13 Okt 2012

Pemandu Teksi Desak Syed Hamid Albar Letak Jawatan Dari SPAD

Badan Bertindak Pemandu-pemandu Teksi Bermeter (BBPTB) mendakwa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) gagal berfungsi menjalankan tanggungjawab meningkatkan mutu perkhidmatan teksi dan menggesa pengerusinya, Tan Sri Syed Hamid Albar meletak jawatan.

BBPTB menggariskan lima faktor kegagalan SPAD yang menyebabkan kemarahan pemandu teksi tidak dapat lagi dibendung dalam kenyataan oleh pengerusinya, Amran Jan kepada The Malaysian Insider.

Perkara tersebut ialah gagal mengiktiraf mahupun melantik wakil pemandu teksi di dalam jawatankuasanya, gagal memansuhkan sistem kupon, gagal mengeluarkan permit khas kepada Duta Kecil Pelancongan seperti yang diminta sendiri oleh Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen, gagal menangani kemelut perkhidmatan teksi yang berlarutan sejak berpuluh tahun dan gagal melaksanakan langkah satu warna untuk teksi bermeter walaupun cadangan itu sudah lama diutarakan.

“Kelima-lima kegagalan ini jelas membuktikan SPAD adalah sebuah badan yang gagal.

“Syed Hamid perlu meletak jawatan kerana gagal melaksanakan tanggungjawab yang diberikan kepadanya,” kata Amran.

Dalam laporan The Malaysian Insider semalam, Amran juga menyelar kenyataan presiden Persatuan Pengusaha Teksi dan Kereta Sewa Kuala Lumpur, Selangor (Perpekli), Datuk Aslah Abdullah yang menyokong perkhidmatan percuma bas Go-KL.

Sikap dan kecenderungan Aslah yang sering memihak kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan gagal membela kebajikan pemandu teksi menyebabkan kredibilitinya dipertikaikan rata-rata pemandu teksi.

Amran juga memberi amaran kepada SPAD untuk mengambil serius perkara ini sambil mengugut untuk menggunakan “media” terbesar di ibu kota itu untuk memberikan imej buruk kepada kerajaan.

“SPAD dan kerajaan perlu ingat, pemandu teksi adalah “media” terbesar di ibu kota.

Kalau mereka abaikan, tanggunglah akibatnya nanti.

“Kami boleh sampaikan perkara buruk dan baik mengenai kerajaan,” tambah Amran lagi.

Pada Selasa minggu lalu, 250 pemandu teksi bertindak mengadakan piket di Jalan Bukit Bintang ekoran tidak puas hati dengan perkhidmatan bas percuma Go KL yang didakwa menyebabkan kemerosotan pendapatan sehingga 70 peratus.

Himpunan secara aman itu bermula kira-kira jam 2 petang hingga 7.30 malam membabitkan sekitar kawasan pusat beli-belah Pavillion hingga ke Lot 10.

Perbuatan pemandu terbabit yang kebanyakannya ahli Persatuan Pemandu Teksi Bestari Kuala Lumpur menyebabkan kawasan di sekitar Bukit Bintang sesak teruk apabila laluan digunakan untuk melakukan bantahan itu terpaksa ditutup.

Berdasarkan laporan polis yang dibuat persatuan itu kelmarin, perhimpunan juga dibuat sebagai bantahan terhadap masalah ulat teksi “Arab” dan perkhidmatan teksi sapu serta beberapa tindakan SPAD yang mereka anggap menekan pemandu-pemandu teksi berlesen.

6 ulasan:

panas berkata...

sokong!

Tanpa Nama berkata...

Memang patut pun berhenti..lama sangat dah pegang jawatan..patut pencenkan jer..

Tanpa Nama berkata...

Banyak sangat agensi penguatkuasa... bubarkan je SPAD !!!.. ni semua nak bg kroni diorang bergaji besar....

Bombo berkata...

sibotak kelapa muda ni tak pencen2 lagi inilah org umnog nak mati pun ambil tv siaran langsung,bodo nenek aku dah dua kali pencen,sibotak ni malas nak berfikir bila nak pencen,seakan dia saja yg pandai,aku tengok liat je mcm cibai....nak masuk

Tanpa Nama berkata...

Menghabiskan duit rakyat. SPAD ada, JPJ ada, polis trafik ada. Kerja yang seakan sama jadi bertindih-tindih.

Tanpa Nama berkata...

Bubar SPAD !!!! Tgk kereta SPAD pun dah macam kereta polis... knp perlu banyak penguatkuasa.?? JPJ Polis dah cukup dah..