9 Sep 2012

Pistol Itu Milik Sykt Keselamatan & Pegawai Terbabit Dibenarkan Bawanya Semasa Bertugas


PKR nafi pengawal peribadi Anwar acu pistol

SHAH ALAM - Angkatan Muda Keadilan (AMK) menafikan salah seorang pengawal peribadi Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengacukan pistolnya ke arah orang ramai ketika insiden menghalang bas PKR Jelajah Merdeka Rakyat di Jasin, Melaka semalam.

Ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, pengawal yang ditugaskan untuk menjaga keselamatan Anwar tidak mengacukan senjata tersebut ke arah orang ramai sebagaimana dilaporkan beberapa media hari ini.

"Pengawal yang ditugaskan tidak mengacu senjata api terhadap orang ramai.

“Sebaliknya, apa yang dilakukan adalah mengeluarkan senjata api dan menghalakan muncung pistol ke tanah, di bawah paras pinggang," kata beliau yang juga Ketua PKR Jasin.

Tambah beliau, tindakan yang dilakukan oleh pengawal terbabit mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP), yang akan dilakukan oleh mana-mana pengawal keselamatan untuk memberi amaran kepada orang ramai supaya beredar dan tiada gangguan ke atas pihak yang dijaganya, dalam kes ini Anwar.

"Apa yang saya dengar daripada pengawal terbabit, dia berkata kepada semua orang ramai untuk bersurai dan jangan ada yang menggangu," tambah beliau.

Sebaik sahaja kejadian terbabit, beberapa anggota polis yang berpakaian preman menyerbu ke arah pengawal terbabit dan merampas senjata itu daripada lelaki tersebut, ujar Shamsul Iskandar.

Tambah beliau, satu laporan polis akan dibuat mengenai perkara tersebut hari ini.

Sinar Harian Online difahamkan pengawal keselamatan telah diambil keterangan semalam dan dilepaskan malam tadi.

Laporan media hari ini menyebut polis menahan lelaki yang ditugaskan untuk mengawal Anwar selepas mengacukan senjata api ke arah orang ramai di Kampung Baru Rim, Jasin petang semalam.

Dalam kejadian jam 3.15 petang, lelaki berusia 37 tahun, yang menaiki Toyota Camry, dipercayai berang dan keluar dari kenderaan sebelum mengacukan pistol selepas sekumpulan lelaki cuba menghalang bas dinaiki Anwar ke satu majlis di kampung tersebut.

Siasatan polis menunjukkan senjata api itu milik syarikat keselamatan dan pegawai terbabit dibenarkan membawanya ketika bertugas. -SH


Anggota polis sahkan pengawal peribadi Anwar tak acu pistol

JASIN 9 September: Pengawal peribadi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikenali sebagai Jim, tidak mengacukan pistol kepada samseng Umno walaupun berdepan provokasi mereka.

Setiausaha Pengelola KEADILAN, Radin Shamsulkamar Radin Shamsudin, berkata Jim berusia lingkungan 30 tahun, ditahan selepas polis menerima lima aduan daripada Pemuda Umno Jasin.

“Seorang anggota polis yang melihat insiden itu juga menegaskan Jim tidak mengacukan pistol (ke arah samseng). Jim dibebas selepas polis berpuas hati dengan rakaman video kejadian itu,” katanya kepada Keadilan Daily ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin, Melaka.

Jim ditahan polis berpakaian preman ketika cuba menyurai samseng umno yang mengerumuni bas Merdeka Rakyat untuk ke sambutan Aidil Fitri KEADILAN Cabang Jasin di Kampung Kelubi, Jasin.

Laporan edisi bahasa Mandarin NTV7 semalam menyebut, dua anggota polis bertindak ke atas pengawal peribadi Anwar dan kononnya, memaksa senjata api itu dimasukkan semula ke sarung.

Malah, Setiausaha Kerja Wanita Pusat, Maisuri Zainal pula berkata Jim hanya mengacah dengan mengeluarkan pistol sebagai langkah berjaga-jaga tapi muncungnya menghala ke tanah.

“Saya nampak beliau halakan pistol ke bawah…bukan acu (ke arah samseng),” katanya yang mengikuti program jelajah berkenaan, sambil menggayakan semula aksi itu.

Selain itu, Maisuri dan rakannya, Abdul Hadi Suhaimi juga yakin dapat mengecam wajah samseng Umno yang menyimbah cat ke bas Merdeka Rakyat, jika kawad cam dibuat.

Menyatakan sudah memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Jasin lewat malam 8 September lalu, beliau berkata, mereka nampak jelas insiden itu dari dalam bas, sebelum keluar merakam gambar dan video.

Laporan polis berhubung insiden itu sudah dibuat Radin Shamsulkamar pada jam 8.43 malam di balai polis sama.
-KD





16 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

banyak lagi insiden gampang ni akan kita lihat seterusnya jangan terkejut.puak ni takut berhujah hanya pandai terjah

Tanpa Nama berkata...

setan akan terus buat fitnah dab cerita utk memperbodohkan pengikutnya yg memang sedia bodoh....

Tanpa Nama berkata...

Inilah akibatnya jika polis berat sebelah, sudah berapa kali program DSAI diganggu dan dicabar tapi apakah tindakan oleh pehak polis tapi sebaliknya belaku jika terkana pada UMNO/BN apakah polis hendak tunggu sehingga orang-orang ini hilang kesabaran mereka, sekarang kita boleh lihat dari tiada pengawal peribadi telah dibawa pengawal dengan bersenjata lagi, kenapa mesti polis hendak menangkap dia dan bila pula polis berpakaian preman berada dalam kumpulan yang sememangnya telah menrancang untuk membuat kacau program orang, kenapa polis tidak menampakkan kedudukkan mereka dilam kupulan yang menghalang program orang kenapa mesti berada bersama kumpulan yang telah kita ketahui untuk membuat kacau. inilah namanya polis berat sebelah.

Waris berkata...

Mana dia gambar pegawai tu acu pistol kat orang ramai? Bising macam tin kosong je...

Tanpa Nama berkata...

rupa-rupanya anggota polis berpakaian preman semasa kejadian itu. Mengapa anggota polis tidak menghalang sekatan yang dilakukan itu? Mengapa tidak menangkap orang yang menyimbah cat?
Semakin jelas setiap kejadian berlaku, apakah pihak berkuasa tidak mengetahui?

Tanpa Nama berkata...

Dia ada lesen, xslh bg dy untk acu pistol slagi dy x lpaskn tembkan, bdo umno be end

Tanpa Nama berkata...

Polis ada rupanya..so polis duk kat mana...camna boleh biarkn je puak2 itu ganggu progm Anuwar? ...kalau x keluar pistol x tau polis mmg ada. ..Ngape x tangkp yg simbh cat tu..tak tau la..apa nk jadi.

Tanpa Nama berkata...

....polis dah jadi bodoh macam lembu NFC, kena cucuk hidung. Aku dok cakap dengan kerabat-kerabat aku jangan bercita-cita jadi Polis selagi Malaysia belum merdeka dari cekaman kukubesi UMNOngok.

Tanpa Nama berkata...

Pekong pecacai parti Syaitan semakin terbarai.

Benar kata Mahadir. UMNO membusuk sampai ke usus. Kini dah menjadi Syaitan pula.

Tidak salah orang kata memang ada dalang tindakan biadap dan samseng dajal-dajal parti Syaitan itu.

Tetiba je ada 'POLIS' berpakaian biasa kat situ.

Tiada lain penyelesaian melainkan rakyat bersepakat menukar kerajaan BN yang diterasi oleh UMNO yang dilabelkan Mahadir sebagai Syaitan yang dikenali itu kepada kerajaan PAKATAN RAKYAT.

PRU-13 Kerajaan Pakatan Rakyat.

Tanpa Nama berkata...

insiden ni MEMBUKTIKAN yg polis ada di tempat-tempat Anwar berceramah tetapi sengaja tidak mahu menghalang puak-puak umno yang berlagak samseng.

syabas pada Anwar, samada sengaja atau tidak, anda sudah menang lagi kali ini.

Tanpa Nama berkata...

polis preman ada dimana2.. yang tengah menyapu sampah pun ada..

zul berkata...

Aku mmg x percaya langsung pd polis. Serious aku ckp. Klu jd ape2 pd aku, report polis utk bgtau diorg utk wat STATISTIK je.

Tanpa Nama berkata...

boleh tak bezakan mengacukan dan menunjuk kan senjata...patutnya sb diletakkan dipersekitaran zon jenayah...bukannya zon politik...

Tanpa Nama berkata...

Pda pndpat aku, najib tidak akan umum Pru13 kerana dia tahu kerajaan bn aku tumbang sebaliknya mmbiarkan rusuhan berlaku diantra rakyat dan memansuhkan pru13 untk kekal sbgai pmerintah, inilah helah najib, ttapi alhamdulillah krana pihak kita msih brsbar drpd trus hentam anasir kaki fitnah pgikut najib ini, najib noob

Ngah Phg asal Melaka berkata...

mudah2an PR yg dimenangkan dgn bantuan rakyat.. pulaskan telinga polis2 tu .. dia buatkan mcm tuli dan buta utk wat keja yg betul..hanya utk umno nereputbusuk je

Tanpa Nama berkata...

Kenapa yang serang bas tak di tangkap kalau polis ada masa berkenaan? Polis kawal siapa sebenarnya?