13 Jul 2012

Skandal Noh Omar Terbongkar: Beli Tanah Murah, Buat Ternakan Udang

Shah Alam, 12 Jul : Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini digemparkan tentang skandal pembelian tanah oleh Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar di Bagan Tengkorak, Tanjong Karang pada 1995.

Lebih lagi, Noh, yang sekarang Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, telah memulakan projek ternakan udang pada tahan 30 ekar itu bersama sebuah syarikat Pristine Agrofood Sdn Bhd.

Penglibatan Noh di dalam syarikat itu, kata Ng Suee Lim (DAP-Sekinchan) yang mendedahkan skandal tersebut, menimbulkan persoalan percanggahan kepentingan kerana Noh merupakan menteri yang bertanggungjawab mengelola industri itu.

Noh membeli tanah 30 ekar itu dengan hanya membayar RM100,000 berbanding harga asal kira-kira RM3 juta pada ketika itu, kata Suee Lim.

Katanya, tanah itu yang asalnya berstatus komersil kemudiannya ditukar kepada tanah pertanian demi menjayakan projek ternakan udang itu pada 2011.

“Rakyat susah untuk mendapat tanah tetapi seorang pemimpin kanan diberi tanah dengan mudah pada ketika itu. Saya telah melawat kawasan itu dan mendapati statusnya adalah untuk ternakan udang,” katanya semasa sesi perbahasan di hari terakhir persidangan DNS.

Suee Lim dalam pada itu turut mendedahkan surat akuan sumpah yang membuktikan usahasama Noh bersama pengarah Pristine Agrofood Sdn Bhd, Chu Bak Teck.


Mengikut dokumen yang didedahkan Suee Lim, Noh mendapat tanah itu pada 13 Jun 1995. Hasil carian di laman web Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menunjukkan Noh memenangi kerusi Ahli Parlimen Tanjong Karang buat kali pertama pada April 1995.

“Kes ini saya anggap sebagai skandal tanah dan bukti wujudnya percanggahan kepentingan kerana beliau ketika ini ialah seorang menteri yang memegang portfolio pertanian dan industri asas tani yang secara terang terlibat secara langsung dalam industri itu.

“Di manakah maruah Umno-BN yang kononnya memperjuangkan hak rakyat tetapi parti terlibat dalam kes sapu tanah rakyat?” soalnya.

Sementara itu, DNS meluluskan Rang Undang-undang yang dicadangkan Suee Lim supaya tidak membenarkan wakil rakyat, ahli majlis dan pihak berkuasa tempatan membuat sebarang permohonan untuk memiliki tanah kerajaan negeri.

Usaha TV Selangor menghubungi Noh bagi mendapatkan respon beliau bagaimanapun gagal. Panggilan dan mesej pesanan ringkas yang dihantar kepada nombor telefon beliau tidak dibalas. -selangorku



5 ulasan:

hairan berkata...

rasuah adalah halal menurut islam umno... menipu adalah wajib selagi umno berkuasa, tak caya tanya mufti2 yang ada. Mana pernah mufti kata rasuah dan menipu tuh haram setiap kali umno/menteri2/pm buat????

betul tak bro???

Amuraria berkata...

inilah akibat bila penyamun dilantik & diberi kuasa jadi menteri ,memfaraid,menyauk & merembat sesama gerombolan pengkhianat dari parti sekutu apco ! kerja haram jadah yang disebut pm ayun mereka ! ABU saja penyelamat negara dari terus diratah segala khazanah negara & rakyat !

samra berkata...

Mcari keburukan dn kesalahan orang lain xselesaikan masalah. Skrg SELANGOR dibawah PR bekuasa…Apa yg penting selesaikan masalah rakyat. Dulu xada kuasa xbuleh buat, sekarang kuasa dah ada…DiSelangor isu pemohonan tanah brtindeh, Isu tanah diberi hak milik pada org lain atas tanah yg diusahakan, Isi Premium tanah yg mlambung tggi skrg, Isu gerai/bgkel yg lebih 15 th tanpa status sah, Isu jalan sempit, sungai, longkang, banjir kilat, tanah runtuh, Kenapa ini tidak diberi keutamaan…Suee Lim brhenti lah kerja mcari keburukan jika brsalah bawa kemahkamah negara kita ada undang2…jika kamu rasa kamu bijik selesaikan apa yg saya senaraikan diatas itu.. Ini tanggongjawab kamu sebagai wakil rakyat…

Tanpa Nama berkata...

rakyat nak beli tanah sekangkang kera pun tak dpt rm1ook.. inikan pulak 30 ekar siap tukar status pertanian lagi.. kalo cm tu sye pun nak jugak..

Tanpa Nama berkata...

Teruskan memberikan maklumat dengan membongkar salah laku pemimpin UMNO, biar rakyat yang buat penilaian dan memberi pengajaran kepada mereka dalam PRU k3 13 nanti.