Kami bukan Ayatollah', Pas jawab Dr Asri
Pas memberi jaminan tidak akan sama sekali akan menjadi pemimpin-pemimpin bergelaran Ayatollah Iran jika diberi mandat memerintah Kerajaan Pusat kelak kerana parti komponen Pakatan Rakyat (PR) itu sentiasa mengamalkan sikap terbuka kepada semua pihak tanpa mengira fahaman politik.
Sambil menghargai pandangan bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, pemimpin-pemimpin Pas yang dihubungi Sinar Harian Online berkata parti berusia lebih enam dekad itu tidak pernah mengamalkan pendekatan tutup pintu kepada pandangan dan teguran mana-mana pihak.
Ayatollah adalah gelaran tertinggi diberikan kepada ulama Syiah Iran.
Mengulas teguran Asri itu, Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, sekiranya diberi mandat memerintah Putrajaya kelak, mereka tidak akan sekali-kali menjadi seperti pimpinan Ayatollah.
Katanya, sedia ditegur dan dikritik akan terus menjadi asas perjuangan parti itu.
“Saya rasa Dr Asri sekadar membuat peringatan yang jujur dan ikhlas, tiada niat lain dan saya hargai peringatan yang diberi itu.
“Jika dilihat sekarang ini pun, media arus perdana hari ini kerap memutar belit fakta yang kami beri, tetapi kami tidak pernah melenting, malah memberi reaksi yang baik dan sentiasa positif,” kata beliau.
Kelmarin, Asri, yang dari semasa ke semasa menganalisis perjalanan politik negara, menggesa Pas agar tidak mengamalkan pendekatan politik negara Teluk itu jika berjaya mandat memerintah Putrajaya kelak.
Bagaimanapun beliau tidak memberi contoh khusus yang berkemungkinan Pas akan menjadi sebagai kepimpinan Ayatollah.
Beliau berkata, kalau ada yang bermentaliti bahawa orang agama yang berkuasa tidak boleh ditegur, negara akan menjadi lebih korup dari sekarang.
“Saya rasa ini satu masalah dalam Pas, masalah sekarang ini, Pas belum menjadi pemerintah, tetapi kalau kita tidak bahas hari ini, kita akan jadi seperti Iran, yang mana pemimpinnya Ayatollah tidak boleh ditegur dan disentuh,” katanya.
Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, tidak perlu melihat terlalu jauh atau melihat corak pemerintahan Pas di masa hadapan, corak pemerintahan Pas sekarang ini pun tidak pernah mengambil sikap ‘tutup pintu’ jika dikritik mana-mana pihak.
“Kami pun sedia maklum, bukan semua pemimpin Pas mahir dan arif dalam semua perkara, justeru teguran juga penting,” katanya.
Beliau juga menambah, jika teguran yang dibuat itu merupakan sesuatu yang baik, mereka sedia menerima walaupun berbeza faham politik.
Seorang lagi Naib Presidennya, Salahuddin Ayub turut sepakat dengan Mahfuz menyatakan parti itu sentiasa terbuka untuk menerima sebarang kritikan daripada mana-mana pihak.
“Berdasarkan pengalaman saya dalam Pas, mana-mana ahli bebas memberi pandangan dan teguran masing-masing kerana kami sentiasa berpaksikan semangat demokrasi.
“Jika dalam mesyuarat perwakilan atau mesyuarat bulanan, semua ahli bebas memberi kritikan kepada pemimpin, tiada masalah,” katanya.
Beliau juga menambah yang rata-rata keputusan yang dibuat oleh parti itu juga adalah berdasarkan teguran.
“Cara ini kami telah amalkan sejak lama dulu dan setakat ini, kami sentiasa terbuka dan saya rasa tidak mungkin kami akat bersikap seperti Ayatollah jika memerintah Putrajaya kelak,” tegas beliau tetapi pada masa yang sama menghargai teguran Asri semalam terhadap Pas.
Katanya, ia satu peringatan positif.

5 ulasan:
"Bekas Mufti Keterlaluan Samakan Ulama PAS Dengan Khomeini", kenyataam dari Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat
di Harakahdaily pada 25 Okt 2012.
Disaat kenyataan kepimpinan PAS Pusat yang lain menerimanya dengan positif peringatan Dr. Asri tersebut, masih ada lagi yang cuba mengiyakan tanpa disedari seolah-olah memang kepimpinan PAS terutamanya Dewan Ulamak yang memang tidak boleh ditegur.
Saya percaya peringatan tersebut dizahirkan kerana ingin melihat PAS sebagai pengganti UMNO yang memimpin orang-orang melayu dan juga sekalian rakyat, tanpa ada kebimbangan menjadi seperti pimpinan Ayatollah.
Seharusnya kepimpinan tertinggi PAS menerimanya dan mengambil kesempatan menyatakan proses dalam membuat keputusan di dalam PAS yang tidak seperti pimpinan Ayatollah.
Respons Ketua Dewan Ulama' Pas macam confirm kerungsingan Dr Asri. Sikit saja yang Dr Asri sentuh, dah terkejut kawan tu dengan jawapan balas. Tak tahu le kalau memerintah Malaysia, agaknya nak sepenggal macam Terengganu jugak.
dr asri sudah kehabisan modal, berlagak bijak tp sebenarnya bodoh dlm politik. PAS tidak boleh disamakan dengan Iran.mmg setiap orang boleh bg pandangan, itu hak masing-masing. tp pertuduhan itu bukan sahaja memburukkan pimpinan PAS malah pertuduhan itu juga menganggap para penyokong PAS adalah bodah dan pak turut sahaja. mengkritik mmg senang, cuba sesut satu kebaikan yg awk buat masa jadi mufti hari tu, yg berkesan di hati rakyat,
Dr Asri manusia paling lemah sekali. Kekiri tidak..kekanan tidak..play safe. Ambil untung je.
Bagaimana pun satu ingatan yang baik terhadap PAS. Sukar nak berlaku kerana kalau ada ulama bersikap begitu jemaah akan blah begitu saja.. bo layan.
Bukan terkejut dgn kenyataan Dr.Asri. Cuma perlu menerangkan kepada umum, supaya tiada yg prasangka buruk terhadap nasihat yg diberikan oleh Dr.Asri. Teguran & kritikan orang2 yg memahami agama, tidak sama dgn kebanyakkan dari kita. Pelihara la hati2 kita dgn iman, supaya ia dapat memelihara akal kita, agar dapat menilai sesuatu dgn iman & taqwa. Insya Allah
Catat Ulasan