28 Sep 2012

Najib Diasak Lagi: Bagaimana Pakar Paip Perolehi Tender LRT?

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didesak mendedahkan butiran keputusan tender projek sambungan LRT Ampang bernilai RM1.18 bilion yang dianugerahkan kepada George Kent-Lion Pacific JV (GKLP JV).

Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian mempersoal bagaimana syarikat itu memenangi projek tersebut yang kononnya melalui tender terbuka, walaupun tidak mempunyai kepakaran dalam bidang pembinaan rel.

“Kita nak tahu bagaimana George Kent yang tiada pengalaman boleh dianugerah tender projek awam bernilai lebih RM1 bilion.

Kita khuatir sama ada mereka boleh laksanakan projek, kerana latar syarikat ini hanya berpengalaman dalam projek pemasangan paip,” kata Hee kepada Keadilan Daily.

Dalam jawapan bertulis Menteri Kewangan kepada Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua Selasa lalu, Najib selaku menteri berkaitan mempertahankan bahawa GKLP JV adalah gabungan syarikat tempatan yang berkeupayaan dari segi kewangan untuk menjalankan projek tersebut.

“Sangat menghairankan apabila jawapan Menteri mengatakan bahawa penender lain berpuas hati dengan keputusan. Butirannya mesti didedahkan kepada umum kerana projek ini guna dana awam.

“Kita nak tahu mengapa tujuh lagi pembida projek tidak bantah. Apakah sebab syarikat yang dapat projek ini rapat dengan Perdana Menteri?” soalnya.

“Orang ramai tertanya-tanya apakah ada rahsia yang cuba disembunyikan? Sampai hari ini, tidak ada penjelasan terperinci melainkan jawapan Menteri yang bersifat umum.

“Jawapan Menteri Kewangan semalam tidak adil kepada pembida dan tidak adil kepada rakyat. Kita hairan bagaimana dokumen melibatkan projek ini diklasifikasi di bawah Akta Rahsia Rasmi,” katanya.

“Apakah tindakan menawar tender secara terbuka, kemudian memilih kroni untuk projek ini hanya ‘wayang kerajaan?” soal Hee lagi.

KEADILAN sebelum ini melalui Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli mendedahkan satu dokumen membuktikan jawatankuasa peringkat tinggi yang dipengerusikan Najib telah menganugerahkan projek sambungan LRT Ampang bernilai RM1.18 bilion kepada konsortium yang diketuai George Kent.

Dokumen itu adalah minit mesyuarat kelima Jawatankuasa Perolehan Menteri Kewangan (JPMK) pada 21 Jun, yang dipengerusikan Najib.

Menurut Rafizi, syarikat itu sebelum ini ditolak kerana tidak memenuhi keperluan minimum teknikal bagi kerja tersebut. -KD

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saya rasa tak da beza sangat pipe dgn rail.....kedua duanya melibatkan bahan asas besi

Amuraria berkata...

ada masyuk ka ? penyamun-penyamun tarbus negara mana mau ada ketelusan ! kalu ada ketelusan tarak fulus masyuk lah ! ABU !

puspawangi berkata...

tak ada beza ya? betul jugak tu..satu salurkan air, satu lagi untk tampung berat monorail...dua2 libatkan rakyat..jadi...tak da hal lah.. kasilah sapa pun...

Pakar Paip berkata...

aku risau la... tukang paip apa yang diorang tau...

repair paip bocor...

jangan sebab nak jimat kos punya pasal diorang buat landasan lrt pakai getah paip... melingkup sudahnya...

Tanpa Nama berkata...

Ko nie anon 2.45: rail dgn paip tu jauh beza la... Ko Buka kamus tgk maksudnya sama tak??? Kereta rosak pi hantar Bengkel basikal?? Lu fikir la sendiri..

Tanpa Nama berkata...

Anon 10:50am.... kalau low profile punya business memang tak sama (basikal tk sama kereta) tapi utk high profile punya business, asalkan bahan asasnya sama maka soal jenis product bukan jadi masalah kerana istilah busness industri seperti 'made to order', 'built on demand', 'collaboration', MOU, MOA..... yg lain kalau line businessnya sama maka tak jadi masalah, pembekal ikan bilis tidak salah diberi projek membekal blue fin tuna sebab bahan asasnya adalah sama iaitu marin protient product.

Soal kroni atau tak, itu adalah isu lain

Tanpa Nama berkata...

cari duet poket kowt?

Tanpa Nama berkata...

Baik suruh tukang buat parang j e amik tender ni...parang dibuat dr besi..hulu je kayu atau plastik...apapontakbley la ko....