghaddar dihasilkan, ia terus memusnahkan segala-galanya. Ia sama berlaku ketika beraksi di Kota Bharu," kata Irfan ketika ditemui selepas berakhirnya perlawanan antara Selangor dan Kelantan.
Tambah Irfan: "Meskipun kita menguasi separuh masa pertama, tetapi momentum separuh akhir kedua menurun, pemain bahagian tengah kurang membantu pemain lain.
" "Disebabkan itu kita banyak melepaskan peluang," katanya.
Katanya, beliau juga sedih sebab apabila dilihat pada kehadiran penonton malam tadi, hampir 30,000 penonton memberikan sokongan.
"Mereka nyata bersemangat, saya betul-betul minta maaf sebab mengecewakan mereka, tapi nak buat macam mana, setakat ini sahaja kami mampu," jelas beliau lagi.
Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai masa depannya di Selangor, Irfan bagaimanapun menyerahkan semuanya kepada pengurusan.
"Terpulang kepada pihak pengurusan, saya terima apa sahaja keputusan daripada mereka. Keputusan mungkin akan diketahui dalam masa terdekat," kata Irfan yang turut menyifatkan pasukan Selangor harus mencari pemain-pemain yang berkualiti untuk dibawa masuk bagi memantapkan lagi skuad itu musim depan.
"Untuk musim depan, kita kena cari beberapa pemain yang berkualiti dalam pasukan Selangor.
"Dan setahu saya pihak pengurusan telah mengenal pasti beberapa pemain untuk bermain dengan Selangor dan semuanya tengah diuruskan.
"Selain itu, kita juga harus memberi tumpuan di bahagian tengah yang dilihat longgar bagi memperbaiki menjadi lebih kemas," katanya yang mengucapkan tahniah kepada Kelantan setelah berjaya mara ke final. -SH
Piala Malaysia: Kelantan mara ke final
GERGASI Pantai Timur, Kelantan mengesahkan slot ke pentas final Piala Malaysia dengan bergaya selepas mengetepikan Selangor menerusi agregat 3-0 dalam saingan separuh akhir kedua di Stadium Shah Alam, malam ini.
Malah ini Kelantan memperoleh dua gol. Dengan kemenangan ini, misi Kelantan dalam mencari kejuaraan treble musim ini semakin tercapai.
Tuan rumah hampir mendapatkan jaringan awal pada babak awal perlawanan menerusi percubaan Safiq Rahim.
Bagaimanapun sepakannya tersasar.
Pasukan pelawat melakukan serangan balas dan percubaan Mohamed Ghaddar pada minit ke-12 menerusi hantaran cantik Nik Mohd Shahrul gagal dilaksanakan apabila tandukannya berjaya ditepis keluar oleh penjaga gol Selangor, NorAzlan Razali.
Selang seminit kemudian, Ghaddar sekali lagi terlepas peluang apabila tendangannya melambung tinggi.
Memasuki pertengahan babak pertama perlawanan, pasukan pelawat melalui detik cemas Amri Yahya bangkit melancarkan serangan nyaris merobek gawang Kelantan pada minit ke-22, begitu pun berjaya didakap kemas oleh Khairul Fahmi Che Mat.
Tuan rumah bagaimanapun masih tidak berputus asa dan terus membuat beberapa percubaan bagi mendapatkan gol meskipun percubaan Bosko Balaban pada minit ke-43 masih gagal untuk menewaskan Khairul Fahmi.
Sepuluh minit separuh masa kedua bermula, Kelantan terus ghairah mencari jaringan gol apabila tendangan kencang Nurul Azwan Roya hampir membolosi gawang lawan, namun berjaya ditolak keluar oleh Azlan.
Kelantan sekali lagi melancarkan serangan menerusi penyerang berbisanya, Modh Idhan Talaha pada minit ke-57, tetapi tendangannya juga ditepis keluar oleh Azlan.
Biarpun ketika Kelantan dilihat lebih menguasai perlawanan, Selangor tetap enggan menyerah kalah apabila Shafiq Rahim terus mara membuat cubaan ke arah pintu gol lawan pada minit ke-64.
Bagaimanapun ia mudah diselamatkan Khairul Fahmi.
Pada minit ke-67, giliran Indra Putra Mahiyudin pula melancarkan serangan.
Tendangannya tersasar melepasi tiang gol.
Keghairahan pelawat mencari jaringan gol akhirnya tertunai apabila tendangan pemain import Kelantan, Ghaddar berjaya menewaskan penjaga gol Selangor, Azlan.
Selepas itu, Mohd Badri Radzi menutup tirai perlawanan dengan menjaringkan gol kedua buat Kelantan sekali gus meranapkan Misi 33 yang dicanang anak buah Irfan Bakti.
Dengan itu, Kelantan akan bertemu Angkatan Tentera Malaysia di pentas final yang akan berlangsung 20 Oktober ini di Stadium Shah Alam.
Senarai barisan pemain Selangor
Mohd Razman Roslan
Ramez Dayoud
Adip Aizuddin Latif
Safiq Rahim
Solihin Kanasian
Basko Balaban
Mohd Bunyamin Umar
Mohd Amri Yahya
Norazlan Razali (GK)
Mohd Rozaimi Abdul Rahman
S.Vanood
Senarai barisan pemain Kelantan
S.Subramaniam
Obinna Nwaneri
Nik Mohd Shahrul Azim
Mohd Shakir Shaari
NorShahrul Idlan Talaha
Mohhd Norfarhan
Mohd Nurul Azwan Roya
Indra Putra Mahiyudin
Mohd Daudsu Jamaluddin
Khairul Fahmi Che Mat
Mohamed Ghadar
Ulasan GB
Sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa...
GB sudah dapat merasakan kekalahan Selangor apabila sehari sebelum perlawanan Irfan Bakti telah mengeluarkan perkataan angkuhnya: Kelantan, jangan berimpi di siang hari.
Di dalam apa jua keadaan, kita tidak pasti dan tiada siapa yang dapat tahu dengan pasti untung rugi, kalah menang kita di esok hari.
Kalau ada pun kita hanya boleh membuat "pemerhatian" dari pengalaman silam... dengan dibantu oleh observasi dari ilmu-ilmu berkaitan, TETAPI tidak sekali-kali kita boleh mengeluarkan perkataan-perkataan yang takbur dan angkuh.. kelak memakan diri.
10 ulasan:
Tulah, rendahkan dirimu itu Irfan. (bukan Rendah diri yang terover sampai orang boleh pijak kepala mu) Ini menjadi pengajaran penting kepada kita semua supaya jangan terlalu angkuh dan sombong kerana sifat adalah tidak layak untuk manusia lakukan. Hanya Allah sahaja boleh bersifat sedemikian.
Irfan Bakti ni asal orang Kelantan..tidak ada apa yg perlu dikesalkan..
Aku bukan nak bela Irfan. Pada aku kenyataan tersebut lebih kpd permainan perang psikologi. Dalam apa jua bidang, x semestinya diatas padang, diluar padang jugak penting.
Yang kedua kemungkinan jugak tajuk ditulis oleh wartawan je. Dah jadi kebiasaan dah samada wartawan media cetak atau eletronik, suka sgt up lebih2 utk pasukan Selangor. Itu pasal la aku x sokong Selangor. Ramai orang pun kata mcm tu. Kalau Selangor menang mlm tu, 'letih' dengar pengulas sukan bercakap dan suratkhabar 3 hari berturut cerita 3@4 muka
tu lah jgn berlebih2an..
Irfan adalah pemain pertahanan Kelantan yang hebat sedikit masa dulu (tahun 70 han). Daripada kata-katanya "Kelantan jangan bermimpi di siang hari" seolah-olah dia tak ada kaitan langsung dengan Kelantan dalam dunia boasepak. Akibatnya pasukannya kecundang malah dimalukan pasukan Kelantan dgn agregat 3-0.
Kepada wartawan sukan sama ada di akhbar atau TV perlulah mengakui bahawa pasukan bolasepak Selangor tidak kuat seperti dulu, sudah jadi sejarah. Oleh itu hentilah menggunakan label Gergasi Merah Kuning untuk Selangor kerana ianya mengelirukan anak-anak muda sekarang.
Ingatlah sesuatu pasukan menjadi hebat apabila mempunyai pemain-pemain yang bagus. Juga untuk menjadi jurulatih yang hebat perlu pemain yang hebat.
nama sedap tapi mulut.. takbur ya amat. Selangor atau Kelantan both negeri aku suke.. tak kisah pun sape menang.. Tapi Kelantan ade kelebihan bila didoakan oleh sekalian rakyat dan TGNA yg zuhud.. Irfan len kali jgn takbur sgt.. Takbur tu sifat Allah, ko tak layak takbur.. inilah makannye..
apa daaa... tu ayat2 perang psikologi je .. nak saiko player kedua2 pihak.. satu nak melemahkan.. satu nak bagi semangat... takkan nak kata benda negetif.. "yea yea.. kelantan memang hebat.. selangor tak hebat" .... sama juga masa bos kelantan over confident masa nak jumopa QPR dan kelab arab baru2 ni.. cakap dengan penuh saikologi gak.. dan akhirnya bolos gak.. banyak tu..
Pecat aje mana-mana jurulatih, pegawai atau presiden sekalipun jika tidak membawa sebarang hasil ...
Corak permainan Selangor langsung tidak matang dari segi pertahanan, lebih-lebih lagi serangan yang tumpul, tidak berimaginatif, dan lemah dari segala hal. Permainan sebegini hanya dilakukan oleh pasukan di sekitar 70an dan awal 80an. Kenapa tak nampak sebarang perubahan? Korea dan Jepun, yang satu ketika dahulu hanya pasukan belasahan Malaysia, kini telah mencapai tahap dunia. Malaysia, apatahan lagi Selangor masih di takuk lama ... Mesti ada sesuatu yang tidak kena.
Buang je pemain xbgus wat skit ati je tgk..klh xpe asal game cntik..ini main hampeh btl..taraf kampug,ambil la coach luar yg bole baca game lwn,tgk irfan peluk tubuh je lain dgn coach klntan xsenng duduk aje idea arah kn pemain..xth bila nk improve..xsyok lngsung tgk
Irfan Bakti ni handal macam mana sangat nak jadi jurulatih.Dalam negeri Selangor begitu ramai lagi jurulatih yang handal dan berkelayakan serta berpengalaman,apa halnya ambil manusia ni.Nasib Selangorlah.
Catat Ulasan