11 Ogo 2012

[DEDAH] Mahathir Dalang Projek IC/Mykad Di Sabah Semasa Beliau PM

Parti-parti politik Sabah ‘seperti mati’ selepas era Dr Mahathir

KUALA LUMPUR, 10 Ogos — Parti-parti politik di Sabah seperti “sudah mati” selepas Tun Dr Mahathir Mohamad berkuasa menjadi perdana menteri dengan kehadiran ramai pendatang tanpa izin ke negeri itu, kata timbalan pengerusi Parti Perubahan Negeri (Star), Daniel John Jimbun.

Beliau mendakwa projek IC Dr Mahathir telah menyebabkan ramai warga asing menjadi pengundi dalam pilihan raya dan kepentingan penduduk asal tidak lagi diambil kira.

“Kenyataan Dr Mahathir pada hari Rabu yang lalu tentang warga asing yang sudah tinggal di Sabah harus mendapat kewarganegaraan sangat membahayakan, dan Star mencabar parti-parti komponen BN di Sabah supaya keluar agar dapat membela warga tempatan,” katanya lagi.

“BN Sabah tidak seharusnya mempertahankan kenyataan Dr Mahathir, kerana kenyataan ini mendahului Suruhanjaya Di Raja (RCI) mengenai isu ini,” kata Jimbun lagi.

Katanya, dalam tulisan blog terbaru, Dr Mahathir seolah-olah menghalalkan mereka untuk datang ke negeri Sabah dan seterusnya mengenepikan warga asal Sabah.

“Seharusnya kita mempunyai Perlembagaan yang baru untuk tahun 1963, tetapi sebaliknya Perlembagaan yang digunakan adalah Perlembagaan Malaya yang kemudiannya ditukar menjadi Perlembagaan Malaysia.

“Tulisan beliau dalam blog menunjukkan beliau terlibat dalam Projek IC yang memberi MyKad kepada warga asing tanpa izin di Sabah,” kata Jimbun lagi.

Jimbun memberi contoh seperti Majid Kani yang dilahirkan di Tamil Nadu, dan tidak pernah tinggal di Sabah lebih dari sepuluh tahun mengikut perjanjian semasa Sabah menyertai Malaysia, namun diberikan MyKad dan dibenarkan mengundi.

“Pendatang tanpa izin tidak seharusnya diberikan kewarganegaraan hanya kerana kebolehannya bercakap bahasa Malaysia, tetapi kewarganegaraan harus diberi jika dia hanya memasuki negara ini dengan sah dan bukan dari jalan belakang,” kata Jimbun lagi.

Jimbun bagaimanapun berkata, pendatang tanpa izin ini perlu diberi pengampunan dan dilayan dengan penuh kemanusiaan, seperti menghantar mereka pulang, atau hanya mengenakan denda sekurang-kurangnya RM300 seperti di tahun 1965 di Semenanjung Malaysia, dan nama mereka perlu dibuang dari senarai pemilih pilihan raya.

“Adalah lebih baik pengampunan ini dilakukan sebelum pilihan raya umum ke-13 sejak banyak nama mereka berada dalam senarai pemilih, bahkan mereka ini ada yang bekerja dalam sektor kerajaan, termasuk di Jabatan Tanah dan memegang jawatan di jabatan-jabatan negeri dan persekutuan,” kata Jimbun lagi. -TMI


Mahathir: RCI Sabah tak perlu

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat, penubuhan Suruhanjaya Diraja (RCI) bagi menyiasat isu pendatang asing diberikan kerakyatan atau lebih dikenali sebagai ‘Projek IC' di Sabah, tidak perlu.

"Mereka berhak minta kerakyatan. Saya harap kita tak ada usaha untuk keluarkan mereka.

"RCI sebenarnya tidak perlu. Kerajaan akan bermasalah jika mengetahui sebarang keputusan suruhanjaya itu.

"Pembangkang akan mengatakan perkara ini dimanipulasi dan jika tidak kerajaan yang akan dipersalahkan," katanya.

Selain itu, bekas perdana menteri yang berkhidmat kira-kira 22 tahun itu berkata, beliau sebelum ini juga pernah didakwa menjadi dalang memberikan kerakyatan kepada pendatang asing.

"Saya dituduh kononnya untuk bawa orang ini. Kita tak payah bawa, mereka datang sendiri. Mereka bukan orang asing.

"Mereka dah tinggal di Sabah sekian lama. Mungkin mereka rasa Sabah lebih selamat sebab itu mereka tinggal di sana," katanya lagi.

Sementara itu, mengulas tema 'Janji Ditepati', Mahathir berkata, menjadi hak kerajaan sama ada ingin menggunakan tema itu atau tidak.

"Tema pembangkang itu tunjuk mereka sedang keliru tak tau nak buat apa. Tak apalah itu pembangkang.

"(Janji Ditepati) Itu kerajaan punya hak nak buat keputusan slogan yang dia guna. Kalau janji, mestilah kena tunaikan," kata Dr Mahathir.
-mk


Ulasan GB

Patutlah TDM kata RCI tidak perlu, rupanya beliau sudah tahu bahawa RCI akan membongkar skandal pemberian Mykad yang telah berlaku sejak beliau jadi PM lagi.

Bukti keresahan TDM ialah jawapannya ini:

"RCI sebenarnya tidak perlu. Kerajaan akan bermasalah jika mengetahui sebarang keputusan suruhanjaya itu."

Bangun rakyat Sabah, tolak BN pada PRU13 nanti!

11 ulasan:

Amuraria berkata...

PENGKHIANAT TERSOHOR NEGARA DAN RAMAI PULAK LEMBU-LEMBU MANGKUK TANPA AKAL MENYANJUNG MAMAK KUTTY KAKI PUTAR BELIT INI ! DIA MENGAUT KHAZANAH NEGARA UNTUK ANAK PINAK & KRONI TANPA MALU TAPI LAGAK CERDIK MACAM PEMIMPIN UNGGUL ,UNGGUL DALAM PENYELEWENGAN & KELENTONGAN ! ABU PENYELAMAT RAKYA & NEGARA!

Iaryylr berkata...

Rakyat Sabah sudah lama mengeluh akan masaalah ini, media elektronik pula sering mempromosikan orang asing sebagai rakyat sabah yang tidak ada ic dan perlu dibantu entah atas apa sebab, kini pembesar pula berkata demikian,apa guna bua 6p, apa guna buat undang2 sebat....

Tanpa Nama berkata...

Memng malang dpt pm mangkok cmni..th nk kuasa ..nl mati pun cbuk hal dunia,ni la akibat taksub kn dunia akhirat xpernah ada dlm otak dia...nyanyuk dh ni dgn dosa2 lmpau

Tanpa Nama berkata...

Sebenarnya Mahathir yang bermasalah jika RCI ditubuhkan.

RCI ini perlu ambil tindakan jika ada kesalahan berlaku. Jangan jadi macam kes 'correct, correct, correct ..... sedikit masa dulu.

Jika tidak ambil tindakan maka ia hanya kerja yang sia-sia. Buang masa dan wang.

Tanpa Nama berkata...

Nampak mcm pemimpin unggul pasal masa tu x da internet. ...Media masa tu boleh shape and groom ikut suka,

lynn berkata...

pentingnya kita tumbangkan dulu umno..lps tu boleh kita ambik undang2 utk besarnya kesalahan yg dah buatkan mader ni...mcm penderhaka kpd Malaysia tercinta ni..bangunlah rakyat

Tanpa Nama berkata...

Tgk mykad pakistanpun berbangsa bajau tp ckp serupa baru dtg.rimas dgn pendatang pilipina n indon..bijak cr mkn d negri org.

Tanpa Nama berkata...

selepas PR ambil alih putrajaya, Insya'Allah kita akan tubuhkan satu tribunal utk siasat si-kutty DKK ni adakah dia pemimpin diktator atau sebaliknya & kita siasat segala harta khazanah negara yg dibolot utk anak beranak dan kroni.
si-pandi kutty ni patut menerima hukuman setimpal dengan apa yg telah dia zalimi keatas rakyat m'sia selama 22 tahun menjadi pm haram-jadah.

Tanpa Nama berkata...

Itu hanya sangkaan yg buruk aje. Bila dah berpihak kpd parti yg diminati maka keiklasan dan timbangtara jadi berat sebelah dan pandangan tidak lagi rasional dan adil

Tanpa Nama berkata...

disebabkan pendatang asing mendapat taraf warganegaralah ramai keluarga mereka begitu mudah memasuki sabah secara haram...dan di sabah juga banyak anak anak mereka bekerja di dalam kerajaan dan memegang jawatan tinggi...

Tanpa Nama berkata...

Che Det tuduh tunku Abdul Rahman bawa 1 juta pendatang asing dahulu. Sebenar untuk kemerdekaan pihak British meletakkan syarat supaya bangsa india dan Cina diberi kerakyatan tanah melayu pada ketika itu.Selepas merdeka tiada lagi pendatang tanpa izin. Kini puak amenot di dalam ketakutan tak menang piliharaya. Oleh sebab itu jalan terakhir buat projek IC.