Kickdefella mohon maaf kepada Ladang Rakyat
KOTA BHARU: Blogger mesra Umno, Syed Azidi Syed Abdul Aziz memohon maaf kepada Perbadanan Kemajuan Ladang Rakyat di atas fakta-fakta yang silap dalam bukunya "Ladang Rakyat Ladang Airmata Rakyat".
Beliau yang juga pemilik blog Kickdefella turut bersetuju membayar sejumlah kos kepada plaintif.
Permohonan maaf tersebut dibuat di hadapan Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dalam kamar di Mahkamah Tinggi Kota Bharu hari ini.
Ladang Rakyat diwakili peguam Azahir Surainie dan Azizan Ariff, manakala Aisha Mubarak mewakili defendan pertama. Pada prosiding hari ini Hafizulamin hadir bagi pihak plaintif.
Defendan kedua kes terbabit Wadah Bakat Sdn Bhd sebagai penerbit buku berkenaan.
Ladang Rakyat sebelum ini menyaman Syed Azidi dan Wadah Bakat Sdn Bhd kerana memaparkan fakta tidak tepat terhadap agensi berkenaan.
Sebelum ini isu berkaitan Ladang Rakyat sering diketengahkan media dan blogger pro Umno bagi menghodohkan kerajaan negeri.
Pernyataan mohon maaf itu antara lain menyebut kami, Syed Azidi Syed Abdul Aziz dan Wadah Bakat Sdn Bhd secara rela hati dan terbuka memohon maaf kepada Perbadanan Ladang Rakyat di atas kesilapan fakta dalam buku "ladang Rakyat, Ladang Airmata Rakyat".
“Kami menyedari terdapat beberapa elemen yang tidak mempunyai fakta-fakta tepat terhadap Ladang Rakyat dalam buku tersebut. Dan segala kehakiman di dalam buku tersebut amatlah dikesali.
“Dengan ini kami bersetuju menghentikan pengedaran buku berkenaan dan sesungguhnya menyatakan maaf di atas fakta-fakta yang silap dalam buku tersebut yang telah menjatuhkan reputasi plaintif sebagai sebuah perbadanan milik kerajaan negeri,” katanya.
Blogger terbabit dan Wadah Bakat Sdn Bhd juga memohon maaf kepada Ladang Rakyat di atas segala kesulitan yang timbul akibat penulisan dan penerbitan buku "Ladang Rakyat, Ladang Airmata Rakyat".
Peguam Hafizulamin berkata, atas persetujuan tersebut, saman yang dikenakan terhadap kedua-dua defendan ditarik balik.
Ulasan GB
Tepat seperti yang GB jangkakan sebelum ini. Nasihat GB supaya beliau menukar nicknamenya tidak mahu diindahkan.
Sebelum ini GB tulis:

p/s Dulu GB dah berpesan kepada para blogger, cari nickname tu biar elok sikit. Nickname tu sendiri sebenarnya boleh melambangkan perwatakan yang sebenar. Ia akan kembali kepada diri sendiri.
KICKDEFELLA - anda nak "kick" orang, berakhir nanti anda yang kena tendang, bukan sekali, malah bertubi-tubi selagi tak ubah nama itu. Dan apabila dah ubah nama, jangan lupa ubah sikap dan perangai. Itu lebih mustahak.
5 ulasan:
Quote"KICKDEFELLA - anda nak "kick" orang, berakhir nanti anda yang kena tendang"unquote
Setuju dgn Tuan.,
Kesian Bloger nie...cuba cari makan dgn cara melawan arus dgn harapan dapat sumber kewangan bagi menyara anak isteri...
Tapi berlaku sebaliknya.
Kita doakan agar di kembali kepangkal jalan..
Cari lah rezeki yg halal biar pun cara berdikit dikit asalkan berkat.
Insyallah selamat dunia akhirat.
Jgn Maree.
Setakat minta maaf terbuka dan hanya diketahui segelintir rakyat sahaja tidak mencukupi. Permohonan maaf terbuka hendaklah dipaparkan dalam satu muka surat penuh di akhbar2 KERAjaan (dibiayai kickdefella) yang mana baru rakyat satu Malaysia mendapat info tentang kesalahan yang disengajakan untuk memburukkan kerajaan negeri. Biar ini menjadi pengajaran kepada lain2 bloggers supaya lebih beramanah dalam menyampaikan fakta dan maklumat yang sebenar. Ingat , hidup didunia ini hanya sementara , akhirat matlamat kita.
Macamana dengan buku yang telah terjual di pasaran ? Memang bodo betul mamat nie.
Lain kali orang tak percaya lagi dengan maklumat daripada Mamat ni.
Kes disaman oleh Dato Husam Musa belum lagi selesai.
tengok muke cam dah mamat ni tetu MENO bayor die punye, takpe la di sane kekgi buleh bersaeng dak kesit sangat di patat nerake
Catat Ulasan