16 Jul 2012

Sepatutnya Dah Lama Kerajaan Selangor Ambil-alih SYABAS

Kerajaan S'gor mahu ambil alih operasi SYABAS

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mengumumkan bahawa kerajaan negeri itu mahu melaksanakan haknya untuk mengambil alih operasi syarikat pemegang konsesi air negeri - Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS).

Katanya, ini kerana kerajaan Selangor meragui pengumuman cadangan catuan air oleh SYABAS kerana pengawal selia air negeri dan ahli lembaga pengarah SYABAS tidak dimaklumkan.

Bercakap dalam satu sidang akhbar hari ini, Khalid berkata, tujuh empangan negeri di seluruh Selangor mempunyai kapaisiti air yang cukup dan melimpah.

Berikutan itu, katanya, kerajaan negeri telah membuat keputusan mengunakan kuasa di bawah Klausa 32 dalam perjanjian konsesi untuk memberi notis kepada Kerajaan Persekutuan untuk Kerajaan Negeri “step-in” dalam operasi SYABAS.

Sementara itu, dalam satu kenyataan, Khalid menjelaskan, bagi menjaga kepentingan rakyat Selangor, kerajaan negeri telah meminta Datuk Setiausaha kerajaan negeri bersama pengawal seelia air negeri untuk memantau perkhidmatan air oleh SYABAS.

Jawatankuasa tersebut, katanya, akan minta SYABAS memberi laporan harian untuk menerangkan kedudukan air semasa.

Sementara itu, kata Khalid lagi, Konsortium ABASS juga akan diminta menyertai jawatakuasa ini yang mana syarikat itu akan memanggil pakar bebas yang berpengalaman semasa krisis air 1998 untuk memantau kesahihan laporan dan maklumat oleh SYABAS.

"Perlu ditekan di sini, keadaaan sekarang tidak boleh disamakan dengan krisis air pada 1998 kerana tujuh empangan negeri di seluruh Selangor mempunyai kapaisiti air yang cukup dan melimpah.

"Kerajaan negeri menggesa supaya proses penstrukturan semula industri air diteruskan dengan segera kerana SYABAS jelas tidak berkemampuan untuk memberi perkhidmatan air yang baik kepada pengguna," kata Khalid.

Ini, tambahnya, jelas ditunjukkan apabila SYABAS setakat bulan April 2012, mempunyai tanggungan jumlah tertunggak kepada operator rawatan air dianggarkan sebanyak RM2.8 billion.

"SYABAS juga gagal menurunkan kadar air tidak terhasil (non-revenue water) kepada 20%. Tambah pula, laporan awal audit mendapati SYABAS tidak melaksanakan kerja-kerja capex (capital expenditure) mereka dengan baik," kata Khalid lagi.

Berdasarkan alasan di atas, katanya, maka kerajaan negeri telah sebanyak dua kali menghantar surat kepada Kerajaan Persekutuan pada 19 Disember 2008 dan 21 Januari 2011 untuk membatalkan perjanjian konsesi tersebut.

"Oleh kerana Kerajaan Persekutuan tidak memberi sebarang maklum balas terhadap surat-surat tersebut, kerajaan negeri telah membuat keputusan mengunakan kuasa di bawah Klausa 32 dalam perjanjian konsesi untuk memberi notis kepada Kerajaan Persekutuan untuk Kerajaan Negeri “step-in” dalam operasi SYABAS.

"Kerajaan negeri juga akan meneruskan usaha mencari sumber air alternatif seperti air bawah tanah dan menambah baik kapisiti loji rawatan air sedia ada dengan mengguna pakai teknologi terkini," katanya. -mk

Ulasan GB

Hampir dua tahun yang lalu iaitu pada 29 Julai 2010, melalui blog ni GB sudah meminta kerajaan Selangor supaya bertegas dengan SYABAS. GB suruh kerajaan Selangoir rampas Syarikat Bekalan Air Selangor itu kerana tindakannya yang melampau-lampau SYABAS terhadap kerajaan dan rakyat Selangor.

Kini terbukti, baru hari ini Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mengumumkan bahawa kerajaan negeri itu mahu melaksanakan haknya untuk mengambil alih operasi syarikat pemegang konsesi air negeri - Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS).

Berikut ialah ulasan GB dua tahun yang lalu. Petikan:

Kerajaan Negeri Selangor perlu tegas. SYBAS perlu dirampas dan distrukturkan semula. Tidak boleh dibiarkan pegawai-pegawai SYABAS bertindak lebih sudu dari kuah.

Rakyat di belakang kerajaan negeri di dalam isu air. Pegawai SYABAS yang degil, keras kepala, ego dan berkepentingan perlu digugurkan dan diambil tindakan undang-undang agar mereka dapat disumbat ke dalam penjara.

Mana-mana anak syarikat yang enggan untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri tidak sepatutnya dibiarkan menjadi trojan kepada UMNO BN untuk menghancur PR.

Dewan Undangan Negeri perlu membahaskan isu SYABAS dengan lebih berkesan agar rakyat Selangor seluruhnya memperolehi menafaatnya.


Sama seperti kes Hassan Ali dulu. Kita dah desak Kerajaan Selangor lucut exco Hassan Ali sudah lama. Mujur Allah menolong dengan dipecat Hassan Ali dari PAS, baru disusun semula barisan exco. Kalau Hassan masih dalam barisan exco Selangor lagi cepat PR Selangor lingkup.

Yalah, kami tahu blogger takda power nak desak kerajaan Selangor mengikut cakap kami, tetapi apa salahnya jika pertimbangkan segala kritikan yang datang dari blogger PR sendiri.

Justeru itu, dalam kes SYABAS ini, jangan berlengah dan terhegeh-hegeh lagi. Bertindak segera sebelum Selangor jatuh kepada BN!

Laporan sebelum ini
klik untuk baca



3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Adakah UMNO jadi dalang Syabas?

Tanpa Nama berkata...

dah lama SYABAS jadi barua UMNO, sebab masa BN perintah SYABAS di swasta kepada kroni UMNO lembu

Tanpa Nama berkata...

ambik la syabas ni,sy sbgai staff syabas pn dah muak dgn pngurusan diorang,semua pentingkan diri sendiri.yg semakin kaya org2 atas je..kami ttp mcm kuli batak.