21 Okt 2012

Jui Meng : Umno Makin Lemah Punca Soi Lek Sanggup Hina Islam

Datuk Chua Jui Meng mengesa Datuk Seri Dr Chua Soi Lek memohon maaf kepada umat Islam kerana mengeluarkan kenyataan menghina Islam di dalam blog video dan Facebook.

Sebelum ini, Soi Lek yang juga Presiden MCA mendakwa seramai 1.2 juta rakyat Malaysia akan kehilangan pekerjaan sekiranya PAS melaksanakan hudud di Malaysia.

Soi Lek yang memetik satu SMS oleh individu tidak dikenali, menyenaraikan pelbagai industri yang terjejas dengan kehilangan pekerjaan sekiranya hudud dilaksanakan.

Jui Meng yang juga Naib Presiden PKR menambah Presiden MCA itu sepatutnya tidak mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana Soi Lek sendiri tidak memahaminya.

“Dia dan pemimpin MCA sekarang semakin lebih keras ‘menyerang’ agama(Islam) dan saya pada hari ini menuntut beliau memohon maaf kepada umat Islam di Malaysia,” kata Jui Meng ketika dihubungi TVSelangor.

Tindakan ini ujarnya, disebabkan kegagalan pemimpin Umno memberikan penjelasan kepada Soi Lek sehinggakan sanggup mengeluarkan kenyataan tidak berasas berkenaan pelaksanaan hukum hudud.

“Pemimpin Umno kini semakin lemah dalam medan politik, Umno kini sudah tidak mampu memperjuangkan sesiapapun sehingga untuk partinya sendiri.

“Dalam keadaan ini, MCA sudah naik kepala terhadap Umno dan tidak peduli sekarang, keadaan Umno akan semakin lemah di masa akan datang dengan MCA berterusan menyerang Islam,” katanya.

Jelasnya, sehingga kini tiada seorangpun kalangan pemimpin Umno yang berani menegur sikap Soi Lek yang secara terang-terangan banyak kali memperlekeh agama Islam dan pelaksanaan hukum hudud.

“Umno sudah tidak ada pendirian sendiri untuk berhadapan dengan MCA dan membiarkan MCA menyerang agama Islam,” katanya.

5 ulasan:

1Crony berkata...

Sabar aje lah Pak.... Memang Chua Sui Lek ini mahukan kaum Melayu marah lantas bertindak menyerang fizikal dia. Bila perkara tersebut berjalan seperti dirancangkan (kekasaran fizikal) maka dia akan kata agama Islam yang dianuti Melayu adalah ekstrim dan kaum Cina di negara ini perlu menjauhi parti yang memperjuangkan Islam kerana takut akan keganasan yang akan dilakukan oleh kaum Melayu. Oleh itu ramai kaum Cina akan menjauhi parti kaum Melayu dan akan buat U-turn kepada MCA semula di PRU13 nanti. Kesemua itu adalah perancangan pemimpin tertinggi UMNO setelah gagal dengan fitnah jahat mereka terhadap DSAI, maka mereka menggunakan parti sekutu mereka iaitu MCA bagi memecah belahkan Pakatan Rakyat yang dilihat semakin kukuh bersama. Bagi mengagalkan taktik kotor UMNO/MCA itu, Pakatan Rakyat perlu melantik seorang jurucakap dari parti DAP untuk menepis segala tuduhan fitnah jahat UMNO/MCA dengan cara tegas dan berfakta. Ingat ini semua adalah perancangan pemimpin atasan UMNO, kerana bagi mereka agama dan rakyat tidak penting, yang penting mereka terus berkuasa dan akan terus merompak dan menindas rakyat demi mengaut kekayaan dan kesenangan di negara ini sampai ke anak cucu mereka tanpa mengira dosa dan pahala kerana mereka ini jenis yang langsung tidak percayakan kewujudan Hari Pembalasan.

Abdullah berkata...

Kurang tepat. Abaikan umno.

Mana dia pihak berkuasa yg ada autority yang kononnya memelihara agama islam di malaysia ? majlis raja-raja ? majlis fatwa ? jakim ? mufti ? semua diam membisu.

Tanpa Nama berkata...


Kepada bapak-bapak asal indon, bangladesh, myanmar, pokoknya WARGA BAHARU Malaysia, masihkah anda mengundi BN/UMNO sedangkan anda sekalian cintakan agama anda dan tidak membenarkan diinjak-injak sebegitu. Apakan BN/UMNO yang tidak berselisih dengan MCA itu menjadi kepercayaan kalain untuk melindungi agama kita..?

Iyaa.., kok sudah diberi IC dan peluang memilu (mengundi) juga wang bisa diambil namun undi walai satu dari kita merupakan amanah dan jihad memilih kepimpinan yang berupaya melindungi insan dan agama daripada sebebasnya diinjak begitu.

Kami dalam Pakatan Rakyat bisa sahaja menerima kalian kerna itu sudah takdir dan rezeki kalian. Namun agama khususnya Islam milik bersama kita untuk dipertahan. Apa bicara bapak-bapak pada PRU-13 nanti. Bersamalah kita mengangkat Pakatan Rakyat ke Putrajaya. Bisakan pak..?

Ngah Phg asal Melaka berkata...

Akhirnya org cina DAP dan PKR yg membelakan Hudud tp mana pegi ulama2 rapat umno, napa diam je jati hassan yg kononnya membela Islam..zulkulim..pekida jd takut sgt kat pelakon lucah tu.. umno utk membelakan Islam langsung X diharapkan..sibuk sgt dgn fitnah2 dan maksiat2 dia je

Tok Wa berkata...

Keceluparan Chua adalah berpunca daripada parti utama yang semakin lemah, kepimpinan yang berlembut mengakibatkan yang lain berani berkeras ! Kalau Tun M masih lagi jd kepala mesti depa tak berani mehgetek !